Tuesday 23 February 2016

Bihun Sup Udang

As salam...

Baru-baru ni saya pi rumah adik saya...dan saya makan bihun sup udang yg sedap...adik ipar saya masak...selalunya...bihun sup kan sinonim dgn ayam ataupun tulang...tapi kali ni...pelakon utamanya udang...

Saya pun tanyalah resepi sup udang kat adik ipar...dan hari ni saya cuba buat utk Boss Besar... maklumlah... Boss Besar kan tengah control dietnya...

Kata adik ipar saya...kuah sup ni lebih sedap bila bubuh banyak udang dan cendawan...tapi utk kali ni, saya buat ikut apa bahan yg ada je...



Okaylah...ini resepinya...
Resepi Bihun Sup Udang
Sumber: adik ipar
Bahan
- 1/2 bungkus bihun dicelur hingga lembut dan ditoskan
- 15 ekor udang dikerat bahagian kepala
- 15 biji fishball
- 2 pokok sawi pakchoy dipotong kasar
- 2 peket cendawan tiram
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 hiris halia
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 2 sudu makan minyak masak
- 1500- 2000 ml air
- garam secukup rasa

Utk hiasan
- bawang goreng,limau nipis, daun bawang, sambal kicap

Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air.
  2. Apabila air mendidih, masukkan fishball, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah. Renehkan sebentar.
  3. Kemudian, masukkan udang dan cendawan. Perisakan dengan garam. Seimbangkan rasa masin dan manis udang. Apabila udang bertukar warna, masukkan sawi pakchoy.
  4. Tutup api supaya sawi pakchoy tidak menjadi terlalu masak dan layu. 
  5. Sedia utk dihidangkan.
  6. Cara menghidang, masukkan bihun, curahkan kuah dan taburkan bahan hiasan. 
Sedap dan simple...cuma Boss Besar cakap, yg adik ipar saya buat lagi sedap...hahaha...

Menu ni buleh jadi menu penyelamat kalau tetamu mai rumah...bahan yg senang dan tak amik masa yg lama pun sbb udang kan cepat masak...cuma kali ni saya tak buat sambal kicap...sekadar bawang goreng je...maklumlah nak makan utk dinner je...malas nak beria-ria masak...kuah sup ni jugak boleh dimakan dgn mee atau nasik...macam si nombor dua, dia makan dgn nasik je...

Jadi apa lagi...selamat memasak!

Babai

Friday 19 February 2016

Resepi Ayam Mentega

As salam...

Isi ayam masih ada dlm freezer...
hmmm...nak masak apa ya?
Nak buat masak paprik, dah selalu sangat masak...jadi kali ni kita cuba masak versi lain pulak...

Ada banyak versi ayam mentega ni...tapi saya guna resepi yang paling simple...jadi lah utk bebudak ni makan malam...Boss Besar diet...utk Boss Besar, biskut marie cicah kopi je...hahaha...


Meh tengok resepinya
Resepi Ayam Mentega
Bahan
A
- 1 mangkuk kecil isi ayam dihiris nipis
- 1 biji telur dipukul sekejap
- 1 cawan tepung gandum
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak utk menggoreng

B
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1/4 cawan butter
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 kiub pati ayam
- 4 pelepah daun kari
- sedikit lada sulah
- garam secukup rasa

Cara
  1. Satukan garam, serbuk kunyit dan isi ayam. Gaul sebati dan perap 10 minit.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul ke dalam mangkuk berisi ayam.
  3. Kacau sebati.
  4. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum, salutkan seluruh bahagian isi ayam dan digoreng hingga masak.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Seterusnya, panaskan kuali. Masukkan butter dan bawang putih yg telah dicincang. Goreng hingga naik bau.
  7. Tambahkan daun kari, susu cair, kiub pati ayam dan lada sulah. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  8. Masukkan isi ayam yg telah digoreng. Gaul sebati. Tambahkan garam secukup rasa.
  9. Tutup api apabila semua isi ayam diselaputi oleh sos mentega.
  10. Siap!
Awalnya, si nombor dua takmau makan, dia kata lauk hari ni macam peliklah...adoyaiiii anak....awak tak rasa lagi lah..

