Monday 31 August 2015

Ayam Masak Bawang Berempah

As salam...

Merdeka! Merdeka!..semoga Malaysia aman makmur hendaknya...walaupun sekarang ni heboh dgn macam-macam isu kan...kita golongan marhaein ni cuma mampu berdoa je...

Ishhh...tak payah cerita pasal isu semasa lah...jom fokus kat isu nak masak apa hari ni...heeeeee...

Boss besar demam...semalam dia ada golf tournament...tak dapat apa pun...yg dapatnya demam..iya lah main tengah panas rembang kan...mana tak demamnya...semalam jugak...saya dgn pakatan lima beradik ni pi majlis bertunang sepupu saya kat bangi...Alhamdulillah...majlis berjalan lancar...dan pakatan lima beradik pun okay walaupun ayah depa takdak...dalam kereta pun depa duduk diam2...hmmmm...lepas ni...kalau cuti sekolah...bulehlah pulak balik kampung...tak payah tunggu boss besar cuti...baru dpt balik kampung kannnnn...

Jadi...apa yg dimasaknya hari ni...saya buat ayam masak bawang je...resepi ni senang dan sedap...tambah lagi dengan manis bawang tu...


Hmmmm...ini lah resepinya...
Resepi Ayam Masak Bawang
Bahan
- 6 ketul bahagian ayam
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 3 biji bawang holland di hiris
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jntan putih
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- sedikit rempah empat sekawan
- 3 pelepah daun kari
- 1 helai daun pandan dihiris kasar
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak utk menggoreng


Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga halus. Ketepikan.
  2. Ayam di basuh bersih. Lumurkan garam kunyit dan di goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  3. Seterusnya goreng bawang besar hingga layu dan kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  4. Ketepikan sedikit minyak menggoreng itu. Tinggalkan lebih kurang tiga sudu makan minyak sahaja di dalam kuali.
  5. Tumis rempah empat sekawan, daun kari dan daun pandan. Tunggu hingga terbit bau.
  6. Masukkan bahan yg ditumbuk dan semua serbuk rempah. Tambah sedikit air. Kacau sebati.
  7. Apabila rempah sudah garing, masukkan ayam dan bawang besar. Gaul rata.
  8. Tambahkan semua jenis sos dan perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. Jika nampak kuahnya agak kering, bolehlah dimasukkan sedikit lagi air.
  9. Masak sehingga bawang besar hancur sebelum dimasukkan cili merah. Kacau sebati.
  10. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Enam ketul ayam ni cukup utk sekali makan je...bukannya apa...semalam pun dah makan ayam kat majlis bertunang tu...jadi masak sikit je lah ayam utk hari ni...utk sayur...saya cuma buat labu masak bening je...dan bakar ikan kat boss besar...
Alhamdulillah...semuanya kenyang...

Hmmmm...apa pulak yg nak dimasak utk dinner...

Babai

Sunday 30 August 2015

Kuih Bom

As salam...

Ingat lagi tak saya ada masak bubur kacang...sebab bubur kacang tu ada sagu...tekstur dia jadi pekat...hmmmm...ada berbaki lagi...saya simpan dlm peti sejuk...dan hari ni saya nak buat kuih bom...resepi ni pun...mak saya yg bagi...

Saya buat tak banyak...utk adunan ni dapat lapan biji je...tapi cukuplah tu...sebab bebudak ni...depa tak makan pun kuih2 tradisi ni...yg nampak berminat nak cuba...si nombor lima... 

Untuk inti tu, saya guna baki bubur kacang (resepi kat SINI)...cuma kalau masih berkuah, panaskan semula dan tambah satu sudu tepung gandum utk likatkannya...sekurang-kurangnya ia jadi inti yg boleh dibentuk...



Okay...sekarang ini resepinya...
Resepi Kuih Bom Inti Kacang Hijau
Bahan
- 1 cawan tepung pulut
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1/2 cawan santan
- 1 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak
- 3 sudu makan air
- bijan secukupnya
- minyak utk menggoreng
- inti kacang hijau secukupnya

Cara
  1. Bijan dibasuh dan ditoskan. Ketepikan.
  2. Masak santan, gula, garam dan minyak sehingga mendidih. Ketepikan. Tunggu hingga menjadi suam.
  3. Apabila campuran santan telah suam, masukkan tepung. Gaul sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yg boleh dibentuk. 
  4. Bahagikan doh kepada lapan doh kecil. 
  5. Ambil satu doh kecil, leperkan dan letak inti di tengah. Tutup inti dengan menarik bahagian sisi doh. Bentukkan menjadi bebola. 
  6. Kemudian, salutkan doh itu dgn bijan.
  7. Buat sehingga semua doh kecil habis.
  8. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga warnanya bertukar keemasan.
  9. Angkat dan toskan.
  10. Sedia utk dihidangkan.
Sebab saya buat kuih bom ni kecik2...jadi kulitnya jadi tak berapa tebal...bila dah di goreng...kulit tu kenyal tapi ada sedikit rangup...hmmm...saya suka macam tu...tapi kalau siapa yg suka kulit tebal, bolehlah buat saiznya besar sikit...


