Showing posts with label Kueyteow. Show all posts
Showing posts with label Kueyteow. Show all posts

Tuesday, 3 May 2016

Kueyteow Goreng Rencah Ikan Bilis

As salam...

Kueyteow adalah antara menu yg anak-anak saya suka, sekarang ni saya selalu balik lambat dan bila nak cepat, masak yg paling senang je utk dinner...

Tadi bila singgah kedai acheh, saya beli dua peket kueyteow, mmg dlm kepala ni nak masak kueyteow je...dan kali ni, saya nak cuba guna ikan bilis sbg salah satu rencahnya...resepi ni saya pernah terbaca dlm majalah...tgk gambar mcm tempting je....jom cuba...tapi pada masa yg sama, udang, fishcake dan telur pun saya bubuh jugak...

terlajak gelap pulak!

Okay...jom tengok resepinya...
Resepi Kueyteow Goreng Rencah Ikan Bilis
Bahan
- 2 peket kueyteow dibilas dgn air, toskan.
- 5 ulas bawang putih*
- 3 ulas bawang merah*
- 1 genggam ikan bilis*
- 10 ekor udang
- 2 keping fishcake dihiris
- 3 biji telur dipukul sedikit
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap pekat JALEN
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 genggam tauge
- 1 mangkuk kecil hirisan kucai
- garam secukup rasa
- minyak utk menumis

Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
  3. Masukkan udang dan fishcake. Kacau sebati.
  4. Tambahkan sos ikan,sos tiram,kicap manis,kicap pekat,sos cili dan sedikit air. Kacau sebati.
  5. Apabila mendidih, masukkan telur. Biarkan telur keras sebelum dikacau rata.
  6. Masukkan kueyteow. Gaul sebati.
  7. Tambahkan tauge dan kucai. Masak sehingga kueyteow lembut. Perisakan dgn garam jika perlu, kalau tak mahu menggunakan garam, gantikan dgn sos ikan atau kicap masin.
  8. Tutup api apabila kueyteow telam masak sempurna.
  9. Siap!
Simple kan...sambil masak sambil saya merasa....kalau ada terkurang saya tambahlah sos, kicap sikit-sikit, kiranya adjust ikut citarasa masing-masing lah...

Boss Besar cakap sedap...hmmm...kiranya tak menyesal lah saya cuba resepi ni....anak - anak pun suka, sekejap je dua peket kueyteow ni abih...alhamdulillah...

Jadi, apa lagi...cubalah!

Babai

Wednesday, 18 November 2015

Pad Thai

As salam...

Ini menu utk dinner semalam.. selalunya bila Boss Besar ada makan kat mana2, bila balik dia akan cerita kat saya...amboiii...bukannya tapau makanan ya...cerita aje..hahaha..jadi bini yg terlioq dgn cerita makanan tu akan cuba buat ikut apa yg Boss Besar cerita lah...saya pesan lain kali amik gambaq jugak, lagi senang nak tiru menu tu...

Tapi Pad Thai ni bukan menu yg Boss Besar cerita...yg ini saya teringin nak cuba...sbb masa pi Giant hari tu, saya nampak Pad Thai ni...apa lagi, sambarlah sebungkus...dan dlm bungkusan tu dah disediakan seasoning,tapi  kali ni saya buat seasoning sendiri je...


Okay...panjang pulak mukadimahnya...meh tengok resepi ni...
Resepi Pad Thai
Bahan
- 1 bungkus instant pad thai noodles dicelur dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
- 15 ekor udang
- 2 biji telur
- 1/2 cawan air asam jawa
- 4 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar gula nise
- 1 cawan tauge
- 1 ikat daun bawang dihiris kasar
- sedikit kacang tanah yg ditumbuk
- chilli flakes secukupnya
- minyak utk menumis
- air jika perlu

Hiasan
- hirisan carrot, daun ketumbar, limau nipis.

Cara
  1. Untuk sos pad thai, satukan air asam jawa, sos ikan dan gula nise. Masak hingga semuanya sebati. Pastikan cukup rasa manis,masam dan masinnya. Ketepikan.
  2. Kocokkan dua biji telur dan digoreng hancur. Angkat dan ketepikanm
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang. Kacau sebati.
  4. Apabila udang bertukar warna, masukkan pad thai yg telah dicelur. Tambahkan sos pad thai. Kacau sebati.
  5. Masukkan telur,tauge dan daun bawang. Gaul rata.
  6. Jika kurang masin, tambahkan sedikit sos ikan.
  7. Tutup api dan sedia utk dihidangkan.
  8. Untuk menghidang, letakkan pad thai ke dalam pinggan. Taburkan kacang tanah dan chilli flakes. Letakkan juga hirisan carrot, limau nipis dan daun ketumbar.
  9. Siap. Sedia utk dinikmati.