Tapi akhirnya, dia yg dok meratah...sedap sbb creamy dan ada sikit2 crunchy...kiranya habis lah lauk ni utk sekali makan...

Jadi apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Wednesday 17 February 2016

Roti Bakar Telur Leleh

As salam...

Sejak kebelakangan ni, saya selalu sakit kepala...tapi yg herannya sakit kepala tu akan mai bila weekend je...saya pikir sbb asyik pulun buat kerja time weekdays, kalau pening pun dok lawan jugak, sbb tu bila cuti, mula lah rasa pening tu mai kot...paham ka? Abaikan je lah mukadimah ni...hahahaha...

Breakfast utk bebudak utk hari ni roti...kisahnya dua tiga minggu lepas kami pi breakfast kat satu kedai bawah pokok kat area kundang...anak2 order roti ni...tapi biasalah mana cukup kalau masing-masing perut size tangki minyak...depa tak puas makan...jadi saya cakap mak pun buleh buat...sbb senangkan...jadi hari ni mak depa pun tunaikan janji...


Pepatah baru~ ada sosej di sebalik telur!

Ini resepi yg senang tu...
Resepi Roti Bakar Telur Leleh
Bahan
- 5 biji roti hotdog
- 5 batang sosej direbus sekejap
- 5 biji telur
- mayonis dan sos cili secukupnya
- sedikit marjerin

Cara
  1. Belah dua roti tetapi jangan putus. Sapu rata marjerin. Bakar atas non stick pan hingga permukaannya agak garing. Ketepikan.
  2. Masukkan sosej yg telah direbus ke dalam pan. Golek-golekkan sekejap, sekadar untuk bagi nampak sosej tu seakan-akan digrill. 
  3. Angkat sosej dan letak diatas roti yg telah dibakar tadi.
  4. Goreng telur hingga 3/4 masak. Angkat dan letakkan atas sosej.
  5. Paipkan mayonis dan sos cili sesuka hati.
  6. Siap!
Ahhhha...senang kan! Kenapa nama dia telur leleh...sbb kuning telur tu masih lagi cair...jadi bila kita makan tu, meleleh-leleh lah kuning telur tu...

Walaupun saya yg masak, tapi saya tak makan pun roti ni sbb saya tak suka kuning telur....kalau telur tu saya prefer telur dadar je...tapi anak2 saya semua pakat suka telur separuh masak ni...depa ikut bapak depa lah tu...

Apa respon anak2 saya bila makan roti ni...si nombor dua cakap lepas ni kita tak payah pi makan kat kedai lagi sbb mak pun buleh buat...hmmm

Jadi...apa lagi...selamat memasak ya!

Babai

Sunday 14 February 2016

Pau Pandan Inti Kelapa

As salam...

Semalam kan ada masak inti kelapa,jadi hari ni saya buat pau lah...saya tengok resepi kat belakang kotak tepung pau dan saya adjust sikit ikut apa yg ada kat dapur ni...

Nak bagi menawan, letak sikit pandan paste dan jugak kaler hijau...okay takmau tulih panjang-panjang...jom tengok resepinya...



Resepi Pau Pandan
Bahan
- 500g tepung pau
- 1 sudu besar instant yeast
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 cawan + 3 sudu besar air suam
- 3 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit pes pandan
- sedikit pewarna hijau epal
- inti kelapa secukupnya
- kertas alas secukupnya

Cara
  1. Satukan yis,air suam dan gula. Kacau sebati dan biarkan sehingga berbuih.
  2. Kemudian, tambahkan minyak, garam,susu pekat,baking powder,pes pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang sekali ganda.
  5. Bahagikan doh kepada 16 bahagian doh kecil.
  6. Ambil satu doh kecil, leperkan dan letak inti kelapa ditengah.
  7. Tutup inti kelapa dgn menarik bahagian sisi doh. Bulatkan doh dengan kemas dan letakkan di atas kertas alas.
  8. Buat sehingga habis.
  9. Rehatkan doh sekali lagi selama 15 minit.
  10. Kukus doh pau di dalam pengukus yg telah dididihkan airnya.
  11. Kukus selama 8-9 minit sahaja dgn api yg kuat.
  12. Pastikan tudung pengukus dibalut dgn kain supaya wap air tak menitik ke atas kuih pau.
  13. Keluarkan pau dari pengukus dan sedia utk dinikmati.

