Showing posts with label roti/bun. Show all posts
Showing posts with label roti/bun. Show all posts

Tuesday, 19 January 2016

Victoria Sandwich

As salam...

Hmmm..apa khabar blog? Sedikit sepi sejak kebelakangan ni...hahaha saya budget mcm lah ada ramai peminat nak baca blog ni...kehkehkeh...hari2 pun saya masak cuma masak yg paling simple je...jadi takdak modal resepi yg nak ditulis...

Tapi hari ni saya buat sandwich utk Boss Besar...alkisahnya Boss Besar nak control dietnya...malam dia takmau nasik...nak makan daun-daun aka salads je...dulu dia request nak makan selain dari nasik tapi kali ni dia takmau amik karbohidrat pun time dinner..adoyaiiii...maknanya saya kena masak dua benda lah...utk anak2 dan jugak Boss Besar...saya tak pikir yg anak2 saya akan makan dedaunan itu...

Sepatutnya malam ni, saya nak buat viatnamese spring rolls je tapi bila tgk bahan...tak cukup pulak...tak kuasa lah nak start enjin kereta pi kedai... akhirnya buat sandwich je...guna roti wholemeal...kita anggap makanan sihat jugaklah walaupun sapu jugak butter dan mayonis tu...hahaha...jadi lah utk dinner Boss Besar...


Jadi apa lagi...jom tengok resepinya
Resepi Victoria Sandwich
Bahan
- 1 bungkus kecil roti wholemeal
- 1 tin kecil sardin
- 2 biji carrot
- 2 biji timun
- 2 biji cili padi dicincang
- 1 labu bawang besar dicincang
- 1 sudu kecil perahan jus limau nipis
- garam secukup rasa
- sedikit butter dan mayonis

Cara
  1. Rebus carrot hingga empuk. Lecekkan hingga lumat. Ketepikan.
  2. Kupas kulit timun, buang empulur dan bijinya. Sagat hingga halus. Perah airnya. Ambil isi timun. Ketepikan.
  3. Ambil isi ikan sardin dan sedikit sosnya. Panaskan 2 minit dlm microwave. Lecek sardin hingga hancur. Tambahkan bawang besar,cili padi, jus limau nipis dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Sekarang, cara melapiskannya pula.
  5. Ambil sekeping roti, sapu rata mayonis. Letakkan pula timun yg telah disagat. Ambil sekeping lagi roti, sapu rata mayonis dan letakkan diatas roti yg pertama.
  6. Sapu rata butter dipermukaan atas roti kedua, kemudian ratakan sardin.
  7. Ambil roti ketiga, sapu butter dan letakkan atas roti kedua yg telah disapu sardin pada bahagian atasnya itu.
  8. Seterusnya, sapu mayonis pada permukaan atas roti ketiga, letakkan carrot yg telah dilecek, ambil roti keempat, sapu rata butter dan letakkan pada roti ketiga.
  9. Belah empat roti. Siap.
  10. Ulang langkah 5-8 sehingga semua bahan habis digunakan.
Explanation mcm berbelit-belitkan...
hahaha...sila guna daya imaginasi masing-masing ya...

Sandwich yg dah siap boleh simpan fridge...makan sejuk2 pun sedap...
Selalunya kalau buat sandwich,kulitnya selalu dibuangkan tapi kalau tak buang kulit pun okay jugak...terpulanglah...apa pun sandwich ni sedap lah...hahaha

Okay...selamat mencuba!

Babai





Friday, 4 December 2015

Roti Bakar Marjerin

As salam...

Ini ialah salah menu masa saya kecik2 dulu...

Mak saya akan sapu marjerin pada roti, tabur gula dan bakar...hmmmm...dulu2 selain dari oven yg bulat tu, mak ada oven yg guna gas, yg sekali dgn stove tu...kalau roti bakar tu, mak akan bakar guna oven gas tu lah...

Satu bungkus roti sekejap je abih...sedap sbb roti bakar ni rangup...rasa mcm makan keropok gitu...lagi sedap bila cicah kopi kan...

Hari ni, saya nak ajar anak2 saya makan roti yg biasa saya makan time kecik2 dulu...saya nak tengok depa suka ka tak makan roti ni...lagipun roti yg ada kat umah ni esok expired...jadi mai kita kerjakan roti ni...


