Thursday 11 August 2016

Udang Sotong Sos Tiram

As salam...

Kebelakangan ni saya jarang-jarang masak...asyik tapau lauk kedai tomyam je...kalau masak pun...lauk paling simple...telur dadar dan makan dgn nasik bubuh kicap...

Hari ni pun...menu simple jugak...ada sotong dan udang sikit dlm icebox...nak buat sambal...malas nak blend bawang cabai...jadi kita gorengkan je...nak bagi berperisa sikit, bubuhlah sos tiram...hmmm...sedap jugak...


Ini resepinya....
Resepi Sotong Udang Sos Tiram
Bahan
- 10 ekor udang saiz sederhana
- 4 ekor sotong
- 1 labu bawang besar dihiris
- 1 hiris halia
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji cili hijau dihiris
- sedikit tomato ceri
- 1 sudu makan sos tiram
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis

Cara

  1. Sotong dan udang dibersihkan. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu, masukkan udang dan sotong. 
  3. Tambahkan sos tiram, cili, tomato dan garam secukup rasa.
  4. Kacau sebati. Goreng sehingga sotong menjadi kenyal dan udang berubah warna.
  5. Tutup api.
  6. Sedia utk dihidangkan.
Dulu2 anak-anak saya tak berapa gemar mkn seafood ni...asyik makan telur je.. tapi la ni alhamdulillah...depa dah suka makan udang dan sotong...jadi bila saya masak macam ni, suka lah depa dok meratah...hmmm...ada satu menu udang yg si nombor dua suruh saya buat...tapi saya malas...hikkkkssss...udang celup tepung...walhal bahannya tak payah pun tapi bila pikiaq nak goreng satu satu tu yg liat sket...

Jadi...kalau dah takdak idea nak masak apa dgn sotong dan udang tu...gorengkanlah dgn sos tiram...sedap kalau ikut anak tekak anak-anak saya ni...

Apa lagi...mari memasak!

Babai

Monday 8 August 2016

Ikan Gerut Sambal Nenas

As salam...

Alkisahnya, masa pi pasar tani hari tu, saya ada beli ikan gerut...lepas tu beli jugak sebijik nenas hawai...masa test makan, manis nenas tu dan tak gatal lidah...hmmm...saya mmg suka makan nenas, belilah sebijik, RM15...manis punya pasal kan...

Balik rumah, bila dah dipotong, tak semanis yg di makan kat pasar tani tu, lps tu ada jugak sikit2 rasa gatal di lidah...ada lah berbaki 1/4 biji lagi...simpan dlm peti sejuk...

Hari ni, bila nak masa dinner, awalnya nak buat ikan gerut masak taucu, tapi sbb ada nenas tu, kita masak mcm masam manis lah, yg bezanya, nenas tu dikisar halus...dan ini resepinya...


Resepi Ikan Gerut Sambal Nenas
Bahan
- 4 ekor ikan gerut dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 3 biji cili merah*
- 1 cawan nenas *
- 1 sudu makan sos cili thai
- 1 biji cili hijau potong kasar
- 5-6 biji tomato ceri
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak secukupnya
- sedikit serbuk kunyit

Cara

  1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan. Goreng hingga garing. Ketepikan
  2. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga terbit bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan sos cili thai, perisakan dgn garam dan gula. Gaul sebati. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Kemudian, masukkan tomato ceri dan cili hijau. Kacau rata.
  6. Masukkan ikan. Biar sos bersalut pada ikan.
  7. Tutup api apabila kuah mendidih dan cukup rasa.
  8. Sedia utk dihidangkan.
Simple je kan...rasanya pun sedap...macam sweet sour cuma ada lebih sikit rasa nenas tu...si nombor dua yg cerewet pasal makan pun cakap sedap...iyalah...tak pedas kan..sedap lah dia gaul kuah tu kat nasik...

Selesai masalah hari ni, nak clearkan peti sejuk, nenas dah abih...hmmm...nanti nak clearkan bahan apa pulak ya?

Babai



Friday 5 August 2016

Tomyam Seafood Bersantan

As salam...

Tadi Boss Besar call...dia balik lambat dan tak dinner kat rumah....hmmm...saya tau...mesti keluar dgn kawan2...malam minggu kan...

Kalau macam tu, saya tak payah lah nak pikirkan menu sihat utk Boss Besar, cuma masak utk anak-anak je...hikkkkksss...

Pikir punya pikir...menu yg ringkas lah yg dok terbayang kat mata...tomyam dan kita gandingkan dengan telur dadar...senangkan?

Saya pernah terbaca dalam majalah tomyam yg letak santan...jadi apa kata hari ni kita cuba buat tomyam bersantan ni...