Pau yg dihasilkan gebu gitu...ini kali pertama saya buat pau bubuh susu pekat...walaupun lain drpd resepi yg biasa saya guna tapi kuih pau ni sedap...

Warna hijau pau jugak cantik...anak-anak saya suka...tekstur pau ni lembut...hmmm...lepas ni buleh buat lagi sbb inti kelapa ada berbaki lagi...

Apapun, selamat mencuba!

Babai

Saturday 13 February 2016

Inti Kelapa

As salam...

Dalam freezer ada kelapa parut yg saya beli minggu lepas,kelapa parut yg putih je...hmmm...saya masa tu dok plan nak buat lopes tapi bila rakyat jelata demam, kelapa parut tu dok bertapa lah dalam freezer...

Hari ni saya nak clearkan sikit freezer tu maklumlah rakyat jelata dah makin sihat...bolehlah nak buat kerja rumah sikit... 

Jadi, ini lah hasilnya...



Mai tengok resepinya pulak
Resepi Inti Kelapa
Bahan
- 4 cawan kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah
- 1 cawan air
- 1/4 cawan santan
- 3 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar garam
- 2 helai daun pandan disimpul

Cara
  1. Satukan gula merah, gula pasir, simpulan daun pandan dan air di dalam kuali. Masak hingga gula merah larut.
  2. Kemudian, masukkan kelapa parut, santan dan garam. Gaul sebati.
  3. Masak sehingga inti kelapa menjadi kering. Pastikan inti kelapa ini selalu dikacau supaya tak hangit.
  4. Apabila inti kelapa menjadi kering, bolehlah diangkat dan sejukkan.
  5. Sedia utk digunakan.

Santan tu optional, saya bubuh sebab kebetulan ada baki santan kotak dlm peti ais, sbb kalau simpan lama takut rosak pulak...kalau takmau letak pun takpe...

Kalau ikut anak tekak saya, inti ni dah okay dari segi manisnya, tapi kalau sapa yg suka manis, tambah lah lagi gula ya...

Hmmm...kalau tengok resepinya, kuantiti inti kelapa dapat banyak lah jugak...saya pikir ada banyak jenis kuih yg boleh buat dgn inti kelapa ni, ketayap, pulut inti, koci, badak berendam...
Pendek kata...ada banyak lah...jadi inti ni saya akan simpan dlm freezer dan bila nak guna, saya defrost kan aja...

Tapi hari ni, saya takmau buat apa-apa kuih lagi sbb satgi petang saya nak pi Bangi, ada birtday party lah...ehhh saya suka sbb tak payah masak... muahahaha...

Apa pun, selamat mencuba!

Babai

Friday 12 February 2016

Gulai Rangka Ayam

As salam...

Hari ni si nombor lima dah okay sikit...semalam bawak dia jumpak paed kat ttdi jaya,Dr. Meghana. Doc kata lungs dia okay, takdak infection kat telinga, no tonsilitis,rashes takdak, cuma doc risau bila si nombor lima nampak lethargic...saya bagitau dah dua minggu dia takmau makan...cuma breastfeed je...so doc cakap pada umur ni, susu ibu gives nothing,maybe si nombor lima bila dia minum susu tu, dia rasa lebih selesa sbb mak dok peluk je kan...so saya kena bagi dia makan apa jua foods yg dia suka..sbb si nombor lima suka aiskrim...saya bagi dia aiskrim campur pisang, calsiyum, air kotak, yakult,taufu fa...dan setiap kali mmg paksa dia utk makan...tapi kalau masih nampak letih lagi, memang kena bawak pi hospital...apa pun alhamdulillah hari ni dia dah mula nak main dgn abg dan kakak...

