Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Friday, 12 June 2015

Hokkaido Chiffon Cupcake

As salam...

Hmmm...dah lama saya nak buat cupcake ni...tapi asyik bertangguh je...hari ni...bila check bahan...owhhhh...lengkap...cuma susu segar je takdak...takpa...ganti dgn susu cair...dan kebetulan adik saya call...dia nak order apa2 yg boleh saya buat...sebab dia nak bwk pi ofis hari isnin ni...saya suggest hokkaido cupcake ni...dia kata orait...so hari ni...saya cuba buat dulu...okay ke tak...

Alhamdulillah menjadi...dpt 11 biji utk satu adunan ni...tapi satu biji pun gedabak besar...puaslah makan...

Okay...ini resepinya

Resepi Hokkaido Chiffon Cake
Bahan
A
- 4 biji kuning telur
- 30g gula kastor
- 40ml susu segar
- 40ml minyak jagung
- 55g tepung kek
- 20g tepung kastard
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla (saya guna kacang vanilla)

Cara
  1. Ayak tepung kek,tepung kastard dan baking powder. Ketepikan.
  2. Satukan gula dan kuning telur. Pukul dengan whisk hingga kembang.
  3. Tambahkan minyak jagung,susu segar dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati. Ketepikan.
    Bintik2 hitam tu vanilla
B
- 4 biji putih telur
- 80g gula castor
- 1/4 sudu teh garam

Cara
  1. Pukul putih telur hingga berbuih.
  2. Tambahkan garam dan gula castor sedikit demi sedikit.
  3. Pukul hingga kembang dan gebu(bila terbalikkan mangkuk adunan, meringue tak jatuh).
  4. Kemudian ambil 1/3 bahagian daripada adunan ini. Masukkan ke dalam adunan A. Gaul hingga sebati. 
  5. Kemudian tuangkan adunan tadi (dari step#4) ke dalam mangkuk adunan B. Kaup balikkan hingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas sehingga 3/4 penuh. Buat sehingga habis.
  7. Masukkan acuan ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah masak, sejukkan sebelum di masukkan krim kastard.
Bahan untuk Krim Kastard
- 200ml susu segar
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 1/2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula castor
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Satukan susu, tepung gandum dan tepung kastard. Kacau sehingga semua tepung larut.
  2. Tambahkan gula,esen vanilla dan butter.
  3. Masak atas api perlahan sehingga adunan menjadi likat dan berkilat. Pastikan adunan sentiasa dikacau semasa proses memasak.
  4. Tutup api dan biarkan adunan menjadi suam sebelum dimasukkan ke dalam piping beg bernozzle. Cucuk nozzle di tengah cupcake dan picit cream custard ke dalamnya. Buat sehingga semua cupcake habis diisi.
  5. Sebelum dihidangkan, ayakkan gula aising pada permukaan kek.
  6. Siap!

Kalau tengok macam renyah je...tapi bila dah buat...senang je...

Nampaknya...boss besar pun suka sebab dia cakap tak muak makan...iyalah...kalau butter cake tu rasa macam berminyak sikit kan...cupcake ni ringan dan gebu je...

Jadi...boleh lah nanti uolls cuba pulak buat hokkaido chiffon cupcake ni...gerenti puas hati...lalala

Babai


Saturday, 3 January 2015

Kek Cawan Vanilla

Salam...

Hmmm..kan saya buat lemon curd...kemudian sambil dok masak tengahari...saya bancuhlah adunan cupcake...sebab saya nak tau...apa rasanya cupcake yang digandingkan dgn lemon curd ni...

Saya guna resepi paling simple je...dapatlah dlm 100 biji cupcake size kecik-kecik...kalau kat kampung...mak saya panggil cupcake ni kek kertas...sbb kita bubuh dia dalam acuan kertas kan...

Saya ingat lagi...kalau hari raya atau jiran sebelah nak kenduri...mak mesti akan buat kek kertas ni...mixer rosak..tak jadi hal...mak pukul adunan dengan senduk kayu je...lenguh wehhh...

Itu belum termasuk time membakar pulak...mana ada oven canggih...oven bulat saja...setiap kali bakar...boleh muat 1 tray kecik je...cuma boleh letak 12 biji kek kertas...bayangkan nak bakar lebih kurang 200 biji...tapi sebab mak minat dan ikhlas buat kek..dia tak kisah...dan kek kertas mak memang sedap...sampai la ni...saya pun tak boleh lawan kek kertas mak...hmmmmmm..



Macam ni lah oven mak saya kat kampung
Image dari google


Sekarang mai tengok resepi kek cawan vanilla ni...resepi ni saya salin dah lama...masa tu tak terpikir pun nak tulih dari mana saya ambil resepi ni...buat tuan punya resepi...terima kasih...





Kek Cawan yang Gebu


Resepi Vanilla Cupcake

Bahan

- 1 cawan butter
- 1 cawan gula castor
- 2 cawan tepung naik sendiri (self- raised flour)
- 4 biji telur dipukul hingga kembang
- 1 sudu teh esen vanilla
- acuan kertas secukupnya

Cara
  1. Masukkan butter dan gula dalam mangkuk adunan. Dengan menggunakan mixer, pukul hingga kembang. (Campuran jadi ringan dan berwarna putih krim). Kalau tak ada mixer,pukul dengan senduk kayu pun boleh.
  2. Apabila adunan sudah kembang,masukkan telur yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.
  3. Tambahkan esen vanilla. Kacau rata.
  4. Seterusnya, tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balik kan adunan sehingga sebati. Buat sehingga tepung habis.
  5. Sebelum tu, panaskan oven pada suhu 180 C. Bakar cupcake selama 15-25 minit, bergantung pada saiz cupcake kita. Cupcake yang saya buat ni kecik je...so tempoh masa dia lebih kurang 10-12 minit je.. Kalau nak tau cupcake tu dah masak ke belum, cucuk dengan hujung pisau, kalau pisau tu keluar licin, masaklah kek tu..Kalau saya, bila tengok permukaan atas kek dah perang, saya ambil sebijik dan makan...hahahaha..kalau macam tu..confirm boleh tau kek masak ke tak.
  6. Bakar sehingga adunan habis.
  7. Sejukkan cupcake yang dah siap sebelum diletakkan topping

Apa lagi...bila cupcake tu sejuk, saya pun paipkan lemon curd kat atasnya...Memang sepadan sebab cupcake manis dan lemon curd tu ada rasa masam...tapi masalahnya anak-anak saya tak suka makan kek dengan lemon curd ni...depa suka yang kosong je...ohhhh anak...sapa nak tolong perabih cupcake ni?


Masam Manis


Maka, kalau sapa yang suka makan masam bolehlah makan cupcake ni dengan lemon curd...kalau jenis macam anak saya, makan cupcake kosong je pun dah sedap...
hahahaha..

Selamat mencuba...

Babai
~aimzf~