Showing posts with label kentang. Show all posts
Showing posts with label kentang. Show all posts

Tuesday, 27 October 2015

Samosa Kentang

As salam...

Hari ni si nombor tiga tanya lagi pasal daging dendeng sbb masa dia balik sekolah semalam,saya masak ikan je...

Jadi baki daging yg disimpan tu saya masak dendeng dan sedikit daging saya guna utk buat inti samosa...

Kisahnya,baru2 ni jiran saya bagi samosa...banyak ketul jugak tapi sekelip mata je abis...anak2 saya suka...kebetulan mmg ada stok kentang beli kat pasar malam...kulit popia pun ada...jadi buatlah utk anak2...biaq depa puas makan...


Untuk inti kentang tu mcm inti karipap lah cuma saya letak jugak carrot...dan yg paling mencabar masa nak balut inti tu,saya tak pandai...cubaan kali ke 12 baru dpt lipatan yg kemas dan saya rasa yg paling senang ialah buat kelonsong dulu,letak inti dan lipat berbanding dgn letak inti kat kulit lepas tu baru lipat bersegi...tapi itulah takdak pulak gambar cara balut tu sbb assistant yg ada cuma si nombor lima...yg lain pi sekolah...


Okaylah...apa lagi meh tengok resepinya
Resepi Samosa Kentang
Bahan
Untuk inti
- 6 biji kentang potong dadu
- 1 1/2 labu bawang besar didadu
- 1 biji carrot didadu
- 1 mangkuk kecil daging dicincang
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- air secukupnya
- minyak utk menumis
- garam dan gula secukup rasa
Untuk kulit
- kulit popia secukupnya
- sedikit bancuhan tepung gandum dan air sbg gam
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, daun kari dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air. Goreng hingga rempah garing. Kemudian masukkan daging.
  3. Apabila daging kecut, masukkan kentang,carrot dan air secukupnya. 
  4. Masak sehingga kentang empuk barulah dimasukkan bawang. Kacau sebati.
  5. Perisakan dgn gula dan garam.
  6. Tutup api apabila inti mulai kering dan ubi kentang empuk. Sejukkan sebelum digunakan.
  7. Seterusnya, ambil kulit popia dan potong kepada tiga bahagian.
  8. Ambil satu bahagian, bentukkan kelongsong berbentuk kon, masukkan inti dan balut. Letakkan gam tepung gandum utk melekatkan bahagian hujungnya.
  9. Buat sehingga habis.
  10. Panaskan minyak, goreng samosa sehingga masak.
  11. Angkat dan toskan.
  12. Sedia utk dihidangkan.
Inti yg saya buat tu dapat dlm 45 biji samosa saiz kecik. Cukup utk bagi kat jiran dan anak2 saya pun puaslah makan...Mana tak sedapnya...kulit popia tu kan rangup dan inti kentang tu pun tak pedas...lajulah depa makan...

Untuk Boss Besar, saya simpan tiga ketul...hmmm dia pun cakap sedap...Alhamdulillah...kiranya berbaloi lah masak sbb abis licin...

Okaylah...itu shj...selamat memasak!

Babai


Saturday, 17 October 2015

Kentang Goreng

As salam...

Hari ni kat rumah tinggal kami enam beranak je...Boss Besar takdak...dia ada lawan tennis kat kuala selangor...bila Boss Besar takdak kat rumah ni...saya plan nak pi ampang...rumah kakak saya...tapi masa saya bagitau Boss Besar...dia tak bagi pi...dia suruh duduk rumah je sbb isnin ni anak dah start exam akhir tahun...depa kena baca buku...hmmm...budak2 ni mana nak baca buku...langut tengok tv ada lah...

Utk lunch...saya buat nasik goreng sbb pagi tu depa pakat makan nasik dgn lauk yg saya masak malam tadi...

Bila petang...mula lah pakat dok mai dapur...bukak peti ais ..selongkar cari biskut dlm kabinet...haishhhh...saya dok pikir depa makan tak baca doa ka... asyik lapaq saja...

Sebab kesian dok ulang alik masuk dapoq...saya pun goreng nugget...lepas goreng nugget tu saya sambung goreng kentang...pasal tu lah kentang goreng saya mcm berserdak sikit...


Apapun...anak2 saya mmg suka kentang goreng pesen ni...

Ini resepinya
Resepi Kentang Goreng
Bahan
- 6 biji kentang
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- 4 sudu makan tepung goreng ayam bestari
- air utk merebus kentang
- minyak utk menggoreng

Cara


  1. Kupas kulit kentang. Potong memanjang dan dibasuh bersih.
  2. Rebus kentang dgn garam sehingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Kemudian, gaulkan ubi kentang yg telah direbus itu dengan baking powder dan tepung goreng.
  4. Panaskan minyak. Goreng kentang sehingga perang keemasan. 
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sedia utk dinikmati.
Anak-anak saya suka betul makan kentang goreng ni...buat sendiri lebih sihat kan...paling banyak makan kentang ni si nombor empat dgn si nombor lima...depa kenyang sampai dinner pun depa takmau makan...