Resepi Roti Nostalgia Dulu Kala
Bahan
- roti gardenia kerat dua
- butter
- gula

Cara
  1. Sapu butter pada roti.
  2. Taburkan gula.
  3. Susun dlm loyang.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau sehingga garing.
  5. Sedia utk dinikmati.
Owhhhh...nampaknya anak2 suka...terutamanya si nombor tiga...buleh lah buat roti ni lain kali...

Jadi apa lagi...kalau ada roti kat rumah tu, bulehlah dibakar mcm ni...

Hmmmm...apa pulak menu nostalgia anda?

Babai

Wednesday, 18 November 2015

Homemade Sandwich Loaf

As salam...

Owhhhh...pening sokmo bila dok pikiaq nak masak apa utk dinner...maklumlah nak masak menu yg bukan nasik...

Pikiaq punya pikiaq...saya uli roti dulu, lepas amik anak2 kat sekolah, baru pikiaq nak masak apa utk dicicah dgn roti tu...

Utk lunch, saya dah buat tomyam kat anak-anak...goreng telur dadar...cukup lah utk depa makan...

Resepi roti ni, saya amik kat blog cikmanggis...cuma saya buat 1/2 adunan...kalau nak tengok resepi asalnya,bulehlah jenguk kat SINI


Roti tak putih sbb guna brown sugar

Okay,jom uli roti...
Resepi Homemade Sandwich Loaf
Bahan
- 2 cawan tepung roti
- 1 sudu besar instant yeast
- 1 sudu makan gula perang
- 1 biji telur + susu segar dijadikan 1/2 cawan
- 2 sudu besar plain yogurt
- 2 sudu besar minyak jagung
- 1/2 sudu teh garam.

Cara
  1. Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
  2. Kemudian tambahkan yogurt dan campuran susu dan telur. Uli sebati. Tambahkan minyak. Uli lagi sehingga menjadi doh yg elastik.
  3. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
  4. Setelah doh naik, tumbukkan untuk membuang angin dan masukkan ke dalam loaf pan.
  5. Rehatkan sekali lagi sehingga doh mengembang sekali ganda.
  6. Masukkan loaf pan ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 
  7. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu permukaan roti dgn butter ketika roti masih panas.
  9. Sedia utk dinikmati.



Wahhhh...harumnya bau roti masa tengah dibakar ni...dan hasilnya pun marvelous...

Hmmmm...sekarang kita pikiaq pulak, apa yg nak dimasak utk dicicah dgn sandwich loaf ni...

Wokeyyyy...selamat memasak ya!

Babai

Monday, 9 November 2015

Roti Paung

As salam...


Masa kecik2, ini antara roti yg mak saya selalu buat. Roti yg tak bubuh bread improver ataupun bread softener...

Kami panggil roti manis...dan kalau kat belah pantai timur dipanggil roti paung kot...kalau tak silap saya lah...

Roti ni sedap dimakan saja dan lagi meletop kalau cicah dgn kari ayam...


Ini resepinya
Resepi Roti Paung
Bahan
- 500g tepung roti
- 11g instant yeast
- 100g gula castor
- 50g susu tepung
- 250ml air suam
- 100g marjerin
- sedikit pewarna kuning

Cara


  1. Satukan gula,air suam,yeast dan pewarna kuning. Biarkan hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan marjerin, susu tepung dan tepung. Gaul rata.
  3. Masukkan larutan yis. Uli hingga membentuk doh. Jika lembik, tambahkan sedikit tepung.
  4. Kemudian, rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  5. Setelah doh naik, uli sekejap utk membuang angin. Bahagikan doh kepada 16 biji doh kecil. Bulat-bulatkan.
  6. Susun doh didalam loyang yg telah digliss dengan butter.
  7. Rehatkan sekali lagi sehingga doh naik sekali ganda.
  8. Kemudian, masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  9. Bakar pada suhu 170C selama 35-45 minit atau sehingga permukaan atas roti bertukar kepada kuning kecoklatan.
  10. Keluarkan dari oven dan sapukan butter diatas permukaan roti ketika roti masih lagi panas.
  11. Sedia utk dinikmati.
Dah siap pun roti paung ni...sedap dimakan masa roti ni panas2...tapi nampaknya anak saya lebih suka roti yg berinti...depa tak beria2 nak makan roti ni...taktau lah kot depa kenyang ka jadi tak pandanglah roti ni...

Apapun hasil kejadian roti ni gebu dan lembut...sedap dimakan dan saya pikir org tua2 suka lah roti yg macam ni dicicah dgn kopi pekat....hahaha...