Jom tengok resepi
Tomyam Seafood Bersantan
Bahan
- 10 ekor udang dibersihkan.
- 5 ekor sotong dihiris
- 2 kiub pati tomyam adabi
- 1 peket perencah tomyam adabi
- 5 - 6 gelas air ( anak ramai, kuah lebih😆)
- 1/4 cawan santan kotak kara
- 1 batang carrot
- 1 mangkuk kecil cauliflower
- 1 peket baby corn
- 1 peket cendawan tiram
- 1 biji tomato belah empat
- 1 biji bawang besar potong wedges
- 2 batang serai diketuk
- 4-5 helai daun limau purut
- sepokok ketumbar
- 2-3 biji cili padi diketuk
- 1 -2 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu teh gula perang
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai. Kacau sekejap hingga terbit bau.
  2. Masukkan air, kiub pati tomyam dan perencah tomyam. Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan carrot, cauliflower, baby corn dan bawang besar.
  4. Biarkan sekejap sebelum dimasukkan daun ketumbar, daun limau purut, jus limau nipis dan gula perang.
  5. Apabila carrot mula lembut, masukkan sotong, udang, cendawan, cili padi dan tomato.
  6. Masak sehingga sotong dan udang bertukar warna. Perisakan dengan garam.
  7. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Macam mana rasanya? Anak-anak saya suka..depa kata sedap ...si nombor satu dok hirup kuah tomyam ni je...rasa tomyam ni ada lemak-lemak sikit...campur masam dan pedas...kick woooooo....sapa nak lagi pedas...tambah lah lagi cili api tu ya!

Okaylah...saya nak pi amik anak kat rumah pengasuh...selamat memasak!

Babai

Thursday 4 August 2016

Quinoa Salad Wrap

As salam...

Gempak kan tajuk? Kisahnya bila Boss Besar cakap lepas raya ni dia dah tak control makan..asyik makan je...tambah lagi dok pi open house kan...

Jadinya bini mithali pun nak masak makanan sihat lah...takmau nasik...ikut cakap Boss Besar...bila selongkar almari, ada quinoa ( sebutan : keen-wah) yg dah berkurun lama dok tersimpan...check expiry date...lambat lagi...tahun depan...



Google resepi mat salleh..ada pelbagai jenis...so saya ceduk resepi sana sini, olah ikut apa bahan yg ada...dapatlah resepi ni...


belum gulung lagi!

Jom tengok resepinya...
Resepi Quinoa Salad Wrap
Bahan
- 1/4 cawan quinoa
- 1/2 cawan air
- 1 keping dada ayam dihiris
- 1 sudu teh chilli flakes
- 1 sudu makan minyak jagung
- 4 ulas bawang putih dibakar
- secubit garam
- 1 biji tomato
- sedikit perahan lemon
- sedikit coral lettuce
- 2 keping tortilla
- sedikit mayonis

Cara
  1. Satukan quinoa dan air. Masak seperti masak nasi. Tutup api apabila quinoa lembut dan keluar seakan-akan ekor padanya. Ketepikan.
  2. Bersihkan dada ayam, lumurkan dengan garam, chilli flakes, bawang putih bakar dan minyak jagung. Perap 10 minit. Kemudian di grill hingga masak. Ketepikan.
  3. Ambil quinoa, satukan dengan ayam yg telah digrill, tomato dan sedikit perahan lemon. Gaul sebati.
  4. Bakar tortilla sehingga sedikit garing. Angkat dan letakkan di atas pinggan.
  5. Susun lettuce dan letakkan campuran quinoa di atasya. Paipkan mayonis secukupnya. Gulung.
  6. Sedia utk dinikmati .
Boss  Besar cakap...okay...dia buleh makan...nak kata sedap tu tak lah sbb macam takde rasa apa kan...masam masin macam tu je...bila saya tengok quinoa tu, teringat pulak kat makanan burung nuri yang ayah saya beli masa zaman kanak-kanak dulu...

Dan quinoa ni buleh jadi pengganti nasik, makan dgn lauk pauk...dan ada jugak resepi quinoa goreng kampung....hmmm...saya akan cuba nanti...
garlic bakar

Okaylah...itulah cerita quinoa dan saya...

Selamat mencuba!
Babai

Sunday 24 July 2016

Air Soda Herbs

As salam...

Selamat Hari Raya! Macam biasa saya akan balik beraya kelate, rumah mil....setiap tahun mcm tu, lepas raya ketiga baru akan balik ke rumah mak ayah saya pulak....sebenarnya saya berharap sangat dapat raya dgn famili saya...tapi apakan daya...bini mithali kan...saya yg menutut perintah...hahahaha...

Awal2 kawin dulu, isu balik raya mesti buleh jadi perang besaq kan....tapi bila dah masuk berbelas-belas tahun kawin....redha aje...hikkssss....nasib lah mak ayah saya sporting, depa tak kisah tapi taktaulah kot depa tak tunjuk, jauh kat sudut hati tu nak semua anak berkumpul dan beraya sama...hmmmm...nanti kita try raya tahun depan, saya nak beraya dengan famili perak dulu...tengok apa pulak respon mil...lalalala...

Air soda herbs ni saya buat bila kawan Boss Besar dan famili sepupu Boss Besar datang beraya kat rumah hari ni...selain daripada air soda herbs ni...saya masak mee kuah (tapi takdan nak amik gambar, sekejap je  habis empat bungkus mee)...boleh dikata setiap hujung minggu, rumah saya akan ada tetamu, ada yg call dulu nak mai...itu okaylah sbb saya buleh prepare juadah utk dijamu, yang kesian bila depa mai tak habaq...tiba-tiba muncul depan pintu, itu memang tak sempatlah nak jamu yg hebat-hebat, sekadar air teh dengan biskut raya je...


Okaylah, takmau cerita panjang, inilah cara nak buat air soda herbs tu...

Resepi Air Soda Herbs
Bahan
- 1 biji lemon dihiris
- 5 batang serai dititik
- 1 tin laici; ambil buah sahaja
- 1 botol air ais krim soda F&N
- 1 genggam daun pudina
- air gula ikut citarasa manis masing-masing
- air secukupnya
- ais batu.