Masa salut bijan tu, golek-golekkan sambil tekan2 sikit supaya bijan betul2 melekat kat doh kuih tu...

Dan masa goreng...guna api sederhana supaya kuih ni betul2 masak...

Bila makan ketika masih panas...memang terasa rangup kulit luarnya tu...tapi bila dah sejuk...kulit kuih bom ni jadi kenyal sepenuhnya...saya rekomen resepi ni...simple dan sedap...

Jadi apa yg ditunggu lagi...kalau ada lebihan bubur kacang...jgn dibazirkan...buat lah kuih bom ni!

Babai

Saturday 29 August 2015

Bengkang Ubi Kayu

As salam...

Yayyyyy...mak saya mai umah saya bawak ubi kayu...bukan setakat ubi kayu...pulut...daun palas...pisang...hiiii...macam2 lah...

Bila mak saya ada kat rumah...saya pun tanya kat mak saya macam mana nak buat bengkang ubi kayu...sebab bila google...ada macam2 versi bengkang ubi kayu ni...

Jadi mak saya pun bagi resepi yg diturun temurunkan oleh tok saya...cuma sebab saya bakar dengan oven dan saya guna santan kotak...ada lah sikit tokok tambah...mak saya kata kalau nak bagi cantik dan garing...bakar atas api dapur...guna acuan yg ada lubang kat tengah tu...owhhhh...saya takdak acuan tu...

Resepi ni...letak tepung pulut...mak saya kata supaya bengkang ni liat dan cantik...tak benyai ( saya taktau istilah ni ada dlm kamus dewan ke tak)...mungkin benyai = mushy...
hmmmm...cari sendiri lah ya...


Okaylah...ini resepi bengkangnya
Resepi Bengkang Ubi Kayu Mak Saya
Bahan
- 4 cawan ubi kayu yg telah disagat
- 1 cawan tepung pulut
- 1 cawan gula
- 2 cawan santan
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak masak
- sedikit pewarna kuning
- sedikit marjerin
- 2 helai daun pandan disimpul

Cara
  1. Ubi kayu yg telah disagat dimasukkan ke dalam penapis. Tekan tekan sedikit utk mengeluarkan airnya. (Mak saya bagitau, kalau guna ubi kayu tua,kita toskan airnya supaya tak pahit). Ketepikan.
  2. Satukan santan, gula, garam, daun pandan dan minyak di dalam periuk. Masak hingga mendidih dan pecah minyak. (Kejadian pecah minyak tak berlaku sbb saya guna santan kotak).
  3. Biarkan campuran santan menjadi suam sebelum dimasukkan ubi kayu. Gaul sekata. Seterusnya masukkan tepung pulut dan beberapa titis pewarna. Kacau hingga semuanya sebati.
  4. Pindahkan adunan ke dalam loyang 9x9 yg telah dialas kertas minyak. (Lain kali tak perlu letak kertas minyak sbb bila ada alas kertas ni, bahagian bawah tak berkerak).
  5. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 190C selama 45 -60 minit menggunakan api atas bawah.
  6. Selepas 30 minit, keluarkan loyang dari oven, sapu marjerin/minyak masak di atas permukaan bengkang. 
  7. Kemudian teruskan pembakaran sehingga permukaan atasnya garing.
  8. Sejukkan bengkang sebelum di potong dgn pisau plastik.

Macam mana rasanya? Sedap...lemak dan manisnya secukup rasa. Kalau nak bengkang yg garing, boleh bakar lama sikit...tapi kena selalu dok intai oven...takut terlebih garing pulak...

Untuk adunan ni...hasilnya banyak jugak...jadi bolehlah dikongsi dgn jiran tetangga...

Ehhhh...apa lagi...jom buat bengkang!

Babai

Friday 28 August 2015

Daging Kicap Ala Mamak

As salam...
Resepi ni dah lama...saya dapat dari mamak nasi kandar kat kampung saya...

Rasa daging ni macam daging kicap yg kita beli kat kedai mamak...hahaha...itu lah yg saya rasa...

Kalau nak pedas...kita cuma tambah amaun cili kisarnya...saya buat tak pedas sangat...sesuai utk anak2 saya makan...

Bahan pun tak banyak...paling utama...mestilah kicap manis dan rempah empat sekawan tu...


Okaylah...jom tengok resepinya...
Resepi Daging Kicap Ala Mamak
Bahan
- 1 kilo daging batang pinang dihiris
- 3 sudu makan gula pasir
- 2 sudu makan gula merah
- 4 sudu makan cili kisar
- 1/2 cawan kicap manis
- 1/2 sudu teh cuka
- 5 ulas bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 hiris halia
- rempah empat sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
- garam secukup rasa
- minyak utk menumis

Cara


  1. Basuh bersih daging dan ditoskan.
  2. Gaulkan daging dgn gula merah,gula pasir dan kicap manis. Perap 30 minit.
  3. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih,halia dan rempah empat sekawan hingga wangi. Tambahkan cili kisar dan cuka. Goreng hingga cili garing.
  4. Kemudian, masukkan daging bersama bahan perapan ke dalam kuali.
  5. Masak sehingga daging kecut. Jika inginkan lauk yg berkuah, tambahkan sedikit air. Perisakan dgn garam.
  6. Tutup api apabila daging empuk dan cukup rasa semuanya.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Resepi ni senang je...aroma kulit kayu manis tu yg membangkitkan rasa masakan ni...jgn terkejut bila tgk kuantiti gula tu...sebab masakan ni mmg ada rasa manis, pedas dan kat hujung2 rasa tu ada sikit rasa masam...

