Sunday, 25 October 2015

Daging Dendeng

As salam...

Hari ni masak daging...masa pi rumah kakak saya hari tu, dia bagi daging korban...sbb daging tu dok beku dalam freezer, kakak saya bagi semua...balik rumah bila dah buang lemak dan urat...dapat dalam dua kilo...

1/2 kilo saya masak singgang, 1/2 kilo lagi saya simpan dan yg baki satu kilo tu saya masak daging dendeng...petang nanti saya nak pi hantar lauk ni ke rumah abg sulung saya...banyak kan...mana abih kalau kami sefamili je yg makan...

First time makan daging dendeng ni , member saya masak...wahhhh sedap jugak...jadi hari ni jom cuba masak daging dendeng ni...sebab gulai,rendang, masak kicap dah selalu sangat masak...

Saya cari resepi yg guna bahan paling sikit...haishhhh...malas kan tapi renyah jugak nak buat daging dendeng ni walaupun bahannya tak banyak...sbb nak kena rebus,hiris,ketuk dan goreng daging tu...


Okay...jom tengok resepinya
Resepi Daging Dendeng
Bahan
- 1 kilo daging dipotong kiub besar
- 5 biji bawang besar dihiris
- 20 biji cili kering ; rebus dan ditoskan
- 2 sudu kicap pekat
- 3 sudu kicap manis
- 1 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- garam dan gula secukup rasa
- minyak secukupnya

Cara
  1. Goreng halia dan bawang putih hingga wangi. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
  2. Rebus daging hingga empuk. Toskan. Air rebusan disimpan. Hiris nipis daging. Ketuk dengan lesung batu hingga leper. Buat sehingga habis.
  3. Satukan daging, satu sudu makan kicap pekat dan bahan tumbuk. Gaul sebati. Perap 1 jam.

  4. Goreng bawang besar hingga layu dan sedikit garing. Angkat dan toskan.
  5. Kisar bawang besar goreng dgn cili kering hingga hancur.
  6. Panaskan sedikit minyak(guna minyak goreng bawang), goreng daging yg diperap hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  7. Dengan menggunakan minyak yg sama. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging dan kicap. Gaul rata.
  9. Perisakan dgn garam dan gula.
  10. Masak hingga kering.(saya buat sedikit berkuah).
  11. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.

Dah siap daging dendeng ni....nampaknya anak2 saya suka dgn menu ni...paling tak disangka si nombor tiga pun boleh makan daging...kalau diikutkan dia memilih sikit bab makan ni...si nombor tiga suruh saya masak daging dendeng ni esok...nak bawak bekal pi sekolah...tak berenti mulut dia cakap sedap...berbunga2 hati saya...lalala

Daging dendeng ni sedap sbb guna bawang yg banyak...rasa manis dan wangi bawang tu yg membangkitkan selera...lagipun sbb tak pedas jadi anak2 boleh makan...nak makan dengan roti pun buleh...

Cuba tengok banyakkan bawang yg di guna...menangis2 saya masa hiris bawang...hiksssss...

 bawang!
Owhhh banyak pulak ceritanya...jadi apa yg ditunggu lagi...cubalah!

Babai

No comments:

Post a comment