Cara
  1. Satukan semua bahan. Tekan sedikit lemon untuk keluarkan jusnya. Kacau sebati.
  2. Sedia untuk dinikmati.
Simple kan tapi rasa air sida herbs ni memag menyegarkan...kalau Boss Besar, dia lebih suka air yang tak ditambah ais krim soda, dia tak mau rasa bergas tu tapi kalau saya pulak...dua-dua versi pun sedap...

Macam mana pulak dengan tetamu-tetamu tu, hmmm...nampaknya depa dah tak pandang pun air sirap yang ada, semua pakat minum air soda herbs ni...hahahaha... dan kita boleh variasikan lagi air soda herbs ni, buleh letak chia seed, longan ataupun cincau, mesti lagi colourful jadinya...

Hmmmm...okaylah...apa lagi, selamat mencuba ya!

Babai


Tuesday 28 June 2016

Kulat Sisir Goreng telur

As salam,

Hari ahad hari tu, saya pi pasar tani kat seksyen 13, cari stok bahan mentah...masa pi tu, ada beli jugak kulat sisir...hmmm dah lama tak makan...ambillah dua pinggan...

Yang bestnya cendawan ni,  versi ditanam bukan kulat yang tumbuh sendiri kat batang pokok getah tu, jadinya nak basuh tu tak lah payah sangat...ingat dulu-dulu kalau nak makan kulat sisir ni, kena basuh betul-betul takut ada semut ka, ulat kecik ka kat dalam kulat tu...lagi satu mak saya suruh potong sikit bahagian akar tu, hmmmm...versi yang dibeli ni gemok-gemok dan bersih...cuba tengok kat bawah ni...
*
*
*

*
*
*
Selalunya, kalau mak saya, selalunya kulat sisir ni dibuat gulai dengan daging...tapi utk kali ni, Boss Besar request utk goreng dengan telur je...yayyyy...saya suka....sbb senang kan...cuma nak bagi ada kaler sikit, saya tambah carrot...sedappppnya!


Okay...meh tengok resepinya...
Resepi Kulat Sisir Goreng Telur
Bahan
- 2 mangkuk kulat sisir dibersihkan.
- 1/2 batang carrot dihiris
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji telur
- 1/2 sudu makan sos tiram
- garam secukup rasa
- minyak  utk menumis

Cara

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Tambahkan carrot dan cili merah. Kacau sebentar. 
  3. Kemudian masukkan kulat sisir dan sos tiram. Goreng hingga kulat sisir agak layu sebelum dipecahkan telur. Biarkan telur menjadi keras sedikit sebelum digaul hancur bersama-sama dengan kulat sisir.
  4. Perisakan dengan garam secukup rasa.
  5. Tutup api apabila kulat sisir lembut dan masak sempurna.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Senang dan cepat...memikat selera pulak tu...bertambah-tambah Boss Besar makan masa bukak posa tadi, saya pun join sekaki gak...almaklumlah...dah lama tak makan kulat sisir ni...

Okaylah, bila bulan posa ni, malas pulak nak menceceh panjang-panjang...jadi apa yang ditunggu lagi...cubalah resepi yg simple ni, gerenti puas hati...

Babai

Saturday 18 June 2016

Rasam Telur

As salam...

Hari-hari masak...sampai dah tak tau nak masak menu apa...saya kena pelbagaikan menu sbb kesian kat anak-anak yg posa ni...selalunya bila depa merungut nak bukak posa, saya suruh bertahan dan bagitau yg mak akan masak lauk feveret masing-masing...wahhhhh...buleh order mcm restoran pulak...

Tapi hari ni, saya masak ikut anak tekak saya...teringin nak makan rasam...dan nak bagi lagi marveolus, kita buat rasam telur...
Menu ni mcm menu pembuka selera lah sebab rasa dia yg masam-masam kan...lawan pulak dengan ikan masin...hasilnya...perghhhhh...


Takmau cerita panjang, ini resepinya...

Resepi Rasam Telur
Bahan
- 3 biji telur
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1/2 sudu teh lada hitam*
- 2 ulas bawang putih*
- 3 biji bawang merah*
- 2/3 tangkai cili kering dipotong kasar
- 2 pelepah daun kari
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1/4 sudu teh biji sawi
- 1/2 kiub pati ayam
- asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dgn sedikit air ( kalau tak masam boleh tambah lagi)
- sedikit serbuk kunyit
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- sedikit mintak utk menumis

Cara
  1. Tumbuk halus semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, biji sawi dan daun kari hingga terbit bau.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Goreng hingga garing. 
  4. Masukkan air asam jawa, air secukupnya, kiub pati ayam, hirisan cili kering dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian, pecahkan telur sebiji demi sebiji. jangan kacau. Biarkan telur menjadi kental.
  6. Perisakan dengan garam, jika kurang masam, bolehlah ditambahkan lagi air asam jawa.
  7. Tutup api apabila telur masak sempurna. 
Hmmmm...dah siap...mula-mula tu si nombor dua takmau makan...tapi bila dia rasa sekali...terus nak lagi...rasam ni sedap sbb ada rasa masam-masam tu, maklumlah dah sehari posa, bila dapat benda yang masam-masam ni lah yang akan bukak selera. Nak bagi happening, makan pulak dengan ikan masin...adoiiii...menambah-nambah nasi jadinya...