Okaylah...selamat meroti ya!

Babai



Wednesday, 28 October 2015

Roti Arab Tak Kembung

As salam...

Dulu masa kecik2 saya selalu makan roti arab ni yg dibeli kat pasar malam...sedap bila makan dgn kari ayam...


Dan hari ni saya buat roti arab utk dinner...hasil kejadian...sedap cuma saya taktau awat la roti arab ni tak kembung dan berongga...mungkin saya derhaka kat resepi kot sbb saya tak bubuh telur...

Bila saya cakap kat Boss Besar yg roti ni tak jadi...dia kata takpa sbb sedap je rasanya...hahaha...itu saya suka...


Okaylah jom tengok resepinya
Resepi Roti Arab
Bahan
- 500g tepung gandum
- 40g marjerin
- 50g gula castor
- 1 peket instant yeast
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu teh double action baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 220g air sejuk
- 1 biji telur (saya tak letak)
- minyak utk menggoreng

Cara

  1. Satukan semua bahan kecuali minyak. Uli sehingga menjadi doh yg tidak melekat. Tak perlu sampai jadi elastik mcm doh roti.
  2. Bahagikan doh kepada 16 bahagian doh kecil. Rehatkan 30 minit
  3. Selepas 30 minit, canaikan menjadi leper. Jgn terlalu nipis.
  4. Rehatkan lagi 15 minit. 
  5. Panaskan minyak, sebelum menggoreng, tekan sedikit doh dan masukkan ke dalam minyak. Semasa menggoreng, siramkan minyak panas di permukaan atasnya.
  6. Terbalikkan kedua-dua permukaan. Goreng sehingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Sedia utk dinikmati dgn kari ayam.

Untuk kari ayam tu, saya buat mcm biasa je cuma kuah tu bagi pekat sikit...nampaknya Boss Besar suka kari ayam ni...mana taknya, rempahnya dari kelate...mmg sedap pun rempah kari timbang beli kat kelate ni...

Owhhhh...macam mana pulak dgn roti arab ni...huishhhh...tak cukup 16 biji lah...sekejap je abis...lepas ni,saya akan cuba lagi sbb nak dapat roti arab yg mengembung...ahahaha...ntah kat mana silap...

Okaylah...apa lagi...walaupun rupa roti arab ni tak semenggah tapi rasanya mmg sedap...tak rugi utk mencuba...

Babai


Monday, 19 October 2015

Sandwich Sardin CelupTelur

As salam...

Cuti lagi hari ni...bulehlah saya kerah rakyat jelata baca buku...tapi aishhhh...celik mata depa dah langut tengok tv...

Jadi pagi ni saya buat breakfast simple je utk Boss Besar...anak2 satgi depa mesti mintak nasik...sambil buat breakfast ni...saya tanak nasik jugak...

Apa menu sarapan Boss Besar ... sandwich sardin celup telur...ringkas dan senang...


Ini resepinya
Resepi Sandwich Sardin Celup Telur
Bahan
- 1 bungkus roti gardenia
- 1 tin kecil sardin 
- 1 sudu makan jus limau 
- 2 biji telur
- 1/4 cawan susu segar
- sedikit minyak
- garam secukup rasa

Cara

  1. Potong kerak tepi roti. Ketepikan.
  2. Pukul telur, secubit garam dan susu hingga mesra. Ketepikan.
  3. Buka tin sardin,masukkan dalam bekas yg sesuai,  panaskan 1 minit dalam microwave.
  4. Ambil isi ikan sardin dan tiga sudu makan sosnya. Lecek sampai hancur. Tambahkan jus limau dan sedikit garam.
  5. Sapukan rata inti sardin diatas roti. Tutup dgn sekeping lagi roti. Belah dua.
  6. Panaskan sedikit minyak, celup roti dlm bancuhan telur dan goreng hingga telur masak.
  7. Siap. 

Masa Boss Besar bersiap2...dan saya dok kemas atas...rakyat jelata dah bangun...amboiii kalau hari sekolah punyalah liat nak bangun pagi...cuti je awal pulak bangun...

Depa pi turun makan...akhirnya utk Boss Besar cuma tinggal sekeping roti je...alahai...selalunya anak2 saya tak makan roti sardin ni...tapi rasanya kali ni depa buleh makan sbb saya tak bubuh bawang dlm sardin tu...

Owhhhh habis tu Boss Besar nak makan apa pulak...hmmmm...nasik dah masak...ikan rebus pun dah digoreng...makan nasik dgn ikan rebus goreng cicah budu lah akhirnya menu sarapan Boss Besar pagi ni...

