Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Sunday, 11 October 2015

Congo Bar

As salam...

Hari ni pun tak ke mana2...cuma keluar sat pi mydin beli barang dapur...saya malas nak ikut tapi Boss Besar ajak jugak...owhhhh...anak2 saya si nombor empat dan si nombor lima macam baru keluar dari hutan...punya excited dpt pi mydin...rasanya kat mydin tu...suara saya yg pitching paling tinggi...haishhhh...depa dok berlari sana sini...maklumlah dah berapa minggu dok terperap dlm rumah je sebab jerebu kan...dpt pi kedai pun depa dah sgt gembira...

Alang2 pi beli barang kan...saya beli jugak almond flakes...sbb mmg plan nak buat congo bars...pernah makan sekali masa kat tempat keja dulu..jadi kali ni nak cuba buat pulak...cuma saya lupa nak beli chocolate chips..tapi sbb dah berhajat nak buat kan...saya letak je chocolate rice...boleh lah kan...


Meh tengok resepinya
Resepi Congo Bars
Bahan
- 315g tepung gandum*
- 2 1/2 sudu teh baking powder*
- 1/2 sudu teh garam*
- 3 biji telur
- 150g butter
- 200g gula perang
- 1 cawan chocolate rice
- 1 sudu teh esen vanilla
- sedikit almond flakes utk ditabur

Cara
  1. Ayak semua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati. Tambahkan esen vanilla
  4. Kemudian masukkan tepung, kaup balikkan hingga sebati.
  5. Tambahkan chocolate rice. Gaul rata.
  6. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Ratakan adunan ke dalamnya. Taburkan almond flakes.
  7. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak.
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dipotong.

Ini lah resepi paling senang nak buat...hahaha...cuma masa dah campur tepung tu...saya cuak jugak...sebab adunan tu keras macam nak buat biskut chocolate chips tu...lepas tu baru teringat...ini bukan kek lah...sbb dok budget tekstur adunan mesti macam kek pulak...

Apa pun...congo bars ni sedap kalau sapa yg suka makan manis...mcm Boss Besar dia tak suka sbb katanya manis...owhhh...itupun saya dan reduced gula jadi 200g...resepi asal guna 310g gula...mak aiiii...tak terbayang tahap manis tu kan...dan saya rasa yg bagi jadi lagi manis tu chocolate rice lah...maybe kalau guna chocolate chips kurang manisnya...tapi rasanya mat salleh mmg makan manis kot sbb kalau tgk resepi buttercream pun byk gula aising yg depa pakai...

Satu loyang dpt banyak...lepas saya potong...masukkan dlm bekas dan saya letak dlm freezer...kalau nak makan...amik sikit...masuk microwave dan ngapppp...

Okaylah...selamat mencuba ya!

Babai

Thursday, 20 August 2015

Red Velvet Brownies

As salam...

Dah lama saya simpan resepi ni...nampak cantik je...kalau red velvet cake tu rasanya sedap...mesti red velvet brownies pun sedap jugak kan...

Seperti biasa...check bahan dulu kat dapur ni...wokeyyyy...lengkap...apa lagi...mari buat brownies lah...


Jadi inilah resepinya...ringkas je...
Resepi Red Velvet Brownies
Bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 1/3 cawan gula castor
- 55g coklat cip
- 113g butter
- 1 sudu besar pewarna merah
- 2 biji telur
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Ayakkan tepung dan baking powder. Ketepikan.
  2. Satukan butter dan coklat cip. Cairkan keduanya dengan menngunakan kaedah double boiler. (Saya masukkan dlm microwave 30 saat dan kemudian kacau sehingga semuanya larut. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Pukul telur dan gula castor sehingga gula larut. Masukkan campuran butter dan coklat. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung,gaul rata.
  5. Tambahkan esen vanilla, pewarna merah dan cuka. Kacau sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  7. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 170C selama 35- 40 minit atau sehingga masak.
Masa belum letak pewarna merah tu...adunannya warna coklat...sbb ada coklat kan..hmmmm...saya ingat nanti bila bubuh kaler...mesti kaler coklat tu yg menyerlah tapi nampaknya salah la...adunan jadi merah bila dah masukkan pewarna merah tu..dah bila masak pun kaler merah...hmmmm...selamat...

Okaylah...mcm mana rasanya?
Sedap...manis dan ada macam rangup sikit kat bahagian atas tu...kiranya kena lah dgn citarasa saya ni...

Jadi tunggu apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Tuesday, 24 March 2015

Marble Cheese Brownies

As salam...

Hmmm...semalam dah buat brownies...hari membrownies jugak...hahaha...
Resepi ni dah lama...saya dpt dari fp kak rinnchan...tapi sekarang tak dapat pulak bukak fotopages tu...byk jugak resepi yg saya amik dari fp kak rinnchan ni...

Satu adunan...dapat byk jugak..jadi bolehlah pi bagi sikit kat kawan saya...

Mula2...ingat nak buat step by step...tapi iyalah...tak sempat pun...pamglima-panglima dok mengacau...lepas tu...mak saya pun ada kat sini...satgi dia konpius pulak...awatlah...anak dia dok amik gambar...dia taktau saya tulih blog...
**tolongjgnbagitaumakpasalblogni**...
hahaha...