Okay...macam mana rasanya ..hmmm...
rasa pad thai ni simple je...mmg kena makan dgn kacang tanah tumbuk dan jugak chilli flakes, lepas tu perah limau nipis...baru lah terasa masam,pedas dan jugak crunchy kacang...kalau makan kosong mcm tu mmg tak puas lah...

Pad thai yg dah dicelur.
Next time, mungkin buleh tambah ayam,fish ball dan fish cake...digoreng mcm buat kuey teow goreng tu...apa pun pad thai ni masih lagi sedap dan sgt sesuai utk org nak diet...saya akan buat lagi pad thai ni...sbb saya suka...

Jadi apa lagi...jom ber pad thai!

Babai

Thursday, 17 September 2015

Kuey Teow Sup Mudah

As salam...

Sekarang ni...utk dinner Boss Besar request tak mau nasik...salah satu sebab nak kurangkan keobesitian si nombor dua tu....owhhhh...dia dah gemokkkk...

Tapi...tak berjaya jugak...walaupun tak makan nasik...menu selain nasik pun dia makan bertambah...hmmm...jadi saya buat hipotesis...mesti saya masak sedap...jadi si nombor dua makan banyak...hahaha...

Utk malam ni...saya masak kuey teow sup...saya teringin nak buat mcm kat secret recipe tu...tapi bahan2 tak cukup pulak...lagipun...saya malas nak keluar pi kedai kalau setakat nak beli satu dua barang je...tak berbaloi utk angkut si nombor empat dgn si nombor lima...satgi depa shopping...dari satu dua barang...jadi sepuluh barang...aishhhh..bocor poket mak oiiii!

Resepi ni saya refer kat youtube...saya search utk pho bo vietnam...lepas tu saya adjust dgn bahan yg ada...


Okay...ini resepinya
Resepi Kuey Teow Sup
Bahan
- 2 bungkus kuey teow
- 500g daging
- 1/2 labu bawang besar*
- 1 inci halia*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 batang kulit kayu manis*
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum buah pelaga
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu teh biji lada hitam - tumbuk kasar
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 pokok daun ketumbar
- seketul kecil gula batu ( 1/2 inci)
- garam secukup rasa
- air secukupnya

Hiasan
- bawang goreng, daun bawang, cili hiris, limau nipis

Cara
  1. Basuh kuey teow dan di celur sebentar. Angkat dan toskan.
  2. Panggang semua bahan bertanda * hingga wangi dan sedikit 'char'
  3. Masukkan daging (ketul besar), semua bahan yg dipanggang, lada hitam, lada sulah, pokok ketumbar dan air secukupnya. Rebus hingga daging empuk. Buang buih lemak (scum) yg terapung kat atas permukaan air.
  4. Kemudian, tapiskan rebusan itu. Ambil air rebusan dan daging sahaja. Ini kerana kita mahukan kuah sup yg 'clear'.
  5. Rebus lagi air rebusan. Jika kuah nampak sedikit, tambahlah lagi air. Masukkan gula batu. Perisakan dgn garam. Jika mahu pedas, masukkan dua tiga biji cili padi yg diketuk.
  6. Ketulan daging yg telah direbus dihiris nipis dan masukkan kembali ke dalam air rebusan.
  7. Tutup api apabila sup mendidih dan cukup rasanya.
Bila nak menghidang tu....macam biasalah...letak kueyteow dan segala aksesori tambahan...lepas tu letakkan kuah supnya...

Macam mana rasanya...Boss Besar cakap kena perah limau nipis dlm sup dulu...baru kick...jadi dia kata next time...masa masak terus aje bubuh jus limau nipis dlm sup tu...hmmmm...baiklah...

Dan sepatutnya...makan dgn cili kicap...tapi saya tak sempat nak buat pun sbb dah kalut dgn anak-anak...lagipun...dah seminggu saya masak dlm gelap bertemankan table lamp je....ntah kenapa...ada power trip kat ruang tv...bersambung sekali dgn bilik tetamu, bilik iron dgn dapur...tapi nasiblah plug yg kat dinding semua buleh pakai jadi buleh lah guna rice cooker, blender ,oven...
bla..bla..bla dan sebab saya tak komplen...
Boss Besar pun relax lagi lah...cuma tadi dia ada bagitau yg esok ada org nak mai fixed...wokeyyyy...saya tunggu...