Jadi..kalau buntu nak masak apa, buleh lah dicuba resepi rasam telur ni...gerenti puas hati!

Babai

Tuesday 14 June 2016

Budak Kecil Ini!

As salam...

Hari ni takdak menu, cuma nak share perangai si nombor lima...bulan posa ni sleep cycle dia berubah habis....hari-hari dia tido pukul 2 pagi...walaupun rumah dah sunyi sepi, semua orang dah tidoq...dia akan berjaga...masalahnya...bila dia tak tidoq, yg jadi peneman...mestilah mak nya...kekadang tu saya sampai tak buleh bukak mata...ngantuknya...

si intan payung berjaga malam!

Bila dia tak tidoq, nanti dia mintak susu, nasik, roti lah...satgi dia nak tengok tv pulak, boring tengok tv, dia ajak saya turun ke bawah...main lukis-lukis...owhhhh...anak ..awatlah tak pi kacau bapak yg nyenyak tido tu...satgi mak nak kena bangun utk prepare sahur pulak ..lepas tu nak bersisp pi kerja...memang mata ni dah macam mata panda...hmmmm..tak buleh mak nak melawa raya ni kalau eyebag sebesaq alam...adeshhhh...

Sekarang ni, saya dok suruh Boss Besar bawak dia pi playground..biaq dia lari sampai letih...tapi apakan daya...Boss Besar dok balik lambat je...takdan nak bawak si nombor lima main kat playground...

Sebab nak bagi sleep cycle dia okay balik, saya pesan kat pengasuh...jgn bagi si nombor lima tidoq siang...tapi ini pun tak jalan jugak...dia masih aktif waktu malam...

Owhhhh...bantulah saya!

Babai

Sunday 12 June 2016

Ayam Kukus Buah Kurma

As salam....

Baru-baru ni abg ipar saya bawak lauk ayam ni mai rumah...kami buat sesi bersahur dengan tiga famili...

Saya tak makan sbb saya lebih suka makan ayam yg digoreng ja...tapi Boss Besar cakap sedap...anak-anak pun cakap benda yg sama...

Hari ni, Boss Besar bagitau yg dia nak masuk dapur dan nak buat ayam kukus tu, tapi dia cakap yg dia taktau resepi...adoiiiii...call lah abang awak tu dan mintak resepi...so apa lagi...teruslah Boss Besar call abang dia...lepas tu dia bagi arahan kat saya utk sediakan bahan-bahan utk ayam tu...aishhhhh...kena masuk dapoq jugak, saya ingat boleh goyang kaki hari ni...

Ready kan semua bahan, Boss Besar yg perap dan bungkus ayam tu....time nak kukus, bantuan bini mithali diperlukan...adeshhhhh...

Dan hasilnya....memang sedap, ayam yg tender lagi juicy...anak-anak pun dok puji bapak depa pandai masak....kecik ati mak yg dok masak hari-hari ni...😤



Jom, apa lagi...ini resepinya...
Resepi Ayam Kukus dgn Buah Kurma
Bahan
- 1/4 ekor ayam
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 batang serai*
- 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- 3 biji buah kurma
- garam secukup rasa
- aluminium foil secukupnya

Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga hancur.
  2. Lumurkan ayam dengan garam secukupnya.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan garam.
  4. Lumurkan ke seluruh bahagian ayam.
  5. Perap 30 minit.
  6. Letakkan ayam yg telah diperap di atas aluminium foil.
  7. Taburkan lada hitam. Letakkan buah kurma.
  8. Balut dengan kemas.
  9. Kukus 45 minit atau sehingga ayam masak.
  10. Sedia utk dinikmati.
Senang je resepi ni...bahan-bahan pun simple..sekejap dah abih...maklumlah cuma 1/4 bahagian ayam je...Boss Besar cakap ini baru trial...nak tgk menjadi ke tak...

Tekstur isi ayam ni mmg lembut dan aroma bahan perapan memang sebati dengan isinya...owhhh ya, semasa balut dgn aluminium foil tu, air perapan yg terhasil juga dimasukkan dan dibungkus sekali...nanti bila dah masak dan kita bukak foil tu, akan ada kuah lah...

Nampaknya, Boss Besar sangat hepi dgn hasil kejadian ayam ni...dia cakap nak buat lagi...

Jadi...apa lagi...cuba lah resepi ni, pasti puas hati!

Babai

Wednesday 8 June 2016

Air Teh Bunga

As salam...

Menu apa hari ni? Saya berkuntau seawal jam 12 tengahari lagi...hari ni birthday Boss Besar...hmmm...saya buat kek keju meleleh utk dia...nanti saya tayang kek tu... pada masa yg sama ni...saya dok masak utk tiga famili Boss Besar yg nak mai bukak posa kat sini...

Saya masak awal sbb nanti bila tetamu dah sampai saya dah bersiap comel2...takmaulah nanti depa tengok saya mcm maid pulak...

Pukul lima, semua dah ready...menunya ialah sambal tumis udang dgn petai, ayam sambal bali, sup sayur, ikan rebus goreng, budu dan ulam...tapi memang tak sempat amik gambar pun sbb kalut kan...lagipun satgi depa heran...awatlah kakak ipaq depa ni dok tertonggek-tonggek amik gambar kan...maklumlah...blog ni rahsia...hahaha..