Hari ni jugak..si nombor lima jatuh kerusi meja makan...berdarah mulut...tapi dia relax je...lap mulut dia dgn towel sejuk...lepas tu...dia aktif mcm biasa...maktok aka mak saya cakap...kena selalu perati dia. .sbb dia senyap...tak bercakap...tapi aksi dia...hmmmm...menggerunkan...ala-ala lagak ngeri gitu...ohhhh...si nombor lima...jangan bagi mak luruh jantung lagi ya!

Okaylah...jom tengok resepinya...

Resepi Marble Cheese Brownies

Bahan
Lapisan bawah
- 250g butter
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu cair(saya letak whipping cream)
- 1 1/2 cawan gula castor (saya letak 1 1/4 cawan)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 1/2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*

Cara
  1. Ayak semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko. Gaul hingga serbuk koko larut. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan, satukan telur dan gula castor. Pukul dengan whisk sehingga gula larut. Tambahkan esen vanilla. Gaul sebati.
  4. Kemudian, masukkan adunan koko dan susu cair. Kacau rata.
  5. Seterusnya, tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga semuanya sebati. Ketepikan 1/3 cawan adunan utk dilorek pada lapisan atas nanti.-
  6. Tuangkan baki adunan ke dalam loyang 10x10 yg beralas kertas minyak. Pastikan bahagian tepi kertas minyak tu berjuntai keluar supaya senang nak keluarkan brownies tu nanti. Saya masuk dalam bekas pyrex je...spesies pemalas kan....hahaha...
  7. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit dalam oven yg telah di panaskan terlebih dahulu.
Sementara nak tunggu lapisan dibakar,kita sediakan lapisan cheesenya pulak ya...

Lapisan atas
- 250g cream cheese
- 3/4 cawan gula castor
- 1 biji telur

Cara
  1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
  2. Masukkan gula castor. Pukul lagi hingga gula larut.
  3. Tambahkan telur. Pukul hingga semuanya sebati dan tidak berbintil-bintil.
Okay...selepas 20 minit,keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese ke atasnya. Ratakan ke semua bahagian. Paipkan adunan lapisan atas yg di simpan tadi kat atas lapisan cheese tu. 
Kemudian, ambil lidi pencungkil gigi...dan lorekkan membentuk corak yg diingini.
Kemudian,masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum dihidangkan.


Hmmmm...sedapnya makan brownies ni...mana taknya..rasa coklat bercampur pulak dgn masam-masam cheese gitu....

Apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Monday, 23 March 2015

Chocolate Brownies

As salam...

Sapa yang tak suka coklat?...angkat tangan...hmmmm...rasanya tak ramai yg angkat tangan kan...

Hahaha...saya suka makan coklat...boleh ralit je dok mengunyah coklat nih...

Chocolate brownies ni pun feveret saya...dulu kalau teringin...saya order je sbb bila dok tengok resepinya...macam renyah je...tapi bila dah buat sendiri....percayalah...senang betul nak membuatnya...

Jom tengok resepinya

Resepi Chocolate Brownies


Bahan A

- 250 g butter- potong kiub
- 400g coklat masakan (saya guna chocolate button)

Cara
  1. Cairkan butter dan chocolate button dengan kaedah double boiler. Ketepikan...atau...
  2. Cara paling mudah,masukkan dalam microwave selama 30 saat. Keluarkan. Jangan risau kalau coklat dan butter tak larut semua. Kacau hingga coklat dan butter larut sepenuhnya.

Bahan B
- 90g tepung gandum
- 50g serbuk koko
- 100 g almond nibs dipanggang sekejap

Cara
  1. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  2. Masukkan almond nibs. Gaul sebati. Ketepikan.
Bahan C
- 5 biji telur
- 290g gula perang
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Pukul telur dan gula perang dgn whisk sehingga gula larut. Kemudian tambahkan esen vanilla.
  2. Masukkan bahan A ke dalam campuran telur dan gula. Kacau hingga sebati. Buat dengan cepat kerana campuran coklat akan menjadi likat dan susah untuk menggaul nanti.
  3. Kemudian, masukkan bahan B. Kaup balikkan sehingga adunan sebati.
  4. Pindahkan adunan ke dalam loyang 9x12 yg telah dialas dgn kertas minyak.
  5. Masukkan loyang berisi adunan brownies ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit atau sehingga masak. Untuk tahu masak atau tidak,cucuk bahagian tengah brownies dengan pisau/cake tester/skewer/lidi satay...kalau keluar licin,tak ada adunan melekat dekat lidi tu,dah masak.
  6. Sejukkan 10 minit sebelum dipotong,kalau lambat potong,brownies dah mengeras,potongan jadi tak kemas. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Hasilnya memang terbaiklah...saya mesti buat lagi lepas ni...hahaha...untuk resepi asal...saya amik kat blog Kak Yatie...tapi dlm tu ada letak coklat emulco...saya takdak...jadi tak letak pun...tapi rasanya masih lagi tip top dan yummmmehhh...

Sekejap je dah abis...anak2 pun suka...lalala...

Apa dok tunggu lagi...jom membrownies!

Babai