Okaylah...banyak pulak ceritanya...apa pun...selamat mencuba!

Babai


Sunday, 6 September 2015

Mee Teow Ladna

As salam...

Selamat hujung minggu....pagi tadi...boss besar tapau roti canai utk breakfast...hmmmm...lega tak payah masak....lepas tu...tengahari...dia ajak keluar...rupanya nak bawak pakatan lima beradik ni naik lrt...si nombor empat dari minggu lepas dok ajak nak naik choo choo train...kami naik star lrt...dari bukit jalil-chow sow lin-bukit jalil...hmmmm...dah lama saya tak nak lrt ni...nampaknya budak2 ni pun seronok naik lrt...sekali sekala...best lah...kalau hari2...mesti boring kan...

Lps tu pi singgah rnr awan besar sbb nak makan kat restoran hassan ayam kampung...seronok lagi...sbb tak payah masak lunch...hiksss...

Bila malam...nak makan apa ya?Boss besar cakap takmau makan nasik...baiklah...kita masak kueyteow je...ada sebungkus kueyteow dan mee pun ada lagi setengah bungkus...kita kawin kan dua- dua tu...dapatlah mee teow...dan kuahnya kita buat style ladna...


Hmmmm...ini resepinya...
Resepi Mee Teow Ladna
Bahan
- 1 bungkus kuey teow
- 1/2 bungkus mee
- 1 mangkuk kecil hirisan daging
- 3 ulas bawang merah diketuk
- 3 sudu makan kicap manis
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
- hirisan carrot, cauliflower, cili merah dan tomato
- sedikit minyak utk menumis
- air secukupnya
- secubit gula

Hiasan
- hirisan daun bawang, bawang goreng dan limau nipis.

Cara

  1. Basuh kuey teow dan mee. Toskan. Gaulkan dgn kicap manis. Biarkan 5 minit. Goreng tanpa minyak hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.
  3. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan air rebusan daging. Tambahkan kiub pati ayam, sos tiram, sos ikan dan lada sulah. Tambahkan air jika inginkan kuah lebih.
  4. Apabila kuah mendidih, masukkan daging dan hirisan sayur-sayuran dan secubit gula. Masak hingga carrot dan cauliflower lembut.
  5. Kemudian masukkan tepung jagung. 
  6. Kacau rata dan tutup api apabila kuah menjadi likat dan berkilat. 
  7. Tuangkan kuah ke atas mee teow tadi. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan limau nipis.
  8. Sedia utk dinikmati.

Kalau tengok resepi ni...tak pakai garam...rasa masin tu datang dari sos ikan...tapi kalau tak masin jugak, bolehlah ditambahkan garam.

Untuk sayur tu, boleh jugak letak putik jagung, sawi dan apa2 jenis sayur yg sesuai...saya tak bubuh sbb takdak stok...hahaha...dan kalau nak pedas...ketuklah cili padi dan masukkan jugak dlm kuah tu...

Resepi ni sgt senang...sekejap je dah masak...boss besar cakap sedap...dan nampaknya semua pakat suka makan mee teow ladna ni...habis licin... alhamdulillah....

Jadi...apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Sunday, 15 March 2015

Char Kuey Teow Mak Anak Lima

As Salam...

Jom makan kuey teow...nak buat char kuey teow...tapi jadi kering pulak...
ishhhh...tak boleh la nak meniaga char kuey teow nampak gayanya...hahaha...

Tetapi...hihihi...rasanya sedap lah...si nombor satu order sepinggan lagi...

Masa goreng...api kena besar...pastu ada adegan ketuk-ketuk kuali...supaya jiran tetangga boleh dengar...ehhh..jgn depa ingat..kami dok bergaduh laki bini sudahlah...hahaha...dan bila letak kueyteow tu...seciput je...tauge dgn kucai je banyak...hahaha...buleh untung meniaga kalau macam ni...tapi memang dah ditakdirkan saya tak reti meniaga...species tak sampai hati...

Jadi ini resepinya...saya masak untuk sorang makan...kalau masak sekaligus banyak...tak kick pulak rasanya nanti...