Okay...selamat mencuba ya!

Babai


Thursday, 8 October 2015

Buat Roti Lagi!

As salam...


Hari ni si nombor satu dah start exam upkk...paper bahasa arab...anak nak exam...mak dia yg gabra lebih...bukannya apa..taktaulah si nombor satu ni main je lebih...buleh ka dia jawab nanti..haishhhh...apa pun saya doakan yg terbaik... **ayatnaksedapkan hati**

Lepas antar si nombor satu pi sekolah agama, saya buat roti...saya pun buat roti cendawan makan dgn sos karamel....hahaha...sebenarnya resepi roti sarang lebah...tapi saya buat roti tu bentuk ala2 cendawan...lepas tu suka2 bagi nama roti cendawan...


Apa lagi...meh tengok resepi roti ni...
Resepi Roti Cendawan(Roti Sarang Lebah)
Bahan
Untuk roti
- 2 cawan tepung roti
- 1 sudu besar gula castor
- 1 sudu teh yeast
- 1/2 cawan air suam
- 1/4 cawan plain yogurt
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh bread improver
- sedikit bijan hitam dan badam cincang
- 1 biji kuning telur 
- butter utk dioles selepas dibakar

Untuk sos karamel
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan whipping cream
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla
- sedikit garam

Cara

  1. Untuk sos karamel. Cairkan butter di dalam periuk.
  2. Kemudian, masukkan gula perang dan masak dgn api perlahan sehingga gula cair. Tambahkan susu cair/whipping cream. dan esen vanilla. Hati-hati sebab akan ada percikan kecil.Kacau sebati dan tutup api apabila semua campuran sebati dan sedikit likat. Ketepikan.
  3. Untuk doh roti pula, satukan air suam, yeast dan gula castor. Tunggu hingga berbuih.
  4. Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, baking powder dan bread improver. Gaul sebati.
  5. Tambahkan yogurt dan minyak masak. Gaul sekata.
  6. Kemudian masukkan larutan yeast sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh, jika lembik, tambah sedikit tepung dan jika keras, tambah sedikit minyak masak.
  7. Uli doh sehingga menjadi kenyal dan elastik. Rehatkan doh sehingga mengembang dua kali ganda.
  8. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbukkan dan bahagikan kepada doh kecil. Masukkan ke dalam acuan muffin atau bekas yg sesuai. Konsepnya ialah doh yg akan mengembang naik semasa dibakar akan membentuk bahagian atas cendawan.
  9. Biarkan doh naik sekali ganda. Sapu kuning telur atas permukaan doh. Taburkan bijan hitam dan badam cincang.
  10. Masukkan doh roti ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  11. Bakar pada suhu 180C selama 15 - 25 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dgn butter.
  13. Sedia utk dinikmati dgn sos karamel.

Kiut miut je roti cendawan ni...saya takdak acuan muffin yg besar...yg ada cuma size paling kecik je...tapi apalah ada pada rupa kan...janji sedap...lepas ni...saya nak letak filling dalam roti ni...tukar lah nama lagi...'roti cendawan cuba teka apa kat dalamnya'gitu...ehhh panjang pulak namanya...apapun roti ni sedap bila dimakan dgn sos karamel ni...

Jadi...kalau taktau nak buat apa...uli lah tepung...gerenti jadi roti yg best...hahaha...

Babai

Monday, 5 October 2015

Banana Cinnamon Rolls

As salam...



Hari ni rakyat jelata cuti jerebu...biasalah bila depa kat rumah...lapaq je...asyik dok bukak peti ais...cari apa yg buleh makan...

Sepatutnya si nombor satu exam UPKK start hari ni...tapi ditangguhkan sbb cuti...saya yg lega...ada la masa sikit lagi sbb si nombor satu malas betul baca buku...jenuh dok paksa...result trial UPKK dia pun teruk...teringat zaman kecik2 dulu...mak pak tak payah  suruh pun...tau je nak baca buku buat ulangkaji...anak zaman la ni...kena tolak baru nak bergerak...hmmmm...

Sambil dok tengok si nombor satu baca buku...sambil dok masak...utk minum petang saya buat roti...hahaha...benda senangkan...uli-rehat-bakar-makan...satu adunan ni dapatlah satu loyang roti...sekejap je dah abis...utk bagi variasi sikit saya bubuh pisang...cinnamon dgn pisang satu geng yg mantap...masa dok dlm oven...harum wangi je aroma cinnamon dan pisang...