Apapun...ini je yg ada...


Air Teh Bunga
Bahan
- 1 cawan teh bunga kering
- 4- 5 liter air
- gula secukupnya

Cara

  1. Basuh teh bunga hingga bersih.
  2. Masukkan dalam periuk. Tambahkan air.
  3. Rebus hingga mendidih.
  4. Apabila mendidih, tambahkan gula secukup rasa.
  5. Sedia untuk dinikmati ketika panas ataupun dicampurkan ketulan ais.

Sebab ramai tetamu kan...campur yg kat rumah ni...total semua dalam 21 org  jugak lah...meriah betul time bukak posa tu...Boss Besar pun hepi sbb adik2 dia mai berkumpul kat rumah kan dan kebetulan pulak birthday dia...lagi lah tersenyum lebar...

Dalam pukul 11 tu, semua pakat beransur balik dan saya memang letih gila, seharian tak berhenti-henti kan...tapi kena tulih satu entry dulu...sebelum saya tidoq tak ingat dunia...

Babai

Tuesday 7 June 2016

Petola Tumis Air

As salam...

Hari kedua posa...nampaknya rakyat jelata masih kuat lagi...maklumlah cuti sekolah kan...kerja depa...tengok tv dan main games je...cuma depa komplen bila si nombor empat dan si nombor lima dok makan aiskrim depan depa...tabahlah anak-anak...adik hangpa tak reti lagi...

Setakat ni...masih belum pi bazar ramadhan lagi...aishhhh...baru dua hari posa kan...tunggulah lepas ni...hiksssss...

Untuk sahur, anak-anak saya suka lauk yg berkuah...sapa lah rajin nak masak pagi-pagi kan...jadi menu penyelamat...mestilah sayur...buat aje sayur air...settle masalah...


Sekarang jom tengok resepi ni...
Resepi Petola Tumis Air
Bahan
- 1 biji petola
- 1 batang carrot
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 hiris halia
- 1 biji cili dihiris
- 1 biji telur
- 1 genggam ikan bilis
- sedikit minyak utk menumis
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- secubit serbuk lada hitam

Cara

  1. Potong petola ikut suka. Ketepikan
  2. Hiris carrot. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan ikan bilis hingga terbit bau.
  4. Masukkan air dan carrot.
  5. Apabila air mula mendidih, pecahkan telur. Biarkan hingga telur masak sebelum dimasukkan petola dan cili merah.
  6. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  7. Tutup api apabila petola mula empuk.
  8. Sedia utk dinikmati.
Simple kan? Rakyat jelata pun suka...kalau si nombor dua, dihirupnya kuah sayur ni...

Hmmm...macam mana? Selamat mencuba...

Babai

Monday 6 June 2016

Salam Ramadhan...

As salam...

Pukul 9.30 pagi si nombor satu mai tanya saya pukul berapa nak bukak posa...lepas tu si nombor dua pulak bagitau dia dahaga...adoyaiiiii...anak-anak...belum pun pukul 10 pagi lagi...bertabahlah ya!

Lepas tu dlm group watsap famili Boss Besar, depa hantar gambar pakat dok bakaq kaki lembu...nak buat singgang kaki utk berbuka lah tu, Boss Besar pulak reply suruh mai hantaq ke shah alam...hmmmm...jadi sebagai bini yg memahami...gigihlah saya pi pasar malam pukul 4.30ptg sbb nak beli tulang rusuk, takpa...depa masak singgang kaki, saya buat singgang tulang rusuk...kehkehkeh...tapi tak sempat pun nak amik gambaq...sbb saya dok kelam kabut sorang2 kat dapuq...kiranya bila siap hidang tu...ada beberapa minit je lagi nak bukak posa...tapi alhamdulillah...masa berbukak posa tadi...Boss Besar dan anak-anak makan bertambah...

Takpalah...gambar singgang tulang takdak,meh saya bagi gambaq sagu gula melaka dan resepinya...


Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan
- 2 1/2 cawan sagu putih
- 5-7 cawan air
- 2 ketul kecil gula melaka*
- 1 sudu makan gula pasir*
- 2 sudu makan gula merah*
- 1/2 cawan air*
- 1 helai daun pandan disimpul*
- secubit garam*
- susu cair secukupnya
- pewarna kesukaan

Cara

  1. Satukan semua bahan bertanda*. Masak hingga kesemua gula larut dan kuah pekat. Angkat dan tapis. Ketepikan.
  2. Rebus sagu bersama air sehingga jernih.(jika air kering dan sagu belum jernih, tambahkan lagi air).Angkat. Bilas dengan air utk membuang kanjinya. Toskan.
  3. Letakkan beberapa titik pewarna pada sagu. Kacau sebati.
  4. Dalam bekas yang sesuai, masukkan air gula merah diikuti dengan sagu. Kemudian tuangkan susu cair secukupnya. 
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Senangkan...bahan yg diguna pun senang nak dapat dan mmg selalu ada kat dapoq ni...si nombor lima suka betul dengan sagu ni...

Apa lagi...jom buat sagu gula melaka!

Babai

Saturday 4 June 2016

Fetuccini Carbonara

 As salam...

Saya malas masak....hahaha... maka kita masak yg simple sajo...rasanya hari tu, Boss Besar ada beli spaghetti...jadi dlm kepala terbayang spaghetti carbonara...tapi bila check balik, rupanya Boss Besar beli fetuccini...no hal punya...tukar aje resepi dlm kepala tu jadi fetuccini carbonara...