Resepi Char Kuey Teow
Hidangan : 1 org

Bahan
- 2 ulas bawang putih diketuk
- 3 ekor udang
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 senduk kecil pes char kuey teow (resepi kat SINI)
- sejemput kuey teow
- 1 biji telur
- 1 sudu makan kicap manis
- fishball dan fishcake secukupnya (kalau ada stok kat rumah)
- sedikit kucai + tauge
- minyak utk menumis

Cara

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak 
  2. Apabila minyak panas,tumis bawang putih , fishball,fishcake dan udang.
  3. Apabila udang bertukar warna,masukkan cili kisar. Goreng garing. 
  4. Masukkan pes dan kicap manis. Gaul rata. Pecahkan telur dan terus masukkan kuey teow. 
  5. Kacau dgn cepat sambil dimasukkan tauge dan kucai.
  6. Kalau nak berkuah,boleh tambah sikit air.
  7. Siap.
Untuk kami satu famili makan...saya guna 2 peket kueyteow...8 biji telur...lama jugak saya dok keletung keletang kat dapur ni...maklumlah goreng ala2 bukak gerai...satu-satu...tapi best sebab anak-anak pakat dok order tambah lagi...hahaha

Alhamdulillah...kenyang makan...selamat mencuba!

Babai





Wednesday, 28 January 2015

Kueyteow Kungfu

Salam..

Selalunya saya bersilat kat dapur...hari ni saya nak berkungfu pulak...weiii...buang tabiat ka?

Hmmmm...sebenarnya nak perabih stok kueyteow ni...nak masak simple je...so terlintas kat kepala...toingggg...kueyteow kungfu...rasa mcm betul dah resepi ni...saya agak-agak je...mcm terrer...guna deria rasa yg ada masa makan kat kedai hari tu...hahaha...

Tapi stok haiwan...dah takdak...tinggal udang dengan seciput sotong je...hmmmm...kita guna udang lah sbg pelakon utama... suamiku encik sotong pelakon extra...

Macam mana rasanya...ohhhh...sedap lah...bukan saya kata...boss besar yg cakap...i lap u lah bang...hahaha...tastebuds boss besar tinggi gak...kalau dia puji tu...sedaplah tu....baca sambil kelip-kelip mata ya.. hahaha...

Lupa pulak nak buang urat belakang udang ni!
Okay...ini resepinya

Resepi Kueyteow Kungfu

Bahan

Untuk kueyteow

- 1 peket kueyteow
- 2 biji telur
- 1 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit minyak

Cara
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit
  2. Tambahkan lada sulah,garam dan kueyteow. Gaul sebati
  3. Panaskan sedikit minyak. Ambil sejemput kueyteow, goreng sebentar hingga kueyteow dan telur masak.
  4. Buatlah sehingga habis. Ketepikan.
Macam ni lah kueyteow yang kita goreng sekejap dengan telur.

Untuk kuahnya

- 3 ulas bawang putih diketuk
- 10 ekor udang sederhana besar dibersihkan
- 2 ekor sotong dihiris
- 1/2 kiub pati ayam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 biji cili padi diketuk
- Hirisan carrot, putik jagung, cauliflower dan sawi secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
- Air secukupnya ( lebih kurang 5 cawan air)

Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau sekejap. Tambahkan air (kuantiti air sepadan dgn sepeket kueyteow).
  2. Apabila mula mendidih,  masukkan lada sulah dan lada hitam. Kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan udang, sotong dan carrot.
  4. Bila carrot mula lembut, masukkan cili padi,putik jagung dan cauliflower. Perisakan dengan garam dan gula. 
  5. Seterusnya, tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga menjadi pekat. Sebelum tutup api, masukkan pula sawi  dan kacau sebentar.
  6. Setelah puas hati dengan rasa kuah ni, tutuplah api.
  7. Cara menghidangnya, ambil sedikit kueyteow yang telah kita goreng dengan telur tadi, letaklah ke dalam mangkuk dan curahkan kuah ke atasnya. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Jom makan!

Hmmm...macam mana...cubalah!

Babai


Monday, 19 January 2015

Kuey Teow Th'ng

Salam...

Masak apa hari ni? Semalam boss besar bagitau yg kawan-kawan dia nak mai rumah...lepas maghrib...depa ada discussion...hmmmm...discuss bisnes juta-juta ka? Hahaha...

Saya tanya dia...nak makan apa...so boss besar request kuey teow th'ng ni...
Ohhhh...saya suka sebab senang nak masak...bahan pun tak banyak...tapi saya bagi syarat kat boss besar..tolong jaga si nombor lima...barulah saya boleh masak dengan tenang...hmmmmm

Resepi ni mudah je...cuma rebus je...rasanya pun tak heavy sangat...sesuai kalau nak diet...

Kuey Teow Th'ng ni sedap di makan dengan chilli paste dan jugak garlic oil, sebab kalau makan dengan supnya sahaja, rasa dia ringan je..hahahaha...boleh bayangkan tak? .