Cuma enam biji kentang ni sikit je...lepas ni saya kena buat banyak sikit...baru depa puas makan...owhhh ya...kentang ni anak2 saya makan dgn sos cili thai...si nombor lima pulak dia cicah dgn mayonis...

Apapun resepi ni senang dan sedap dimakan...

Apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Saturday, 3 October 2015

Risoles

As salam...

Pagi ni saya nak perabih stok daging cincang...sbb esok akan pi market utk top up bhn dapur...sambil tu...dlm peti ais masih lagi ada kentang, carrot dgn daun bawang...hmmmm..nak buat apa ya?


Jadi saya terpikir utk buat kuih kat atas tu...masa saya kecik2...bila pi rumah maklong saya...dia ada buat kuih ni...saya taktau namanya...jadi saya panggil ketayap kentang...sbb bentuknya mcm ketayap cuma intinya kentang...

Owhhh...rupa2 nya nama kuih ni risoles...versi maklong saya...takdak breadcrumbs...tapi yg saya dok goggle...disalut dgn breadcrumbs...baguih jugak...buleh perabih stok breadcrumbs yg ada sikit lagi ni...nanti buleh kenyit mata dkt Boss Besar...ajak pi Bake With Yen pulak dgn alasan top up bhn nak buat kuih...hahaha...


Jadi...jom mulakan operasi memasak kita...
Resepi Risoles
Bahan
Untuk bahan salut
- sebiji telur dikocok
- breadcrumbs secukupnya

Untuk inti

- 200g daging cincang
- 3 biji kentang didadu
- 1 biji carrot didadu
- 1 labu bawang besar didadu
- 1 biji cili merah dicincang
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu makan rempah kari daging
- sedikit hirisan daun bawang
- garam dan gula secukup rasa
- minyak utk menumis
- air secukupnya

Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih daun kari dan kulit kayu manis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Apabila rempah mulai garing, masukkan daging cincang. Masak sehingga daging kecut.
  4. Kemudian masukkan kentang dan carrot. Tambahkan air sekadar cukup utk melembutkan kentang dan carrot. Masak sehingga kentang dan carrot 3/4 lembut barulah dimasukkan bawang besar, daun bawang dan cili merah. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masak sehingga kuah kering dan kentang empuk.
  6. Tutup api dan sejukkan.
Untuk kulit risoles


- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick, ambil satu senduk kecil adunan tepung. Dadarkan di dalam periuk.
  3. Angkat apabila bahagian permukaan kulit risoles tidak melekat.
  4. Buat sehingga habis.

Sekarang...mari menggulung...

  1. Seterusnya, ambil kulit yg telah siap, letak inti di tengah, lipat bahagian tepi dan gulung.
  2. Celup dlm telur dan disalutkan dgn breadcrumbs. Buatlah sehingga habis.
  3. Panaskan minyak, goreng risoles hingga warnanya menjadi kuning keemasan. 
  4. Angkat dan toskan.Sedia utk dinikmati.
Masa nak lipat tu, tunggu kulit risoles sejuk sedikit...saya lipat masa tgh panas, kulit tu terkoyak...jgn panik kalau kulit risoles mcm lembik, masa tgh dadarkan tu, masak biar kulit tu agak garing baru diangkat.

Saya cuma berjaya dpt kulit risoles yg sempurna lepas empat kali saya dadarkan...mcm-macam problem...terkoyak masa nak angkat lah, bila balut, inti terbubuh banyak, koyak jugak...tapi lepas tu okay...cantik je dadarnya...

Dan bila dah siap...mmg sedap...habis rakyat jelata makan...satu adunan tu dpt 20 biji risoles...dan intinya pun ada berbaki dlm 1/3 lagi...pasal inti tu saya tak risau...masuk dlm freezer...nanti kalau buat roti ka..kuih pau ka...buleh jadi inti...

Jadi apa lagi...cubalah buat risoles ni utk minum petang...

Babai

Friday, 26 June 2015

Karipap Pusing Inti Kentang Cheese

As salam...

Hari ni...saya buat karipap pusing...si nombor tiga suka makan karipap...hmmm...saya buat satu adunan ni...mak aiiii...dapat banyak...saya bagi sikit kat guard...yg extra tu...saya buat frozen...nanti kalau nak makan karipap...goreng saja...

Sebenarnya...saya tak pandai pun buat karipap walaupun mak saya mmg terkenal pandai buat karipap... hehehe...ada sampai satu tahap...jiran kat kampung pun sanggup pi rumah mak...semata2 nak belajar buat karipap...anak2...hmmmm...tak minat nak menuntut ilmu pun...sebenarnya saya malas nak kelim karipap tu...kelim yg mak buat...kemas dan comel je...