Si nombor dua bertambah2 nasiknya...adoiiii...bila la si nombor dua ni nak diet...perut dia boroi macam pompuan mengandung 7 bulan... aishhh...salah mak yg memasak kah?

Apa pun...selamat mencuba resepi ringkas yg umphhhhh ni...

Babai


Thursday 27 August 2015

Cerita Telur Masin

As salam...

Hmmm...hari ni...cukup dua minggu saya buat telur masin...tak sabar rasanya nak tengok hasil kejadian telur masin ni...menjadi ke tak...

Lepas dua minggu, saya perati...ada telur yg dah turun ke bawah...



Masa mula2 rendam tu...semuanya terapung...hmmm...berdasarkan teori sains yg tak seberapa ni...saya rasa telur tu dah masin...garam dah menyerap masuk ke dalam telur, jadi...telur tu jadi lebih tumpat...kehkehkeh...teori ketumpatan gitu...lalalala...

Jadi...saya nak rebus dua biji dulu...nak tengok hasilnya...kalau tak masin lagi...kita rendam lagi...

Dah rebus....inilah....hasilnya...
*
*
*
*
teruja tak?
*
*
*
*
Hahaha
*
*
*
*


Owhhhh...nampaknya sudah berjaya...tak masin sangat...rasa masinnya sedang2 aja...hmmmm..adakah saya boleh bertukar profesion sbg pembuat telur masin...hahaha...kita tunggggggu!

Babai

Wednesday 26 August 2015

Bubur Kacang Bersagu

As salam...

Untuk makan petang ni...saya buat bubur kacang...hmmmm...dah lama tak buat bubur kacang sendiri ni...selalunya makan time pi makan kenduri kat rumah org je...

Saya buat tak banyak pun...satu cawan kacang hijau je...dan kali ni...saya buat version mak mentua saya...macam mana tu?

MIL saya bagitau...kalau nak bagi kacang hijau tu cepat empuk dan lembut...kita goreng dulu kacang hijau tu tanpa minyak...okaylah...jom kita cuba!


Resepi Bubur Kacang Bersagu
Bahan
- 1 cawan kacang hijau dibasuh bersih dan ditoskan.
- 5 cawan air
- 2 cawan santan
- 3/4 cawan gula
- 4 sudu makan sagu
- 1 sudu teh garam

Cara
  1. Panaskan kuali,goreng kacang hijau tanpa minyak hingga warna kacang bertukar sedikit kekuningan.
  2. Pindahkan kacang hijau yg telah digoreng ke dalam periuk. Tambah lima cawan air. Rebus hingga 3/4 empuk sebelum dimasukkan sagu.
  3. Apabila sagu mula jernih, tambahkan gula dan garam. Masak sehingga gula larut. 
  4. Seterusnya, masukkan santan. Jika kuah pekat, tambahkan sedikit lagi air mengikut kepekatan yg sesuai.
  5. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  6. Tutup api. 
  7. Sedia utk dihidangkan.

Semasa panas bubur kacang ni masih lagi berkuah...tapi bila dah sejuk...dia jadi pekat disebabkan oleh sagu...jadi kalau sapa2 yg tak suka sagu...tak perlu masukkan sagu lah...macam saya...mmg suka tekstur bubur yg pekat bila dah sejuk tu...

Sedap betul makan biskut kering cicah bubur ni...terkenang zaman duduk asrama...hahaha...bubur kacang dgn biskut kering utk minum petang...aishhhh...

Okaylah...kalau ada kacang hijau tu...bolehlah dibuat bubur ya!

Babai

Tuesday 25 August 2015

Lemonade

As salam...

Bila saya taktau nak buat apa di kala si nombor lima tak mau tidoq...saya akan menyelongkar peti ais...

Dan saya nampak ada lemon dgn ais krim soda...hmmm...saya tau...ais krim soda tu saya beli sbb nak buat apam mekar...tapi hajat tak sampai sbb ovalette takdak...nak pi beli...terasa malas pulak nak start enjin kereta...

Apa kata...kita buat ayaq lemonade je...penyegar tekak di kala panas ni...


Jadi...inilah resepinya
Resepi Ayaq Lemonade Penyejuk Tekak
Bahan
- 1 biji lemon dihiris nipis
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1 tin air ais krim soda
- air secukupnya
- ketulan ais

Cara

  1. Masukkan lemon, gula dan air panas dalam jug yg sesuai. Kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan air ais krim soda. Letakkan ketulan ais.
  4. Sedia utk dinikmati.
Senangkan...teruja si nombor satu bila tengok ayaq ni kat atas meja...hmmm...dapat sekali sekala minum ayaq ada gas kan...tak buleh amalkan selalu ayaq gas ni...jadi kalau takmau letak ais krim soda pun takpa...cuma takdaklah rasa bergas tu kan...