Resepi ni saya belasah ikut apa bahan yg ada...tambah tolak ramuan yg ada...dan wallllaaaahhh...sedap jugak akhirnya...rahsia besarnya ialah...ikut je citarasa memasing...insyaAllah menjadi...


Meh tengok resepinya
Resepi Fetuccini Carbonara
Bahan
- 1 pek fetuccini
- 2 sudu besar butter
- 1 biji bawang holland didadu kecil
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 2 biji tomato didadu
- 1 cawan daging cincang
- 1 tin sos carbonara cendawan ADABI
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 1/2 cawan air
- 1 keping keju cheesedale
- 10 biji meatball
- sedikit oregano
- garam dan gula secukup rasa

Cara

  1. Rebus fetuccini hingga lembut. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak supaya fetuccini tidak melekat. Ketepikan.
  2. Goreng meatball secara deepfry hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan periuk, masukkan butter. Apabila butter mula mencair, tumis bawang besar, garlic hingga terbit bau.
  4. Masukkan tomato dan daging cincang. Kacau dan masak sehingga daging empuk.
  5. Tambahkan sos carbonara, sos cili,sos tomato, keju, meatball dan oregano. Kacau sebati. Tambahkan air.
  6. Perisakan dengan garam dan gula.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan..
Utk meatball, saya guna brand abang burn, first time nak cuba...Si nombor satu cakap sedap meatball tu...saya? Hmmm tak dapat komen sbb makanan western ni bukan tekak saya...tambah lagi...saya tak berapa gemar makan daging...jadi komen2 ni dapat dari rakyat jelata je...apapun respon yang rakyat jelata bagi membuatkan mak depa ni rasa macam chef yg hebat lak...depa kata sedap...yayyyyy...Boss Besar pun cakap sedap...

Menu ni saya buat utk makan pagi...hahaha...western abih la tu...bertabahlah anak-anak...hari ni takdak nasik...kita tengok berapa lama depa buleh tahan dgn makan fetuccini je...adakah depa akan cari nasik jugak...kita tunggu....muahahaha...

Apa lagi....selamat memcuba...

Babai

Tuesday 31 May 2016

Ciskek Tiga Bahan Je!

As salam...

Si nombor tiga suka makan ciskek...dan dah lama saya tak buat ciskek ni, last sekali masa birthday diri sendiri...saya buat mango ciskek...

Dalam chiller mmg ada white chocolate dan creamcheese...apa lagi search lah resepi ciskek ni kat youtube...nampak senang dan tempting...


Saya tak guna loyang, saya guna remekin kecik...dapatlah dalam lima biji...lepas dah siap, saya bubuh blueberry filling kat atas dia...


Okay...jom tengok resepinya
Resepi Ciskek Tiga Bahan
Bahan
- 120g white chocolate
- 120g cream cheese
- 3 biji telur

Untuk topping
- blueberry filling secukupnya

Cara

  1. Asingkan kuning dan putih telur. Ketepikan.
  2. Cairkan white chocolate secara double boil. Kemudian masukkan cream cheese. Gaul sebati.
  3. Tambahkan kuning telur. Kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk adunan yang lain, pukul putih telur hingga kental. Ambil 1/3 putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Gaul rata.
  5. Kemudian, tuangkan adunan itu ke dalam mangkuk adunan berisi baki putih telur tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
  6. Masukkan adunan ciskek ke dalam mangkuk remekin. Susun dalam loyang yang berisi air.
  7. Masukkan loyang itu ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Bakar secara steam bake selama 15 minit pada suhu 170C dan 15 minit berikutnya pada suhu 160C. Permukaan ciskek akan bertukar warna keperangan.
  9. Setelah oven auto off, rehatkan ciskek lebih kurang 15 minit lagi di dalam oven.
  10. Untuk mengeluarkan ciskek dari remekin, celupkan pisau dalam air panas, dan sisipkan pisau di sekeliling ciskek sebelum diterbalikkan.
  11. Ratakan blueberry filling di atas ciskek. Sedia untuk dinikmati.
Macam mana hasilnya...sedapnya! Lemak-lemak manis gitu dan tambah kick dengan blueberry filling tu...

Bukan si nombor tiga yg suka...si nombor empat pun tumpang sekaki... saya pun suka jugak cuma bila tengok perut berlipat ni...menyesal pulak...adeshhhh...

Apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Monday 30 May 2016

Bubur Nasi dengan Chicken Loaf

As salam...

Hari ni si nombor lima kurang sihat...batuk dan badan pun panas...senang je kalau nak tau panglima ni tak sihat...bila dia tak aktif dan takmau makan...selalunya dia akan mintak nasik dan suruh saya suap...tapi hari ni...saya suap nasik ke mulut pun dia takmau...

Penyudahnya, saya pikir...buat bubur nasik aje...lagipun rakyat jelata mmg suka bubur nasik ni...tapi ayam pulak dah abih...apa yg ada...kita guna je...akhirnya jadilah bubur nasi dengan chicken loaf...