Okaylah...jom tengok resepinya
Resepi Cinnamon Banana Rolls
Bahan
Untuk inti
- 2 sudu besar butter sejuk
- 3 sudu besar gula perang
- 1 sudu teh serbuk cinnamon
- 2 biji pisang dihiris

Untuk doh roti
- 250g tepung roti
- 50g butter
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh bread improver
- 25g gula castor
- 100 ml air suam
- 1 sudu teh instant yeast
- 1 biji telur

Untuk sapuan lepas dibakar
- sedikit susu segar dan butter

Cara

  1. Untuk inti, satukan semua bahan kecuali pisang. Gaulkan hingga sebati. Ketepikan.
  2. Satukan air suam, gula castor dan yeast. Tunggu hingga berbuih.
  3. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung, butter, garam, bread improver, susu pekat dan telur. Gaul sebati.
  4. Masukkan larutan yeast sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh, jika adunan lembik, tambahkan sedikit lagi tepung. Uli sehingga mendapat doh yg elastik dan lembut.
  5. Sapukan sedikit minyak pada permukaan doh. Rehatkan sehingga doh kembang dua kali ganda.
  6. Setelah direhatkan, tumbukkan doh utk keluarkan angin. Canai setebal 2 cm, sapukan inti ke seluruh permukaan doh. Susun hirisan pisang.
  7. Gulung dan potong kepada lapan bahagian kecil.
  8. Susun dlm loyang dan biarkan saiznya mengembang satu kali ganda.
  9. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  10. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
  11. Apabila telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan susu segar diikuti dgn butter pada permukaan roti.
  12. Siap. Sedap dimakan semasa masih panas.

Hmmm...macam mana? Kalau ada bahan-bahan kat rumah tu...boleh lah dicuba resepi ni...saya uli pakai mixer tapi uli dgn tangan pun buleh sebab adunan ni sikit aje...kiranya tak lenguhlah tangan tu kalau nak menguli...

Macam biasa...sekejap je roti ni habis...heran betul saya dgn bebudak ni...makan tak berhenti...perut saiz apa lah gamaknya?

Sambil dok tulis entry ni...hati sedikit panas sbb si nombor satu tu masih malas nak baca buku..kalau sebelum ni dia selalu ngelat nak main dgn si nombor lima tapi sekarang bila suruh ulangkaji...dia jadi rajin pulak nak main dgn si kecik ni...aishhhhh...dan sekarang pun dia bagi alasan pening pulak...baiklah...saya bagi dia chance berehat...satgi dia kena pulun buat ulangkaji pulak...

Okaylah...nak pi buat kerja lain pulak...hmmmm...sekejap je masa berjalan...dah nak malam...kena clearkan rumah...satgi Boss Besar balik...kena sound pulak kalau rumah bersepah.... adoiii...

Babai

Friday, 2 October 2015

Golden Pillow Bread

As salam...

Pagi tadi kan dah goreng cempedak...jadi utk lunch saya masak satu lauk je...saya agak mesti rakyat jelata dah kenyang makan cucuq cempedak...


Dan lauk yg saya masak tu gulai ayam...senang...ada kuah...ada ayam...nanti mlm,kalau takmau makan nasik...kuah tu buleh buat cicah roti...dah kata takmau makan nasik waktu mlm kan...hahaha...


Jadi malam ni kita makan roti...saya pernah tengok pasal roti ni dlm satu rancangan makan2... nampak tempting...alang2 nak makan roti...jom kita cuba buat roti ni...utk resepi roti...saya guna resepi roti yg biasa saya guna..tapi saya letak juga resepinya...untuk kari ayam tu...guna resepi kari ayam yg biasa je...nak guna kari kambing...kari daging pun buleh...hikssss...


Okaylah cerita banyak pun tak guna kannn...jom tengok resepi doh rotinya...


Roti gebu + kari pekat
Resepi Golden Pillow Bread
Bahan utk doh roti
- 250g tepung roti
- 50g gula castor
- 50g butter
- 1 sudu teh instant yeast
- 1/2 sudu teh bread improver
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh susu pekat manis
- 1 biji telur
- 100ml air suam

Untuk inti

~guna kari ayam

Untuk glaze

~kuning telur dan sedikit bijan hitam

Cara

  1. Satukan air suam,yeast dan gula. Tunggu hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, gula,garam,telur,butter dan bread improver. Gaul rata.
  3. Tambahkan larutan yeast sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yg kenyal. Doh ini sedikit melekat jadi sebelum rehatkan doh, sapukan sedikit minyak pada seluruh permukaan doh.
  4. Rehatkan doh sehingga saiznya naik dua kali ganda.
Setelah doh naik dua kali ganda, kita akan mulakan operasi seterusnya...