Hmmm...lunch utk yg lain pun kena siapkan jugak...saya defrost satu plastik ayam...masa tu tak tengok pun, bawak keluar dari freezer terus letak kat sinki...bila nak masak...adoyaiii...ini rangka ayam lah...nak defrost isi ayam mcm lambat je...jadi buat gulai dan bubuh aje kentang...hiksssss...padahal sblm tu rancang nak masak ayam masak kicap...hmmmm



Okaylah...ini resepinya...
Resepi Gulai Rangka Ayam
Bahan
- 2 ekor rangka ayam dipotong kecil
- 1 labu bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 peket kecil rempah kari daging FAIZA
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 kotak kecil santan ayam brand
- 3 biji kentang potong empat
- 1 sudu teh gula nise
- 3- 4 cawan air
- garam secukup rasa

Utk tumis
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2 pelepah daun kari
- rempah empat sekawan (dua biji buah pelaga, dua kuntum bunga cengkih, dua kuntum bunga lawang, satu batang kulit kayu manis)
- minyak utk menumis

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  2. Satukan semua rempah dgn sedikit air dan jadikan pes rempah. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis. Goreng hingga terbit bau.
  4. Masukkan pes rempah. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar. Kacau sebati.
  5. Apabila campuran pes rempah dan bahan kisar hampir kering, masukkan rangka ayam yg telah dibasuh bersih. Gaul rata dan biarkan sekejap sebelum dimasukkan santan dan air.
  6. Biarkan sehingga kuah mendidih.
  7. Kemudian, masukkan kentang dan gula nise.
  8. Perasakan dgn garam.
  9. Tutup api apabila kuah memekat dan ubi kentang menjadi empuk.
  10. Siap.
Kalau tengok resepi ni, lain sikit dari gulai yg biasa saya masak, sebab saya tambahkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih...
bereksperimen sbb nak tau rasa gulai ni akan jadi macam mana...tapi alhamdulillah menjadi jugak...si nombor tiga cakap sedap...si nombor dua pun cakap macam tu jugak...owhhhh...kembang setaman hati ni...

Nak melengkapkan hidangan hari ni, saya goreng telur dadar...cukup lah utk anak-anak makan...walaupun si nombor lima dah okay sikit tapi dia masih lagi cranky...saya mesti ada depan mata dia je...sambil saya dok masak, dia dok menangis tarik kain ntah apa lah yg dia nak,  jenuh jugak dok memujuk...

Okaylah...itu lah cerita hari ni...kalau ada rangka ayam kat dlm freezer tu, cubalah masak guna resepi ni...

Babai

Wednesday 10 February 2016

Pasta Carbonara?

As salam...

Si nombor lima masih lagi takmau makan...bagi nasi,roti...semua dia tolak...dia mintak aiskrim tapi saya tak bagi sbb dia batuk dan selsema...

Bila tak makan...mula lah dia buat perangai...tak buleh berenggang... adoiii...mak ada banyak kerja nak buat ni...tambah lagi abang kakak masih lagi cuti cny...nak kena masak kat depa jugak...

Pikiaq punya pikiaq...saya buat pasta utk dia...guna apa yg ada je..mana tau kot2 dia berselera nak makan...

Resepi ni utk kuantiti yg kecik je...trial kan...takut tak dpt sambutan...satgi sapa pulak nak tolong perabih... 


Meh..ini resepinya...
Resepi Pasta Carbonara
Bahan
- 1 cawan pasta
- air utk merebus pasta

Untuk sos putih
- 2 sudu besar butter
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 1/2 cawan susu segar
- sedikit lada hitam tumbuk kasar
- sedikit oregano
- garam dan gula secukup rasa
- hirisan sosej (saya tak bubuh,stok takdak)
- air secukupnya