Hmmm...apa yg di tunggu lagi...jom berlemonade!

Babai

Monday 24 August 2015

Sup Telur Berkentang

As salam...

Hari ni si nombor lima tak sihat...aishhhh...bila dia tak sihat ni...mula lah buat perangai...nak berdukung je...

Jadinya saya masak yg paling sempoi...ada kentang...ada ikan bilis...ada telur...lepas tu ada kuah...satu lauk je utk lunch anak2 hari ni...harap depa pun paham lah tengok mak depa ni dok melayan adik yg tak sihat...

Saya tulih entry ni sambil nak tidokan si nombor lima...dia dah nak tido...tapi bila kita bangun je...dia bukak mata... hmmmm...


Okaylah...ini resepinya
Resepi Sup Telur Berkentang
Bahan
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 hiris halia
- 1 sudu besar rempah sup mak siti
- 5 cawan air
- 1 genggam ikan bilis
- 3 biji kentang dipotong empat
- 3 biji telur
- sedikit daun bawang dan daun sup
- 1 sudu makan bawang goreng
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis

Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ikan bilis, goreng sekejap.
  3. Kemudian masukkan rempah sup, kacau sekejap dan terus masukkan air(kena cepat supaya rempah tak hangit).
  4. Seterusnya masukkan kentang. Masak sehingga kentang 3/4 empuk. Pecahkan  telur sebiji demi sebiji. Biarkan telur masak sedikit sebelum dikacau.
  5. Apabila kuah mendidih,perisakan dgn garam. Tabur daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
  6. Tutup api apabila kentang empuk sepenuhnya.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Senangkan...walaupun sempoi...tapi sedap...kalau ada sambal belacan dgn telur masin...mesti lagi terangkat...ehhhh...cerita pasal telur masin...rasanya esok lusa boleh lah saya rebus homemade telur masin tu...dah masuk dua minggu...ishhhh...tak sabar rasanya nak tengok hasil kejadian telur masin tu...

Okaylah...si nombor lima ni takmau tidoq pulak...hmmmm...dan nak kena pi amik si nombor empat balik tadika ni...

Babai


Sunday 23 August 2015

Serimuka Durian

As salam...

Pulut antara benda yg saya suka makan...jadi ralit bila makan pulut ni..cuma nanti bersabar je lah bila angin satu badan...time tu...baru lah nak menyesal makan pulut kan...hmmmm

Hari ni...buat serimuka durian...sebabnya...semalam boss besar ada beli serimuka ni...4 ketul kecik...mana cukup...hahahaha...nak makannya ramai...boss besar kata mahaiiiii...tak buleh beli banyak...laaaaa...

Apa lagi...sebab tak puas makan...jom masak sendiri...buleh makan puas2...buleh berbahagi dgn jiran jugak...



Ini resepinya
Resepi Serimuka Durian
Bahan
Lapisan Bawah
- 2 cawan pulut direndam 2 jam
- 2 cawan santan cair
- 1 sudu teh minyak jagung
- 1/2 sudu teh garam

Lapisan Atas
- 3 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1/4 cawan tepung beras
- 1 cawan isi durian
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam

Cara
  1. Basuh bersih beras pulut yg telah direndam. Satukan semua bahan lapisan bawah. Gaul rata. 
  2. Pindahkan ke dalam loyang 10x10 yg telah di alas plastik.
  3. Kukus selama 30 minit.
  4. Setelah 30 minit. Tekan dan ratakan lapisan pulut sehingga padat.
  5. Sementara menunggu lapisan pulut masak, kita siapkan lapisan atasnya pula,satukan semua bahan. Masukkan dlm blender. Kisar hingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam periuk, masak sekejap sehingga naik wap sahaja, jgn biarkan bertukar kental.
  7. Apabila telah naik wap, tuangkan adunan atas ini ke atas lapisan pulut.
  8. Masukkan ke dlm kukusan. Kukus 20 minit. 
  9. Bagi mengelakkan air wap menitis ke atas permukaan kuih, balut tudung kukusan dgn kain.
  10. Apabila sudah masak, buka tudung kukusan, masak lagi lebih kurang 10 minit. Ini untuk mengeringkan jika ada lapisan air yg terbentuk di atas permukaan kuih.
  11. Sejukkan kuih sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.
  12. Sedia utk dihidangkan.
Hmmmm...bila dah siap tu...puas betul makan...abihlah segala diet...aishhhh...


Kuih ni sedap...rasa lemak bahagian atas tu dgn rasa isi durian...bila bergabung...mantopppp!

Jadi...apa yg ditunggu lagi...selamat mencuba!

Babai

Saturday 22 August 2015

Kuih Bengkang Gandum

As salam...

Hari Sabtu lepas pi open house rumah kawan boss besar...ada kuih bengkang gandum yg sedap...aishhhh...nak makan banyak...malu...lepas tu...bila balik...teringat-ingat pulak...