Bahan utama
Berikut adalah langkah-langkahnya
1. Letakkan kertas minyak dalam mangkuk kecil supaya senang nak letak kuah kari.
2. Kemudian, letak kari ayam ke dalam kertas minyak tu.


3. Dengan berhati-hati bunjutkan kertas minyak.


4. Seterusnya,balut bunjut kertas minyak dgn aluminium foil.
5. Leperkan doh dan letak 'parcel' kari ayam ditengah.
6. Bungkus dgn kemas dan rehatkan doh sehingga naik sekali ganda.
7. Sapu kuning telur dan taburkan bijan hitam.
8. Masukkan dalam oven yg telah dipanaskan. Bakar pada suhu 160C selama 15 - 25 mins.

EApabila dah masak, sapukan sedikit butter / susu segar pada permukaan roti. Ini bertujuan utk mendapatkan roti yg lembut...


Hmmm...bila roti dah masak...mmg tak sabar nak makan...dah lah masa dok bakar roti tu...wanginya bau roti...dan sekarang nak tengok hasil kejadiannya pulak...
Kerat empat dan koyakkan...

*
*
*
*
Gunting aluminium foil dan kertas minyak...inilah hasilnya!!!
Dan hasilnya memang perghhh...sedap lah...ehhhh...mcm masuk bakul angkat sendiri pulak...mmg sedap...roti yg gebu gebas dan cicah pulak dgn kari yg pekat...hmmmm...taktau nak kata apa lah...

Paling kesian...Boss Besar tak dpt merasa...dia ada dinner kat luar...saya watsap gambar je kat dia...u tengok skrin aje ya bang!

Okaylah...cubalah buat roti ni...pasti tak menyesal!

Babai

Saturday, 19 September 2015

Roti Sosej Gulung

As salam...

Hari ni cuti sekolah dah mula...bukan budak2 je yg tunggu cuti ni...mak depa ni pun sama....hepi pasai tak payah iron baju sekolah depa...tak payah terkejaq-kejaq antar dgn amik depa pi balik sekolah...satu minggu yg bahagia....hahaha...

Utk makan pagi ni...saya buat roti sosej...nak perabih stok roti gardenia sblm expired...

Ini resepi yg ringkas...cukup sekadar utk alas perut je...rakyat kat rumah ni kan jenis makan nasik...lunch satgi...kita pi makan kat luar lah...bila lagi nak gantung periuk kan!


Okaylah...jom tengok resepi yg super simple ni...
Resepi Roti Sosej Gulung
Bahan
- 10 keping roti gardenia -buang kulit tepi
- 10 biji sosej direbus sebentar
- 1 biji telur 
- serbuk roti secukupnya
- minyak utk menggoreng
- sedikit garam

Cara
  1. Canaikan roti hingga leper. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur. Tambah sedikit garam. Pukul sebati.
  3. Ambil sosej, gulungkan dgn roti. Celupkan di dalam telur. Kemudian salutkan dgn serbuk roti.
  4. Panaskan minyak, goreng hingga warnanya bertukar kepada kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  5. Sedia utk dihidangkan.
**kita canai roti tu utk elakkan roti menyerap minyak ketika di goreng.

Hmmmm...dah siap...selain sosej, boleh jugak digantikan dgn inti sardin atau pun kentang...

Resepi yg senang ni sesuai utk budak-budak....10 biji roti gulung ni sekejap je depa makan...

Apa lagi...jom buat roti gulung!

Babai

Saturday, 12 September 2015

Sarapan Pagi Ni!

As salam...

Masih lagi kisah tuna...ada lagi satu tin...dan kat rumah pun ada roti croissant beli kat giant...

Sementara nak goreng kueyteow dan si nombor satu pun ada ceramah motivasi kat sekolah agama...saya buat lah croissant tuna nih...

Senang sangat...tak payah susah-susah...buleh lah si nombor satu makan...kalau nak tunggu kuey teow goreng...lambat lagi...baru nak defrost daging tu...aishhhh...


