Sunday, 4 October 2015

Murtabak Jala

As salam...

Ingat lagi tak semalam saya buat risoles kan...dan inti kentangnya masih berbaki lagi...

Jadi hari ni...saya nak perabihkan inti kentang tu...dlm dok pikir2 nak masak apa...saya teringat kat murtabak jala ni..pernah buat sekali masa anak baru sorang...wehhh...lamanya...

Resepinya mudah je...inti kentang tu di campur dgn telur,masak sekejap bagi telur tu kental...lepas tu bancuh adunan roti jala...guna pemanggang ajaib, jalakan adunan tepung...letak inti dan lipat...senang kan...



Okay...meh tengok resepi dan cara membuatnya...



Resepi Murtabak Jala
Bahan
Untuk inti
- 1 mangkuk inti kentang ( resepi )
- 6 biji telur
- 1 labu bawang besar dihiris

Cara
  1. Satukan semua bahan, masak sekejap hingga telur 1/2 masak.
  2. Angkat dan ketepikan.

Untuk roti jala
- 2 cawan tepung gandum
- 4 cawan air
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar minyak masak
- sedikit pewarna kuning

Cara
  1. Satukan semua bahan dalam blender. Blend hingga sebati.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk. Rehatkan 10 minit.
  3. Kacau adunan sebelum digunakan.
  4. Panaskan kuali non-stick(saya guna pemanggang ajaib),jalakan adunan tepung.
  5. Apabila bahagian atas mula kering, letakkan inti di tengah. Lipat.
  6. Terbalikkan dan masak hingga kedua belah permukaan murtabak garing.
  7. Angkat dan sedia utk dimakan.
Mudahkan...anak2 saya suka...sbb inti tu kan ada telur...lepas tu ada carrot dan potato...kalau mak saya...dalam inti murtabak...dia akan letak daun kucai...hmmm saya tak bubuh pun...bukannya apa satgi melompat rakyat jelata takmau makan sebab ada sayur...haishhhhh...

Anak2 saya makan murtabak ni dgn mayonis dan sos cili...sekejap je dah licin...

Esok dan lusa depa cuti sbb jerebu...mesti asyik lapaq je dan saya mesti kena berkuntau kat dapoq sepanjang hari...

Okay...selamat beristrirehat!

Babai

No comments:

Post a comment