Jom tengok resepinya
Resepi Bubur Nasi dan Chicken Loaf
Bahan
- 2 cawan beras basuh bersih dan ditoskan
- 1 inci halia
- 2 kiub pati ayam
- 4 keping chicken loaf Ayamas dihiris
- 1/2 batang carrot dihiris
- air secukupnya
- beberapa titik minyak bijan
- sedikit serbuk lada sulah
- bawang goreng, daun bawang, cili merah sbg bahan tabur

Cara
  1. Masukkan beras, halia ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya ( saya bubuh 15 cawan air).
  2. Rebus dengan api perlahan sehingga nasi menjadi lembut dan hancur.
  3. Tambahkan carrot, kiub pati ayam dan chicken loaf. Rebus lagi sehingga mendapat tekstur bubur. Tambahkan lada sulah, minyak bijan dan garam secukupnya. Jika bubur nampak kering, tambahkan lagi air.
  4. Tutup api apabila bubur lembut dan cukup rasa.
  5. Sebelum menghidang, taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili hiris. 
  6. Sedia utk dihidangkan.
Dapatlah seperiuk bubur nasi, seperti jangkaan, rakyat jelata sangat suka....si nombor tiga makan bertambah...dia kata macam makan bubur McD...hikkkkssss...

Dan si nombor lima pun makan semangkuk bubur jugak...yayyyyy...saya suka....

Nampaknya....kalau anak-anak takdak selera makan...bolehlah dicuba bubur nasi dgn chicken loaf ni...

Babai

Sunday 29 May 2016

Rendang Sotong Berkuah

As salam...

Nak masak apa hari ni? Selongkar icebox, ada sotong...sambal sotong dah selalu saya masak, hari ni kita try buat rendang sotong pulak, lagipun ada sehelai daun kunyit yang dah kering dlm fridge, daripada terbiaq macam tu je, boleh guna dlm rendang nanti...

Rendang yg saya buat ni ikut versi apa bahan yg ada kat dapur...tak kisah lah ye...janji enak dimakan...hahaha...kenapa berkuah? Sebab si nombor dua suka lauk yg berkuah, satgi kalau masak yg kering-kering....muncung pulak mulut tu...


baru masak, bila dah lama, kuah makin pekat
Okay...ini resepinya
Rendang Sotong Berkuah
Bahan
- 15 ekor sotong saiz sederhana dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 8 biji bawang merah*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1/2 inci halia*
- 2 batang serai*
- 5 biji cili hijau*
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan serbuk kari daging FAIZA
- 1 keping asam keping
- 2 batang serai diketuk
- 1 kotak kecil santan
- 1/4 keping gula nise saiz kecil
- 1 helai daun kunyit dihiris
- garam secukup rasa
- 1/4 cawan minyak masak
- air jika perlu

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Masukkan serai yang diketuk hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar, serbuk kari cili kisar dan asam keping. Goreng hingga garing dan terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan santan, gula nise, daun kunyit dan garam. Renehkan hingga santan mula pecah minyak. Kalau nampak pekat. Tambahkan sedikit air ( tapi nanti sotong pun akan keluarkan air juga)
  5. Masukkan pula sotong. Gaul rata. Perlahankan api. Masak sehingga sotong mula kenyal. Jgn lama sangat, nanti sotong liat.
  6. Tutup api apabila sotong masak dan rendang secukup rasa.
Macam mana rasanya...mestilah sedap bagi saya yg suka makan rendang ni...saya guna sotong saiz kiut miut je...sekejap je abih sotong ni...kuah rendang ni pulak boleh dibuat cicah dengan roti...

Awalnya saya nak guna cili hijau je, supaya rendang ni ala-ala kaler hijau gitu, lepas tu macam tak pedas pulak, pasal tu tambah lagi dengan cili kisar...sapa yang nak extra pedas tu, guna aje cili padi...

Apapun...rendang sotong pun sedap jugak dimakan...kalau selama ni dok masak rendang ayam je...apa kata merendang sotong pulak....

Babai


Saturday 28 May 2016

Biskut Ala Pepero

As salam...

Kalau pi langkawi mesti nak beli pepero kan tapi bila ada isu halal tu...terus terbantut niat...



Hmmm...cuti sekolah dah start...si nombor satu ada kelas tambahan, jadi tak dapatlah kami anak beranak nak balik kampung...bila duduk rumah ni, mulalah askar-askar yang lain tu dok merungut boring...suruh baca buku...depa takmau...

Macam mana ya...okaylah kita masuk dapur je...main masak-masak yg simple...hari ni...kita buat biskut ala pepero tu...sgt senang...bahan-bahan nak membuatnya pun senang nak beli...


Ini resepinya...
Resepi Biskut Ala Pepero
Bahan
- biskut jejari (beli timbang je)
- dark chocolate secukupnya.
- almond nibs (dibakar hingga keperangan)
- chocolate rice
- colourful sprinkles

Cara

  1. Cairkan dark chocolate secara double boil. 
  2. Ambil sebatang biskut jejari, celup dalam coklat yg telah dilarutkan.
  3. Taburkan hiasan ikut citarasa.
  4. Susun di atas redai yg dialas dengan talam supaya lebihan coklat jatuh ke bawah.
  5. Buat sehingga habis dan masukkan dalam fridge lebih kurang 3-5 minit.
  6. Simpan dalam bekas kedap udara.
  7. Sedia untuk dinikmati...
Senang kan...sedap pulak...saya tak pasti berapa lama biskut ni tahan untuk disimpan sbb anak-anak saya ni, buat waktu pagi...tengahari dah tinggal setengah balang...rasa masin biskut jejari...pahit-pahit coklat dan almond nibs yang crunchy...mmg ralit jadinya...