Ok...ini dia cara nak buat croissant tuna ni...
Resepi Croissant Tuna
Bahan
- 5 biji roti croissant
- 1 tin tuna 
- 1 labu bawang besar dicincang
- 2 sudu besar mayonis
- 1 biji tomato dihiris
- sedikit sos cili
- daun salad secukupnya

Cara

  1. Satukan bawang besar, mayonis dan tuna. Gaul sebati. Jika nak pedas, tambahkan cili hiris.
  2. Belah dua roti croissant. Jangan putus. Susun salad dan tomato. Letakkan inti tuna di tengah.
  3. Akhir sekali paipkan sos cili.
  4. Sedia utk dinikmati.

Hmmmm...senangkan...ini menu ekspress...kalau terbangun lambat...anak2 dah mula menyanyi lagu kelaparan...kita buat macam ni lah ya...baru lah depa akan stop nyanyi dan makan dgn gembira...yeayyyyy...dan si nombor satu pun pi ceramah motivasi dgn perut dah isi...

Babai


Friday, 11 September 2015

Roti Tuna

As salam...

Masa mengemas kabinet ajaib ni...saya jumpak dua tin tuna...hmmm...nak buat apa ya?

Nak buat sandwich...roti gardenia takdak...jadi...saya uli tepung...kita buat roti tuna...

Saya amik resepi kat myresepi...baca komen...semua bagi respon yg baguih...roti lembut dan gebu...jadi apa lagi jom lah buat roti...tapi taktau lah...saya silap kat mana...roti saya tak gebu...nasib baik...anak2 saya cakap sedap walaupun roti ni keras sikit...

Ntahlah...sebelum ni saya guna yeast mauripan...tapi utk roti kali ni...saya guna brand saf...masa rehatkan doh pun...lambat je dia nak kembang...tapi takpalah...kita belajar dr kesilapan kan...huhuhu...


Apa pun...saya tepek jugak resepinya...buat rujukan...hiiiiiks
Resepi Roti Tuna
Bahan
- 300g tepung roti
- 120ml susu segar
- 50g telur
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh yeast
- 50g butter

Utk sapuan
- 1 biji kuning telur

Untuk inti
- 1 tin tuna
- 1 biji bawang besar dicincang
- 3 sudu besar mayonis
**gaulkan semua sekali hingga sebati
- sedikit sos cili utk dipaipkan atas roti

Cara
  1. Satukan semua bahan kering. Gaul sebati. 
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yg kenyal.
  3. Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
  4. Kemudian, tumbuk-tumbukkan doh utk mengeluarkan angin.
  5. Bahagikan kepada 12 bahagian doh kecil.
  6. Ambil doh kecil, bentukkan memanjang, kemudian simpulkan membentuk seperti bunga.
  7. Buat sehingga habis.
  8. Rehatkan doh utk kali kedua sehingga naik sekali ganda.
  9. Sapukan kuning telur pada permukaan atas doh. Letakkan inti tuna ditengah-tengah.
  10. Paipkan sos cili dan taburkan sedikit daun bawang.
  11. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  12. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
Dah masak pun...hmmm...walaupun roti keras sikit tapi masih lagi sedap...nasib baik...kalau tak...sapa lah yg nak makan roti ni...

Apa pun...saya mesti cuba lagi buat roti dgn resepi ni...maklumlah masih tak puas hati sbb roti ni tak jadi macam review org yg pernah buat roti guna resepi ni....wahhhh...tak berputus asa gitu....kihkihkih

Babai

Thursday, 10 September 2015

Homemade Roti Burger

As salam...



Lepas hantar si nombor satu pi sekolah agama...saya teruskan projek uli tepung...nak buat roti burger kan...

Dan kebetulannya si nombor lima dok ralit main dgn abg kakak dia...jadi misi buat roti burger berjalan lancar...

Dalam dok buat roti ni...rupa-rupanya beef patty tu tinggal lagi enam keping je lagi...si nombor dua dgn si nombor tiga dah makan...

Pasal tu lah saya cuma buat enam roti burger dan baki sebahagian doh tu saya jadikan bun tabur gula...mesti anak2 saya lapaq sgt...sampai tak dan nak tunggu roti burger ni siap...