Cara

  1. Rebus pasta sehingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan butter dan bawang putih. Goreng hingga terbit bau.
  3. Masukkan tepung. Goreng tepung sekejap sebelum dimasukkan susu segar, lada hitam dan oregano. Jika ada sosej, juga boleh juga ditambah ketika ini. Masak dengan api yg kecil supaya susu tak hangit.
  4. Kacau sehingga tepung larut. Jika kuah pekat, bolehlah ditambahkan sedikit air.
  5. Perisakan dgn gula dan garam secukup rasa.
  6. Tutup api apabila sos putih ini mendidih.
  7. Untuk menghidang, curahkan sos putih ke atas pasta yg telah dicelur.
  8. Boleh taburkan chilli flakes jika suka.
  9. Siap!
Senangkan...hmmm...mcm mana pulak dgn respon si nombor lima...alhamdulillah...abis semangkuk kecik...hilang susah hati saya sbb semenjak dia demam ni...memang selera makan takdak...susut betul badan dia...mata pun kuyu je...orang tak sihat kan...

Si nombor tiga pun suka...kiranya resepi ni boleh di buat lagi lah sbb dapat respon yg baekkkk punya!

Jadi...kalau anak kecik hilang selera makan, bulehlah cuba buat pasta carbonara ni...mana tau dia berselera nak makan...

Okaylah...selamat memasak ya!

Babai

Tuesday 9 February 2016

Sambal Telur Rebus Campur Sosej

As salam...

Masak paling senang je...pagi tadi dah goreng nasik...utk lunch makan lambat sikit lah...saya plan nak lipat baju je hari ni...pasal tu lah masak yg mudah je...

Patutnya buat sambal telur je tapi bila selongkar fridge ada dua ketul sosej...hmmmm...campur aje lah dlm sambal telur ni...


Okay...jom tengok resepi ni...
Resepi Sambal Telur
Bahan
- 5 biji telur rebus
- 1 labu bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 biji tomato*
- 2 btg serai*
- 1/2 inci belacan*
- 5 biji cili merah*
- 2 batang sosej dihiris
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh kicap pekat
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- minyak secukupnya

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, goreng telur rebus sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bahan kisar hingga garing.
  4. Masukkan hirisan sosej. Gaul sebati.
  5. Kemudian,masukkan telur, sos ikan,sos cili dan kicap.
  6. Kacau sebati. Tambahkan sedikit air. Perisakan dgn garam dan gula.
  7. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Sambal ni tak pedas sbb cuma guna cili merah je...kalau nak pedas tu, masa tumis..buleh lah tambah satu atau dua sudu besar cili kisar...

Saya bubuh gula jugak dlm sambal telur ni, utk dpt effect berkilat dan jugak nak bagi rasa manis-manis masin gitu...maklumlah yg nak makan kekanak kecil kan...cuma jgn lah pi bubuh banyak gula...nanti terus tak lalu makan sbb terlajak manis...kiranya ikut citarasa masing-masing lah...

Okaylah...kain baju dah memanggil2 mintak dilipat tu...hmmmm i nak pi lipat kain lah...

Babai

Monday 8 February 2016

Donut Ekpress

As salam...

Rakyat jelata masih demam lagi...makan ubat pun tak kebah-kebah...si nombor lima takmau makan...dia cuma nak menyusu badan je...air masak...susu botol...dia takmau...badan si nombor lima pun dah susut banyak...saya bagitau kat Boss Besar, macam nak kena bawak pi spital, check darah je...sbb demam tak kebah-kebah...tapi  biasalah,Boss Besar...selagi budak tu tak terkelepek lembik...dia assume anak dia sihat lagi...aishhhh...kalau esok, depa dok demam lagi...mmg saya paksa Boss Besar bawak pi spital...

Sebab si nombor lima takmau makan, saya try buat donut...sbb dia suka makan donut..pagi tadi saya buat cekodok, dia makan tiga biji...saya pikir mesti dia takdak selera mkn nasik, jadi jom buat kuih...