Jadi apa lagi...jom beraktiviti dgn anak-anak...

Babai

Sunday 22 May 2016

Nasi Goreng Cencalok Sotong

As salam...


Ingat tak saya ada stok cencaluk yg dibeli masa saya pi melaka bulan lepas....hahaha...saya budget blog ni macam ada follower je...pasal tu tanya soalan...ahakkkksss...

Untuk dinner, saya malas nak masak lauk pauk, rakyat jelata request nasik goreng...yayyyy...mak suka...senang kerja...tapi lepas tu mula pening kapla pulak...nak goreng nasik versi apa ya?

Dan tiba-tiba teringat cencalok sotong yg dah lama dok tersimpan dalam fridge tu...jom bereksperimen...dan ini hasilnya...


Macam mana? Nak cuba tak resepi ni...jom tengok resepinya pulak...

Resepi Nasi Goreng Cencalok Sotong
Bahan
- 5 cawan nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih*
- 1 ulas cili merah* (kalau nak pedas, gantikan dengan beberapa biji cili padi)
- 1 genggam ikan bilis*
- 1/2 cawan cencalok sotong, di toskan
- 2 biji telur dikocok
- 2 sudu makan kicap lemak manis 
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/2 batang carrot di hiris memanjang
- sedikit minyak untuk menumis

Cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cencalok sotong. Goreng hingga garing. 
  3. Kemudian, masukkan telur. Biarkan telur keras sedikit sebelum dikacau rata.
  4. Tambahkan carrot, sos ikan dan kicap. Gaul sebati.
  5. Apabila carrot setengah masak, masukkan nasi. Gaul sebati. Perasakan dengan garam(jika perlu kerana cencaluk dan sos ikan dah masin)
  6. Tutup api apabila carrot empuk dan nasi goreng secukup rasa.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Macam mana respon rakyat jelata...abihlah nasik goreng seperiuk...anak-anak suka nasik goreng cencalok ni...hmmmm...bolehlah dibuat menu bersahur bulan posa nanti...

Selamat memasak ya!

Babai

Saturday 21 May 2016

Frambozen Kenari

As salam...

Dah lama saya nak buat biskut ni...untuk buat kudapan depan tv...bila tengok biskut ni, yg paling menggoda mestilah almond flakes tu kan...

Jadi hari ni, mood rajin ada mari...apa lagi jom masuk dapur...keletang keletung sambil dok masak nasik...sambil dok buat biskut ni...



Hmmm...ini resepinya
Resepi Frambozen Kenari
Bahan
A
- 180g butter pada suhu bilik
- 50g gula castor
- 280g tepung gandum
- 1/2 sudu teh emplex
- 1/2 sudu teh butter oil

B
- filling blueberry/ strawberry jam (ikut citarasa)

C
- 2 biji putih telur
- 30g gula castor
- 60g gula aising
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu besar tepung ubi
- almond flakes secukupnya

Cara
  1. Untuk lapisan bawah, satukan butter dan gula castor. Pukul hingga sebati. Tambahkan emplex dan butter oil. Gaul sebati.
  2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga boleh dikepal-kepal.
  3. Masukkan doh ke dalam loyang yg telah dialas kertas minyak. Ratakan ke seluruh loyang dan tekan hingga padat.
  4. Cucukkan secara rawak permukaan doh dgn garfu.
  5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Bakar pada suhu 140C selama 25- 30 minit (bergantung pada jenis oven)
  7. Sementara menunggu doh masak, sediakan lapisan meringue pula
  8. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula castor dan gula aising. Pukul lagi hingga kental dan membentuk soft peak iaitu apabila mangkuk adunan diterbalikkan, meringue tak jatuh.
  9. Tambahkan esen vanilla dan tepung ubi. Kacau sebati. Ketepikan.
  10. Apabila doh bawah telah masak, keluarkan dari oven, sapukan filling blueberry pada permukaan doh. Biarkan sejuk sekejap.
  11. Kemudian, ratakan adunan B (meringue) pada permukaan doh bawah. Taburkan almond flakes secukupnya.
  12. Bakar pada suhu 130C selama 1 -1 jam 15 minit (bergantung pada jenis oven). 
  13. Biskut masak apabila permukaan dalam meringue tidak melekat.
  14. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dengan pisau yang tajam.
Ini pertama kali saya nak rasa biskut ni...jujurnya biskut ni sedap tapi manis lah...tak buleh makan banyak...mungkin lepas ni kena kurangkan amaun gula tu dan guna filling yang masam-masam sikit...mungkin buleh guna lemon curd yg masam-masam lemak manis tu...

Bahagian meringue tu macam tekstur marshmallow, kenyal-kenyal kat dalam...dan pemenang dlm biskut ni...mestilah almond flakes tu...crunchy..

Saya potong biskut ni masa tengah panas-panas lagi itu sebab potongannya tak berapa kemas, nasib baik saya baru potong setengah je, sebahagian lagi saya tunggu time biskut tu sejuk, potong dengan pisau tajam, baru kemas sikit...

Apa pun, saya pikir biskut ni sesuai diletakkan dalam candy buffet sbb cantik dan sedap terutamanya utk depa yang suka makan manis...

Jom...apa lagi...cubalah!

Babai