Tuesday, 13 October 2015

Thai Steamed Cupcakes @ Khanom Pui Fai

As salam... 



Hmmm...nak buat apa ya utk makan petang hari ni? Si nombor satu hari ni exam sirah dgn jawi/khat...harapnya dia buleh jawab periksa ni...

Ini kali ketiga saya cuba buat kuih ni...seblm ni takdak stok ovalette...saya tak bubuh lah...hasilnya...kuih apam ni bantat...walaupun sedap tapi rakyat jelata tak teringin nak makan sbb rupabentuknya tak menawan...ehhhh...

Dan hari ni...saya cuba lagi lepas dah pi beli ovalette ni...sbb percubaan sblm ni apam tu tak mekar...takpa...kali ni kita buat bentuk aiskrim pulak...mesti orang thailand marah kalau depa tau kuih depa ni jadi lain...percubaan kali ni mcm nak mengubati hati yg luka lah...apam takmau mekar...kita tukaq jadi btk lain...baru puas hati...



Okaylah...meh tengok resepi ni
Resepi Khanom Pui Fai
Bahan
- 300g tepung naik sendiri
- 3 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
- 3 sudu teh ovalette
- 3 sudu besar susu segar
- 1 sudu besar jus lemon
- 1 sudu teh esen vanilla
- pewarna dan perisa kesukaan
- acuan kertas bentuk kon secukupnya

Cara
  1. Satukan telur,gula dan ovalette. Pukul hingga gebu dan ringan.
  2. Tambahkan air,susu,esen vanilla. Pukul lagi hingga gebu.
  3. Kemudian, tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati. Masukkan pula jus lemon. Kacau rata.
  4. Rehatkan adunan selama 30 minit.
  5. Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian, warnakan mengikut kesukaan (saya guna coklat,strawberry dan pisang)
  6. Susunkan secara menegak kon kertas. Bahagian tajam masuk ke dalam lubang loyang pengukus. Kemudian,masukkan adunan ke dalam kon kertas sehingga 3/4 penuh(saya buat tiga lapisan warna).
  7. Seterusnya letakkan loyang ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
  8. Setelah masak biarkan sejuk sblm diletakkan topping coklat.

Untuk topping coklat
- 1 cawan chocolate button
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar whipping cream
- 1 sudu teh golden syrup

Hiasan
Almond flakes dipanggang sekejap, chocolate rice, sprinkles

Cara
Cairkan semua bahan diatas secara double boiler. Kemudian tuangkan ke atas apam dan taburkan almond flakes/sprinkles/chocolate rice.


Simpan sekejap apam di dalam peti sejuk supaya coklat keras. Kemudian dgn berhati-hati koyakkan kon kertas dan sedia utk dinikmati.


Apam ni sgt gebu...bila makan tu rasa mcm kunyah span aje (walaupun tak pernah kunyah span pun)...dan bila di partnerkan dgn coklat...wallla...terasa kesedapannya...untuk topping coklat tu...mula2 saya cuma cairkan coklat je tapi coklat tu takmau licin dan berkilat...pasal tu saya tambah butter dgn whipping cream...risau jugak takut bila tambah bhn lain coklat takmau beku...tapi Alhamdulillah coklat beku elok je...mungkin teknik saya ada yg salah kot...dan saya malas nak google utk cari jawapan...hahaha...

Dan anak2 saya suka sbb bentuknya mcm aiskrim kan...tambah2 si nombor empat yg mmg suka makan aiskrim tu...hmmm..saya cuma buat 1/3 daripada adunan kat atas...dpt dlm 15 kon yg comel2...cukup lah dpt makan sorang sikit kan...

Jadi...apa lagi...kalau ada masa...buleh lah dicuba apam ni...


***utk khanom fai yg sebenarnya, adunan di bubuh dlm acuan kertas dan dikukus...apam kembang dan merekah cantik...saya masih lagi tak berjaya nak buat mcm tu...akan cuba lagi sampai jadi...**

Babai

No comments:

Post a comment