Hmmmm...jom tengok resepinya...mana tau kot dapat idea nak masak hari ni...

Resepi Kuey Teow Th'ng

Bahan

- 3 paket kuey teow dicelur sekejap. 

Untuk Sup

- setengah ekor ayam dipotong kecil
- 1 inci halia diketuk
- 1 sudu besar gula batu
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 biji sengkuang, kupas kulit dan dipotong empat
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya

Cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk, tambahkan air ikut citarasa kita. Kalau nak kuah banyak, lebihkan air.
  2. Rebus sehingga mendidih.
  3. Tambahkan garam secukup rasa.
  4. Tutup api apabila ayam dan sengkuang empuk.
*** sengkuang tak dihidangkan sekali,kegunaannya untuk memaniskan kuah sup je...tapi kalau nak makan jugak pun takpe...

Untuk Chilli Paste

- 1 paket serbuk cili Faiza
- 2 sudu besar air
- 2 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Panaskan minyak, masukkan serbuk cili. Kacau dengan cepat sambil ditambahkan air. Kalau lambat tambah air, nanti serbuk cili tu hangit. 
  2. Tapi kalau nak mudah, bancuh serbuk cili dengan air, baru dimasukkan ke dalam minyak panas.
  3. Masak hingga pecah minyak. Siap

Untuk Garlic Oil

- 1 labu bawang putih
- 2 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Cincang bawang putih.
  2. Panaskan minyak.
  3. Goreng bawang putih hingga hampir garing.
  4. Pindahkan ke dalam bekas yang sesuai. Minyak yang panas tu akan terus masakkan garlic tu, itu sebab jgn biarkan garlic tu lama di atas api, nanti hangit pulak.

Untuk Hiasan

- sedikit fishball dan fishcake - rebus dan dihiris
- sedikit daun bawang - dihiris halus
- bawang goreng


Cara menghidang


Masukkan sedikit kuey teow ke dalam mangkuk

Letakkan sedikit chilli paste dan garlic oil


Letakkan hirisan fishball dan fishcake
Kemudian, tuangkan supnya

Tabur daun bawang dan bawang goreng
Ehhh....dah siap...

Hmmmm...mudahkan...sedap dan mengenyangkan...


Jemput makan


Macam mana? Dah ada idea nak masak hari ni...

Alamak...si nombor lima dah menjerit...awat pulak tu? mesti gaduh dengan si nombor empat...hmmmmm...


Babai


Sunday, 4 January 2015

Kueyteow Goreng untuk Anak

Salam

Setiap pagi...dialog yang selalu saya dengar...

 "mak...pagi ni kita makan apa?"

Hmmmm...macam tu lah rutin sorang mak kan...tambah-tambah cuti sekolah ni...terasa mcm kerja kat restoran pulak...takpa lah mak depa ni boleh jugak asah skill masak...dan paling best...masak la apa pun...depa tak komplen...berani?...mak depa jadi hulk nanti...lalala...

Kueyteow ni simple je...cuma guna apa yg ada...tak pedas...sesuai untuk budak-budak makan...maklumlah...anak saya kecik-kecik lagi....

Meh...tengok resepinya...


Kueyteow Goreng

Resepi Kueyteow Goreng

Bahan

- 1 paket kueyteow,basuh dan toskan
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 1 keping fishcake dihiris
- 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
- 3 biji fishball dihiris
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar sos tiram*
- 1 sudu besar sos cili*
- 2 sudu besar kicap*
- 1 sudu besar sos ikan*
- sedikit tauge dan sawi (saya takdak kucai)
- garam (jika perlu)

Bahan yg bertanda* tu...ikut kesesuaian rasa masing- masing...

Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar hingga naik bau.
  2. Tambahkan cili kisar. Kacau hingga garing.
  3. Masukkan isi ayam,fishball,fishcake. Biarkan isi ayam masak.
  4. Ketepikan isi ayam,fishball,fishcake di pinggir kuali..dan pecahkan telur. Tunggu telur tu keras sikit...sebelum dikacau hancur.
  5. Gaul sebati semua bahan tu.
  6. Kemudian,tambahkan sos cili,sos tiram,sos ikan dan garam(jika perlu)
  7. Masukkan kueyteow. Kacau rata. 
  8. Masukkan tauge dan sawi. Kacau lagi.
  9. Tunggu hingga kueyteow lembut dan masak. Sedia untuk dhidangkan
Sudah siap...anak-anak...mai makan!

Babai
~aimzf~