Tapi hari ni...saya nak tunjuk kat anak2 saya yg mak depa ni pun pandai buat karipap...dan saya nak buat karipap pusing...resepi asal boleh rujuk kat SINI

Hmmm...ini resepinya...
Resepi Karipap Pusing 
Bahan
Untuk kulit karipap
Bahan A
- 600g tepung gandum
- 50 g gula
- 250g air
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tpg jagung

Bahan B 
- 400 g tepung gandum
- 250g marjerin

Cara
  1. Satukan semua bahan A. Gaul sehingga sebati dan tidak melekat di tangan.(saya guna mixer je).
  2. Bulatkan kepada doh kecil seberat 40g setiap satu. Ketepikan
  3. Kemudian, satukan pula semua bahan B, gaul sehingga boleh dikepal. Bahagikan kepada doh kecil seberat 35g.
  4. Ambil satu doh A, canaikan dan letak doh B ditengah dan bulatkannya bersama-sama.
  5. Canai doh itu setebal 0.5cm. Kemudian gulung.
  6. Kemudian canai lagi dari arah memanjang. Gulung. Ketuk-ketuk manja di kedua-dua hujung. Potong kepada empat bahagian. Canai lagi menjadi bentuk bulat.
  7. Isikan dgn inti di tengah, tutup dan kelim.
  8. Buat sehingga semua doh habis.
  9. Goreng dgn api sederhana sehingga warnanya menjadi keperangan.
  10. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
  11. Sedia utk dinikmati.


Resepi Inti Kentang Cheese
Bahan
- 1 kilo kentang dipotong dadu
- 400g isi ayam dipotong kecil
- 4 ulas bawang putih potong dadu
- 6 biji bawang besar potong dadu
- 3 sudu makan serbuk lada hitam
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
- daun sup dihiris
- daun bawang dihiris

Sos Putih 
- 5 keping keju cheesedale
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air

Cara
  1. Untuk sos putih, masak susu segar dan keju sehingga keju larut. Tambahkan pes tepung gandum. Masak lagi sehingga likat. Ketepikan.
  2. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam. Goreng hingga ayam kecut. Tambahkan serbuk lada hitam, bawang besar. Gaul sebati.
  4. Apabila bawang besar layu, tambahkan kentang yg telah direbus, daun bawang dan daun sup. Perisakan dgn garam. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan sos putih. Gaul hingga kesemuanya mesra.
  6. Tutup api dan sejukkan dahulu sebelum digunakan.
Hmmmm...kalau takmau guna inti kentang cheese ni...guna inti yg biasa tu pun boleh...inti sardin pun sedap jugak kan...apa rasa inti kentang cheese ni...sedap...creamy...cuma boss besar cakap mcm pelik sikit sebab first time makan inti yg mcm nih...tapi...anak2 semuanya suka...kulit karipap ni pulak...crispy...bila makan tu...berderai je masuk mulut...dan kulitnya tak liat walaupun dah sejuk...

Macam saya bagitau...satu adunan tepung tu...saya dpt dlm 60 biji... hahaha...bertabahlah anak2...minggu ni kita akan makan karipap je...

Okaylah...nak pi bagi si nombor lima tidoq....hmmm...selamat mencuba ya!

Babai

Thursday, 11 June 2015

Bergedil Kentang

As salam...

Masa dok selongkar peti ais...saya jumpak daun bawang dgn daun sup yg dah nak layu...hmmm...nak buat apa ya?

Si nombor satu suka makan bergedil...kalau pi kedai makan...dia akan ambil sampai tiga ketul bergedil...kita tengok mcm tak abih je...tapi licin...dia suka betul dgn bergedil...

Resepi ni...ikut apa yg ada ja...saya malas nak defrost ayam dlm freezer...jadi saya bubuh beef peperoni je dlm adunan bergedil ni...

Apa lagi...meh tengok resepinya...

Resepi Bergedil Kentang
Bahan
- 3 biji kentang saiz besar rebus sampai empuk dan dilenyek.
- 2 sudu makan bawang goreng
- 1 pokok daun bawang & daun sup dihiris
- sedikit beef pepperoni dihiris
- 1 sudu teh lada sulah
- garam secukup rasa
- 1 biji telur dipukul
- minyak untuk menggoreng

Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali telur dan minyak. Gaul hingga sebati.
  2. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan kemudian dileperkan. Buat sehingga habis.
  3. Panaskan minyak. Ambil bergedil, celup dlm telur dan goreng hingga masak.
  4. Balikkan bergedil apabila sebelah bahagian telah garing. Jangan selalu dibalik-balikkan nanti bergedil hancur.
  5. Goreng sehingga habis. Angkat dan toskan.
  6. Sedia utk dihidangkan.
Mudahkan....terpulang lah nak letak apa dlm bergedil ni...udang ka...ikan bilis ka...nak tambah cili hiris...ikut citarasa masing-masing lah kan...

Nampaknya...bergedil ni pun mendapat sambutan hangat...hmmmm...anak2 saya suka!

Apa lagi...jom buat bergedil!

Babai