Jadi...saya google resepi...nampak ada resepi dekat myresepi...okaylah kita cuba buat ikut resepi tu...

Saya masuk dapur...keletang-keletung dan akhirnya...dapatlah saya makan kuih bengkang ni...rasa dia...just nice bak kata org puteh...tak manis...dan lemak tu sedang2 aje...owhhhh...saya suka...

Baru keluar oven!

Meh...tengok resepinya...
Resepi Bengkang Gandum
Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 4 cawan santan
- 3/4 cawan gula
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
- sedikit pewarna kuning

Cara
  1. Satukan semua bahan. Masukkan ke dalam blender. Kisar sebati.
  2. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang yg telah disapu sedikit mentega.
  3. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  4. Bakar pada suhu 180C utk 30 minit pertama dan 150C utk 30 minit kedua atau sehingga masak.
  5. Biarkan sejuk sebelum dipotong sebab kuih ni sgt lembut masa panas.
Dan hasilnya...sangat sedap...tak manis sangat dan lemak2 gitu...tapi sayangnya...saya tak sempat nak snap gambar yg dah potong...sebabnya sedara boss besar mai rumah dan saya hidangkan kat depa...satgi dok amik gambar kuih...depa heran pulak...buat tebiat tuan rumah ni kan...saya ingat mesti ada balance nanti...buleh lah saya amik gambar..habis...hahaha...jadi takdak gambar kuih yg dah potong...lain kali kita buat lagi...hiiiiii...

Apa pun...saya jamin...kuih ni mmg sedap!

Babai


Friday 21 August 2015

Cucur Jagung Yang Sempoi

As salam...

Petang-petang ni...perut mesti mintak diisi...bukan nak makan yg berat2 pun...nak mengunyah aje...

Dalam peti ais...ada isi jagung...lebih kurang satu cawan...hmmm...kalau buat bubur...sikit je...nanti tak puas makan pulak...jadi kita buat cucur jagung je...cuma guna dua bahan utama...jagung dan tepung gandum...kalau letak byk aksesori aka sayur mayur pun...nanti anak2 tak makan...

Masa bancuh tu, guna air panas mendidih...bila dituang dlm tepung...tepung tu jadi masak...bila goreng nanti...cucur tu lembut di dalam tapi garing kat luar...sedapppp...teknik ni pun buleh diguna pakai bila buat cucur udang... 

Apa lagi...ini resepinya...
Resepi Cucur Jagung
Bahan
- 3/4 cawan isi jagung
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air mendidih
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh baking powder
- sedikit serbuk kunyit (takmau letak pun takpa)
- minyak utk menggoreng

Cara

  1. Satukan jagung, tepung,garam,gula,serbuk kunyit dan baking powder. Gaul sebati.
  2. Tambahkan air panas, kacau dgn senduk hingga sebati. Rehatkan 10 minit supaya adunan mesra.
  3. Panaskan minyak, jemputkan sedikit adunan, masukkan ke dlm minyak. Goreng hingga masak.
  4. Buatlah sehingga habis.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sedia utk dihidangkan.
Amacam...senang kan! Cucur ni sedap dimakan panas2...kami anak beranak cicah dgn sos cili thai...dan bila sejuk pun,cucur ni masih lembut lagi...tak liat...

Hmmm...dah dapat idea utk makan petang tak? Apa lagi...cuba lah!

Babai

Thursday 20 August 2015

Red Velvet Brownies

As salam...

Dah lama saya simpan resepi ni...nampak cantik je...kalau red velvet cake tu rasanya sedap...mesti red velvet brownies pun sedap jugak kan...

Seperti biasa...check bahan dulu kat dapur ni...wokeyyyy...lengkap...apa lagi...mari buat brownies lah...


Jadi inilah resepinya...ringkas je...
Resepi Red Velvet Brownies
Bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 1/3 cawan gula castor
- 55g coklat cip
- 113g butter
- 1 sudu besar pewarna merah
- 2 biji telur
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Ayakkan tepung dan baking powder. Ketepikan.
  2. Satukan butter dan coklat cip. Cairkan keduanya dengan menngunakan kaedah double boiler. (Saya masukkan dlm microwave 30 saat dan kemudian kacau sehingga semuanya larut. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Pukul telur dan gula castor sehingga gula larut. Masukkan campuran butter dan coklat. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung,gaul rata.
  5. Tambahkan esen vanilla, pewarna merah dan cuka. Kacau sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  7. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 170C selama 35- 40 minit atau sehingga masak.
Masa belum letak pewarna merah tu...adunannya warna coklat...sbb ada coklat kan..hmmmm...saya ingat nanti bila bubuh kaler...mesti kaler coklat tu yg menyerlah tapi nampaknya salah la...adunan jadi merah bila dah masukkan pewarna merah tu..dah bila masak pun kaler merah...hmmmm...selamat...

Okaylah...mcm mana rasanya?
Sedap...manis dan ada macam rangup sikit kat bahagian atas tu...kiranya kena lah dgn citarasa saya ni...

Jadi tunggu apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Wednesday 19 August 2015

Ikan Rebus Air Asam

As salam...

