Thursday 8 October 2015

Buat Roti Lagi!

As salam...


Hari ni si nombor satu dah start exam upkk...paper bahasa arab...anak nak exam...mak dia yg gabra lebih...bukannya apa..taktaulah si nombor satu ni main je lebih...buleh ka dia jawab nanti..haishhhh...apa pun saya doakan yg terbaik... **ayatnaksedapkan hati**

Lepas antar si nombor satu pi sekolah agama, saya buat roti...saya pun buat roti cendawan makan dgn sos karamel....hahaha...sebenarnya resepi roti sarang lebah...tapi saya buat roti tu bentuk ala2 cendawan...lepas tu suka2 bagi nama roti cendawan...


Apa lagi...meh tengok resepi roti ni...
Resepi Roti Cendawan(Roti Sarang Lebah)
Bahan
Untuk roti
- 2 cawan tepung roti
- 1 sudu besar gula castor
- 1 sudu teh yeast
- 1/2 cawan air suam
- 1/4 cawan plain yogurt
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh bread improver
- sedikit bijan hitam dan badam cincang
- 1 biji kuning telur 
- butter utk dioles selepas dibakar

Untuk sos karamel
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan whipping cream
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla
- sedikit garam

Cara

  1. Untuk sos karamel. Cairkan butter di dalam periuk.
  2. Kemudian, masukkan gula perang dan masak dgn api perlahan sehingga gula cair. Tambahkan susu cair/whipping cream. dan esen vanilla. Hati-hati sebab akan ada percikan kecil.Kacau sebati dan tutup api apabila semua campuran sebati dan sedikit likat. Ketepikan.
  3. Untuk doh roti pula, satukan air suam, yeast dan gula castor. Tunggu hingga berbuih.
  4. Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, baking powder dan bread improver. Gaul sebati.
  5. Tambahkan yogurt dan minyak masak. Gaul sekata.
  6. Kemudian masukkan larutan yeast sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh, jika lembik, tambah sedikit tepung dan jika keras, tambah sedikit minyak masak.
  7. Uli doh sehingga menjadi kenyal dan elastik. Rehatkan doh sehingga mengembang dua kali ganda.
  8. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbukkan dan bahagikan kepada doh kecil. Masukkan ke dalam acuan muffin atau bekas yg sesuai. Konsepnya ialah doh yg akan mengembang naik semasa dibakar akan membentuk bahagian atas cendawan.
  9. Biarkan doh naik sekali ganda. Sapu kuning telur atas permukaan doh. Taburkan bijan hitam dan badam cincang.
  10. Masukkan doh roti ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  11. Bakar pada suhu 180C selama 15 - 25 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dgn butter.
  13. Sedia utk dinikmati dgn sos karamel.

Kiut miut je roti cendawan ni...saya takdak acuan muffin yg besar...yg ada cuma size paling kecik je...tapi apalah ada pada rupa kan...janji sedap...lepas ni...saya nak letak filling dalam roti ni...tukar lah nama lagi...'roti cendawan cuba teka apa kat dalamnya'gitu...ehhh panjang pulak namanya...apapun roti ni sedap bila dimakan dgn sos karamel ni...

Jadi...kalau taktau nak buat apa...uli lah tepung...gerenti jadi roti yg best...hahaha...

Babai

No comments:

Post a Comment