Okaylah...jom tengok resepinya...
Resepi Homemade Roti Burger
Bahan
- 450g tepung roti
- 2 1/2 sudu teh instant yeast
- 240ml air suam
- 1 biji telur
- 3 sudu makan shortening
- 3 sudu makan gula perang
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu makan minyak jagung

Untuk sapuan atas doh
-  kuning telur dan susu segar
- sedikit bijan utk di tabur

Cara
  1. Satukan semua bahan kering. Gaul sebati.
  2. Campurkan air dan telur. Kacau rata. Kemudian tuangkan campuran air   Uli hingga menjadi doh. 
  3. Tambahkan shortening. Uli lagi hingga menjadi doh yg kenyal. Sapukan minyak jagung pada seluruh permukaan doh sblm direhatkan.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang dua jali ganda dari saiz asal.
  5. Tumbuk-tumbukkan doh. Bahagikan kepada 14 biji doh. Enam doh dibulat-bulatkan dan diletakkan di atas loyang pembakar. Jarakkan antara satu sama lain.
  6. Baki doh yg tinggal disusun dlm loyang bulat.
  7. Rehatkan doh kali kedua selama 30 minit. Kemudian sapukan gliss kuning telur dan susu pada permukaan doh. Untuk doh roti burger taburkan bijan.
    Manakala utk doh roti manis, taburkan gula dan keju.
  8. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  9. Bakar pada suhu 190C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  10. Setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sapu dgn butter pada permukaan roti. Ini bertujuan utk mengekalkan kelembutan roti.

Hmmm...dah siap...jadi apa yg ditunggu lagi...belah dua roti burger, letak daun salad, bawang dan tomato. Paipkan mayonis dan cili sos. Letak beef patty. Paipkan lagi mayonis dan sos cili. Tutup dgn roti dan.....ngappppp...jemput makan!

Babai

Wednesday, 9 September 2015

Roti Sosej Pintal

As salam...

Si nombor empat suruh saya buat roti...dia cakap dah lama saya tak buat roti utk dia...padahal boleh kata setiap minggu saya akan buat roti utk depa...

Jadi...sbb nak tunaikan hajat si nombor empat ni...saya buatlah roti sosej...nak bagi menawan..kita pintal2 kan...

Untuk resepi doh ni...saya guna resepi roti manis...hasilnya mmg superb...lembut dan gebu...cuma doh roti manis ni lembut sikit...masa nak pintal tu...renyah sbb lembut kan...tapi bila dah siap bakar...wehhhh...bestnya!


Ehhhh...panjang pulak ceritanya...meh tengok resepinya...
Resepi Bun Sosej Pintal
Bahan
- 300g tepung roti
- 1 1/2 sudu teh yeast segera
- 1 sudu teh bread improver
- 2 biji kuning telur
- 160 ml - 170ml susu segar
- 1 sudu teh garam
- 60g gula perang
- 50g shortening/butter

Untuk inti dan topping
- 10 biji sosej - dikukus hingga masak
- sedikit susu dan kuning telur utk sapuan
- mayonis dan sos cili

Cara
  1. Satukan semua bahan kering. Gaul sekata.
  2. Masukkan telur dan susu segat. Uli hingga menjadi doh.
  3. Kemudian, masukkan shortening. Uli lagi sehingga menjadi doh yg licin dan kenyal.
  4. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  5. Setelah doh naik, tumbuk-tumbukkan utk membuang angin. Bahagikan doh kepada 10 bahagian doh kecil.
  6. Ambil satu doh kecil, canai dan masukkan sosej. Balut kemas.
  7. Dengan menggunakan pisau, buat 6-8 hirisan pada doh dan sosej tapi jgn sampai doh putus.
  8. Keluarkan kelopak doh yg dihiris secara berselang- seli.
  9. Biarkan doh yg telah dipintal selama 30 minit.
  10. Sebelum dibakar, sapukan glis kuning telur dan susu. Paipkan mayonis dan sos cili.
  11. Masukkan bun ke dalam oven yg telah dipanaskan.
  12. Bakar pada suhu 190C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  13. Setelah bun masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaan bun dgn susu segar.
  14. Sedia utk dinikmati.

Saya bagi kat jiran depan rumah jugak...lepas tu dia watsap...tanya saya ada amik order tak....hikkssss...saya bagitau buat utk makan sendiri je...

Hasil kejadian bun ni mmg best lah...gebu gebas gitu...dan si nombor tiga pulak mintak buat roti ni esok...dia nak bawak bekal pi sekolah agama...cuma dia pesan...takmau sos cili...tapi saya bagitau dia...sosej dah abis...mak malas pi kedai...kecewa dia...hahaha

Okaylah...selamat buat roti ya!

Babai