Haishhhh...macam nak makan ayaq asam ja...tomato tu dah lama bertapa dlm peti ais ni...

Ini menu dinner tadi...sblm masak...saya call boss besar dulu...nak makan kat rumah tak...bukannya apa...satgi masak byk...takdak sapa nak makan pulak kan...dia kata balik makan kat umah...jadi kita buat dua ekoq ikan temenung...satu utk i...satu utk u...



Jadi...ini resepinya
Resepi Ikan Rebus Air Asam
Bahan
- 2 ekor ikan kembung
- 1/4 cawan air asam jawa 
- belacan sebesar ibu jari dibakar
- 1 biji tomato didadu
- 1 biji bawang besar dihiris
- 1 biji cili merah
- 5 biji cili padi dihiris kasar
- 2 sudu makan air limau nipis
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit air utk rebus ikan

Cara

  1. Bersihkan ikan. Rebus ikan dgn sedikit air dan garam sehingga masak (tanda ikan dah masak, mata ikan tukar kaler putih dan tersembul keluar sikit)
  2. Satukan belacan dan cili merah. Tumbuk hingga halus.
  3. Pindahkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk,tambahkan air asam jawa, bawang besar dan tomato. Tenyehkan sikit dgn belakang sudu supaya sebati. Tambahkan air limau nipis. Perisakan dgn gula dan garam. Kalau nak pedas, tambahkan cili padi lagi.
  4. Apabila air asam ni dah sesedap rasa, tuangkan ke atas ikan.
  5. Siap. Sedia utk dinikmati.


Sedap pulak makan macam ni...iyer lah...kekadang kalau dok makan yg bersantan pun muak jugak...tapi anak-anak tak suka pulak menu ni...kecik lagi kot...tak reti lagi nak makan air asam ni...tapi utk depa, saya masak ikan selar kicap je...

Okaylah...apa lagi...jom memasak.

Babai

Tuesday 18 August 2015

Menjahit!

As salam...

Hahaha...hari ni saya masak simple je...goreng ikan, sayur air dgn sambal belacan...

Pasaipa ya? Sebab saya nak jahit cadar dgn sarung bantal...kisah dia macam ni...boss besar selalu komplen yg bilik si nombor satu bersepah...cadar asyik terbukak ja...takmau lekat elok2 kat tilam tu...hmmmm...dah anak mmg tidoq lasak...kalau cadar tu kita kunci dgn padlock pun akan terbukak jugak...aishhhh...

Jadi...semalam saya pi TEWAH kat tesco shah alam tu...saya tgk ada kain utk buat cadar...rm15/m... okaylah...salesgirl tu kata utk katil single...kain guna 2meter...baiklah...kita beli tiga meter sbb saya tak reti menjahit pun...sekadar tau jahit lurus je...itupun akan bengkang bengkok jugak...hiiiii...

Hari ni...bawak keluar mesin jahit dari stor...saya pun menjahit lah...untuk tilam...saya cuma jahit kat tepi je...mcm cadar asrama kan...takdak fitted bagai...hahaha...itu ilmu tinggi...saya tak reti jahit cadar fitted...

Sarung bantal pulak...saya ikut ukuran sarung bantal yg ada...sebab saya tak pi antar jahit tepi...kena jahit lebih sikitlah...kat tepi tu, saya lipat dulu dan jahit....lepas tu baru cantum...ka ada cara senang kalau takmau jahit tepi dulu...utk 2 bantal size standard...saya guna 1 meter kain...
Mula-mula potong kain dua keping...satu keping bagi extra dalam 6 inci.
mesin jahit tepi tak ada,  jadi saya lipat dan jahit dulu bahagian tepi tu..
cantum dua keping kain tu...
dah cantum...apa lagi...sarungkan ke bantal lah...
Kalau tgk...mmg azab betul jahitan saya...tapi bila dah sarung kat bantal...cantik je...hahaha..tapi saya hepi...maklumlah tahap tukang jahit amatur....

Harapnya...lepas ni...cadar tu tak terburai lagi...kalau dok terburai lagi...kena ikat dgn tali kot...bukan kat cadar...tapi kat org yg dok tidoq atas katil tu...lalala...

Okaylah..itu cerita saya hari ni...

Babai

Sunday 16 August 2015

Johnny Rockets

As salam...


Hari ni birthday si nombor satu...dari minggu lepas dia dok bagitau pasal birthday dia...tapi biasa la kami laki bini buat2 lupa...

Pagi ni pulak...si nombor tiga masuk bilik...bagitau yg hari ni birthday abg dia...mcm biasa...saya dan boss besar buat dunno je...hahaha...si nombor satu nampak frust...kehkehkeh...

Jadi tadi boss besar bagitau nak buat surprised lah...nampak mcm dia mengharap sgt...sbbnya tahun lepas...celebrate birthday si nombor dua kat TGIF...

Kali ni kita pi Johnny Rockets kat Sunway Pyramids...kami sampai dah lewat...9.30pm...takdak org pun...famili kami je...hahaha...order makan...dan lepas tu crew johnny rockets bawak keluar cake kecik dan nyanyi birthday song kat si nombor satu...hmmmm...dia takdak perasaan pun...muka toya ja...