Resepi ni saya amik kat page MAHN...cuma dah tak ingat sapa sbb resepi ni saya salin kat kertas je...dulu kat page tu ada butang search...tapi la ni dah takdak...payah betul kalau nak cari resepi...jadi bila ada resepi yg berkenan, saya salin kat kertas dulu...bila dah buat...menjadi..saya tulih kat blog...ala2 simpan resepi gitu...


donut tak sempat sejuk, salut gula...cair gula tu...adeshhhhh

Okay...jom tengok resepi donut ekspress ni...
Resepi Donut Ekspress
Bahan
- 500g tepung gandum
- 1 sudu besar instant yeast
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar marjerin
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh baking powder
- 1 1/2 - 2 cawan air (tak semestinya guna semua, bergantung kat jenis tepung)
- minyak utk menggoreng
- gula aising utk disalut pada donut 

Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan minyak. Gaul sehingga sebati.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Doh yg terbentuk sedikit lembik dan melekat. Kalau terlajak lembik, tambah sedikit tepung lagi.
  3. Sapukan sedikit minyak pada telapak tangan. Bahagikan doh kepada 32 bebola doh kecil.
  4. Susun di atas talam. Rehatkan sekejap (10minit)
  5. Panaskan minyak, ambil sebiji doh, buat lubang di tengah dengan ibu jari dan masukkan ke dalam minyak yg telah panas.
  6. Goreng donut dengan api yg sederhana sehingga warnanya menjadi kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Goreng hingga habis.
  9. Sejukkan donut sebelum disalut dgn gula aising.

Mmg ekspress donut ni sbb tak payah tunggu doh tu kembang sekali ganda...lepas uli, terus bentukkan, rehat doh sat sambil dok panaskan minyak, lps tu goreng...

Untuk satu adunan ni, kiranya puaslah anak-anak saya makan...tapi si nombor lima cuma makan seketol je...yg makan banyak donut , si kakak...

Hmmm..apa lagi...jom mendonut!

Babai


Sunday 7 February 2016

Nasi Ganja Ayam Goreng

As salam...

Pi mana cuti ni? Kami sefamili duduk kat rumah je...rakyat jelata demam...hari jumaat tu, si nombor satu pulak demam...si nombor lima dah okay tapi semalam, badan dia panas balik..ishhhh...susah hati betul...harapnya demam depa ni tak bepanjangan lah...

Pagi tadi, Boss Besar bawak si nombor dua main tenis, masa balik tu dia singgah pasar tani kat stadium, beli ayam...tapi kali ni, Boss Besar beli bahagian dada je...okay jugak...senang nak masak...isi je...

Sebab si nombor lima tak sihat, saya masak yg senang je...terus terpikir nak buat nasik kuning ni...masa belajar kat perlis dulu, depa panggil nasik kuning ni nasik ganja...makan dgn ayam goreng dan kuah kari, kalau takmau kari, ayam masak merah pun boleh...



Jadi meh tengok resepi nasi kuning aka nasi ganja ni...

Resepi Nasi Kuning
Bahan
- 4 cawan beras basuh bersih, toskan
- 6 cawan air (adjust air ikut jenis beras ya)
- 1/2 kiub pati ayam
- 6 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit pewarna kuning telur

Untuk tumis
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- rempah 4 sekawan (3 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)

Cara
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
  2. Tumis semua bahan tumis hingga terbit bau.
  3. Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan serbuk ketumbar. Kacau sekejap.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, sos cili dan pewarna kuning telur.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dgn garam dan secubit gula.
  6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.
Sementara tunggu nasi masak, kita sediakan ayam goreng pulak..

Resepi Ayam Goreng Rempah
Bahan
- 1 ekor ayam dipotong kecil (saya guna isi ayam)
- 3 sudu besar rempah kari ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- garam secukupnya
- minyak utk menggoreng

Bahan kisar
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1/2 inci halia
- sedikit air

Cara

  1. Satukan semua bahan dan bahan kisar,kecuali minyak. Gaul sebati.
  2. Perap 30 - 1 jam.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.
  4. Angkat dan toskan.
Untuk kari mamak pulak, kari ni kosong je...cuma ada rasa berempah je...kira okay jugak, sbb nasik tu dah berlemak sbb pakai minyak sapi, jadi kari ni balance kan rasa lemak nasik tu lah...
Ini resepi kari mamak pulak