Portion makanan kat sini besar...kiranya si nombor satu dgn si nombor dua tak abih pun makan burger depa...taktau lah kot depa dah kenyang sbb sebelum tu dlm pukul 6...' dah makan nasik kat umah...


Makan2...lepas tu balik...kalau pikir tak berbaloi pun...sebab budak2 ni tak reti lagi...cuma boss besar cakap sbb ada surprised cake dgn nyanyi birthday song ..pasal tu lah dia ajak makan kat sini...saya bagitau kat boss besar...budak2 ni cuma buleh bawak makan kat kedai tomyam je...baru depa enjoyyyy...hahaha...


Apa pun...happy birthday anak mak...moga jadi anak yg soleh...berjaya dunia & akhirat...aminnnn...

Babai

Friday 14 August 2015

Borak Kosong

As salam...

Hmmm...sekejap je dah masuk bulan ogos...tak lama lagi...abihlah cuti saya...hari ni nak cerita pasal si nombor lima...

Dia kira bertuah sbb saya dpt jaga dia kat rumah...abang kakak...kecik2 dah duduk nursery...bila dah duduk rumah ni...manja dia melampau-lampau...melekat aje...saya tak buleh hilang dari mata...dah macam anak koala...

Tapi yg geramnya...boss besar tak percaya bila saya cerita pasal budak manja ni...bila boss besar ada...pandai pulak si nombor lima layan diri...main sorang2...dia buat dunno ja kat mak dia nih...

Hari ni...manja dia melampau2...saya dah sampai tahap nak tarik rambut sendiri...tak mau minum botol susu...nak breasfeed je...bila saya buat keja...menangis...hempas badan kat lantai...adoyaiiii...mak nak makan pun tak buleh nih...

Masa antar si nombor empat pi tadika...hujan lebat...amik payung nak hantar abangnya...dia dah mengamuk2 nak keluar dari kereta...saya nak cepat...jari saya tersiat dgn pemegang payung...berdarah...ketap mulut je...grrrrrr...


Owhhhhh...si nombor lima...

Babai

Thursday 13 August 2015

Homemade Telur Masin

As salam...

Semalam...masa pi pasar malam...saya beli telur itik...hmmm...nak cuba buat telur masin sendiri lah...

Paling suka makan telur masin...si nombor dua...kalau rebus 3 biji...tak sorok telur masin tu...buleh habis kat dia sorang ja...aishhhh...

Jadi...jom bereksperimen buat telur masin...harapnya lepas dua tiga minggu...bulehlah makan telur masin ni...


Resepi Homemade Telur Masin
Bahan
- 10 biji telur itik
- 1 mangkuk garam kasar
- 3 cawan air panas
- balang plastik bertutup

Cara
  1. Basuh telur itik sehingga bersih.
  2. Satukan garam dan air panas. Kacau sehingga garam larut.
  3. Biarkan air garam sejuk sehingga suhu bilik.
  4. Masukkan air garam ke dalam balang plastik. Kemudian masukkan telur itik tadi. Tambahkan air sehingga balang penuh  
  5. Tutup balang dgn penutup.
  6. Rendam lebih kurang dua minggu utk mendapatkan telur masin.
Apa lagi...kita tunggu hasilnya nanti...

Babai

Tuesday 11 August 2015

Ikan Dori Sos Lemon

As salam...

Dalam peti ais ada fillet ikan dori...jadi hari ni nak masak ikan dori je utk bebudak ni...

Selalu makan masak lemon ni kalau pi restoran chinese muslim...anak2 suka...kali ni biaq mak hangpa pulak masak...

Satu peket ikan dori tu sekadar cukup utk sekali hidang je...tapi saya lebihkan kuah sbb macam biasa...si nombor dua suka makanan yg berkuah kan...

Saya letak jus dari setengah biji lemon...sebelum tambah gula...mak aiiii...masamnya...tapi bila dah ditambah gula...barulah balance rasa masamnya tu...hiiiiiii...



Jadi inilah resepinya...
Resepi Ikan Dori Sos Lemon
Bahan
- 3 keping fillet ikan dori
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada sulah
- sedikit serbuk kunyit
- 3 sudu makan tepung jagung
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 kiub pati ayam
- 1/2 biji lemon- ambil jusnya
- 3 sudu makan gula
- 1 1/2 cawan air
- 3 sudu makan sos cili thai
- 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
- sedikit pewarna kuning
- minyak utk menggoreng
- garam secukup rasa
- sedikit cuka

Cara

  1. Basuh ikan dori dgn sedikit cuka. Bilas dgn air biasa dan ditoskan. Potong kecil ikan dori.
  2. Gaulkan ikan dori dgn garam,serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 5 minit.
  3. Kemudian gaulkan ikan diri dgn tepung jagung. Pastikan semua bahagian ikan dori bersalut tepung.
  4. Panaskan minyak. Goreng ikan dori sehingga masak.
  5. Angkat dan ditoskan.
  6. Dalam kuali berasingan, panaskan satu sudu makan minyak masak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan jus lemon, kiub pati ayam, air dan gula.
  7. Masak sehingga gula larut. Tambahkan sos cili thai. Gaul sebati.
  8. Apabila kuah mendidih, perisakan dgn garam dan masukkan bancuhan tepung jagung dan pewarna kuning. Masak sehingga kuah pekat dan berkilat.
  9. Tutup api.
  10. Tuangkan kuah ke atas ikan yg telah digoreng tadi. Sebaik-baiknya sebelum dihidangkan supaya ikan kekal rangup.
Wahhhhh...macam mana...lepas ni buleh lah cuba resepi ni...selain ikan, boleh juga digantikan dgn sotong, udang atau pun ayam...