Resepi Kari Mamak
Bahan
- 1 peket serbuk kari daging*
- 1 sudu makan rempah kari ikan*
- 1 sudu makan serbuk cili*
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih
- 1 keping halia
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu besar air asam jawa
- rempah empat sekawan (2 biji buah pelaga,1 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)
- 4 cawan air
- 4 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
- secubit gula

Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dengan sedikit air. Kacau hingga menjadi pes rempah.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan pes rempah. Kacau hingga rempah garing.
  4. Tambahkan air, air asam jawa dan kiub pati ayam.
  5. Masak hingga mendidih
  6. Tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.
  7. Didihkan kuah sehingga menjadi agak pekat.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan bersama ayam goreng dan nasi.
Nampak macam renyah je nak masak nasik ni kan, sebenarnya simple je cuma yg lambat bagi saya time menggoreng ayam tu, kena guna api sederhana je supaya ayam masak sempurna...

Boss Besar tak pernah makan nasik ni...dia heran bila saya hidangkan nasik kuning ni tapi alhamdulillah...dia tambah dua kali jugak dan dapat komen sedap...kehkekkeh...kembang rasanya...

Kalau nak lagi sedap, rasanya buleh tambah sambal belacan mcm nasik kak wok tu...dan jugak timun...

Apapun...alhamdulillah utk rezeki hari ni...anak2 pun makan bertambah walaupun masing-masing pakat dok demam lagi...

Jadi...apa lagi...cubalah!

Babai


Thursday 4 February 2016

Kari Ayam Tanpa Santan

As salam...

Nampaknya sekarang ni mmg musim demam...anak2 saya pakat sorang2 demam...si nombor lima dah okay...si nombor tiga pulak demam...dah empat hari tak pi sekolah...dan hari ni berjangkit pulak kat si nombor empat...panasnya sampai 39C...

Kalau ikutkan hati ni mmg malas nak masak tapi sbb dah empat hari saya dok beli nasik bungkus..hari ni kena lah bagi dapoq berasap sikit...menu yg nak masak ni mestilah kari sbb anak2 suka kan...tapi santan pulak abih...okey...takdak hal punya...kita buat kari tak bubuh santan...


Ini resepinya...
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan
Bahan
- 1/2 ekor ayam potong kecil
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 3 sudu makan serbuk kari daging FAIZA
- 500 ml air
- 2 biji kentang dipotong empat
- 2 biji tomato belah empat
- garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis
- 1 labu bawang besar dihiris
- 5 ulas bawang  putih dihiris
- 3 pelepah daun kari
- rempah 4 sekawan (bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis)
- minyak utk menumis

Cara
  1. Tumbuk halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga bawang garing.
  3. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masak sehingga ayam kecut.
  4. Tambahkan bahan yg telah ditumbuk dan serbuk kari. Goreng sehingga terbit bau.
  5. Kemudian, tambahkan air. Biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan pula tomato dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk.
  7. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Tutup api apabila kentang dan ayam masak sempurna dan cukup rasa.
Simple je bahannya kan? Selama ni biasa buat kari yg bersantan, jadi bila masak versi takdak santan ni, takut jugak kalau tak jadi...tapi alhamdulillah...sedap dan anak-anak suka...bila bubuh tomato, ada rasa masam-masam sikit...dan kari ni saya buat berkuah sbb anak saya mmg suka makan lauk yg berkuah...bila direneh lama, bawang besar yg ditumis dan tomato tu hancur, jadi kuah jadi agak pekat...macam kari yg bubuh santan jugak, awalnya saya pikir kalau tak bubuh santan, mesti kuahnya ceroi tapi nampaknya sangkaan saya meleset...

Memang sedap...Boss Besar tak makan nasik, jadi dia makan roti cicah dgn kari ni...kiranya setengah ekor ayam tu mmg utk sekali hidangan je...dan si nombor tiga mintak saya masak lagi kari yg macam ni...

Jadi apa yg ditunggu lagi...selamat memasak ya!

Babai