Jadi apa yg ditunggu lagi...selamat mencuba!

Babai

Monday 10 August 2015

Stew Tulang dan Bol Kentang

As salam...

Semalam...ada potluck kat rumah boss kepada boss besar...dlm 20 family...saya masak laksa...sebab boss besar cakap laksa rizalman tu sedap...saya masak ikut resepi tu lah...saya masak utk dua kilo ikan...

Ada macam2 menu...nasi tumpang, nasi royal gulai kawah, rojak, laksam dan macam2 lagilah...rambang mata nak pilih...tapi yg paling saya teruja nak cuba ialah bol kentang...bila makan...hmmm sedap...terus pi mintak resepi...jadi berbekalkan resepi cakap2 tu...terus saya nak cuba...maklumlah bahan2 mmg dah ada cuma kat bahagian hiasan tu je yg takdak...malas nak pi beli kacang peas dgn salad...nak guna sikit je pun nanti...

Bol kentang ni dimakan dgn stew... resepi stew ni olahan saya sendiri...ikut apa yg ada kan...tapi alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan...lalala...

Ini resepi bol kentang tu...sebab ni edisi percubaan, saya cuma buat utk 1/2 kilo kentang je...

Resepi Bol Kentang dgn Stew Tulang
Bahan
A- Inti
- 200g daging cincang
- 1 labu bawang besar didadu
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 2 sudu makan rempah kurma
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu makan butter
- 2 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa

Cara

  1. Panaskan minyak dan mentega, apabila mentega mencair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. Goreng hingga garing. 
  2. Masukkan daging dan lada sulah. Masak sehingga daging kecut. Tambahkan garam secukup rasa.
  3. Kacau rata. Masak sehingga air daging kering dan daging masak sempurna.
  4. Tutup api dan sejukkan.
B - Kentang
- 500g kentang
- 3 keping biskut tawar
- 2 sudu makan bawang goreng
- 1 biji telur dikocok
- garam secukup rasa
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Kentang dikupas kulit dan dihiris. Goreng setengah masak dan ditumbuk halus.
  2. Kisar bawang goreng dan biskut tawar hingga halus.
  3. Kemudian satukan kentang dan campuran biskut tawar. Tambah garam dan gaul sebati.
  4. Kepal-kepalkan sebesar bola golf, leperkan dan isikan inti di tengah- tengah. Tutup inti dan bulatkan kembali. Buat sehingga habis.
  5. Kemudian panaskan minyak, celupkan bol kentang ke dlm telur dan goreng hingga kuning keemasan. Toskan di atas tisu dapur.

C - Stew Tulang
- 300g tulang rusuk
- 1 inci halia diketuk
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 labu bawang besar didadu
- 2 biji tomato didadu
- 3 sudu makan tomato puree
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 helai daun salam
- 1 biji kentang rebus
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- sedikit rosemary dan oregano
- 1 sudu makan butter
- air secukupnya
- gula dan garam secukup rasa

Cara
  1. Rebus tulang dgn halia sehingga empuk. Ketepikan tulang dan air rebusannya.
  2. Panaskan butter. Tumis bawang besar, bawang putih dan tomato. Goreng hingga layu. 
  3. Kemudian masukkan air rebusan dan tulang. Tambahkan daun salam, oregano, tyhme, sos tomato, tomato puree, kicap manis dam kicap masin. Masak hingga mendidih. Ambil sedikit kuah stew, kisar kentang rebus dan masukkan kisaran kentang rebus ke dalam kuah.
  4. Tambahkan lada sulah. Perisakan dgn gula dan garam.
  5. Masak sehingga kuah pekat. 
  6. Sedia utk dimakan dgn bol kentang

Hiasan
- hirisan timun, carrot, daun bawang dan bawang goreng.

Cara menghidang
Masukkan bol kentang dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan bahan hiasan. Sedap dimakan panas-panas.

Saya tanya boss besar...sedap tak...dia angguk...owhhhhh...rasa mcm nak lompat bintang ja...hahaha...cuma lain sikit dari yg makan masa potluck tu...saya cakap...ini resepi cakap2 je...sbb kawan boss besar cakap kuahnya mcm stew...jadi saya buat stew lah...

Dan nampak gayanya...bol kentang dgn stew ni akan jadi satu menu kalau saya ada buat makan2 kat rumah...

Okaylah...selamat mencuba!

Babai