Thursday 11 August 2016

Udang Sotong Sos Tiram

As salam...

Kebelakangan ni saya jarang-jarang masak...asyik tapau lauk kedai tomyam je...kalau masak pun...lauk paling simple...telur dadar dan makan dgn nasik bubuh kicap...

Hari ni pun...menu simple jugak...ada sotong dan udang sikit dlm icebox...nak buat sambal...malas nak blend bawang cabai...jadi kita gorengkan je...nak bagi berperisa sikit, bubuhlah sos tiram...hmmm...sedap jugak...


Ini resepinya....
Resepi Sotong Udang Sos Tiram
Bahan
- 10 ekor udang saiz sederhana
- 4 ekor sotong
- 1 labu bawang besar dihiris
- 1 hiris halia
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 biji cili hijau dihiris
- sedikit tomato ceri
- 1 sudu makan sos tiram
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis

Cara

  1. Sotong dan udang dibersihkan. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu, masukkan udang dan sotong. 
  3. Tambahkan sos tiram, cili, tomato dan garam secukup rasa.
  4. Kacau sebati. Goreng sehingga sotong menjadi kenyal dan udang berubah warna.
  5. Tutup api.
  6. Sedia utk dihidangkan.
Dulu2 anak-anak saya tak berapa gemar mkn seafood ni...asyik makan telur je.. tapi la ni alhamdulillah...depa dah suka makan udang dan sotong...jadi bila saya masak macam ni, suka lah depa dok meratah...hmmm...ada satu menu udang yg si nombor dua suruh saya buat...tapi saya malas...hikkkkssss...udang celup tepung...walhal bahannya tak payah pun tapi bila pikiaq nak goreng satu satu tu yg liat sket...

Jadi...kalau dah takdak idea nak masak apa dgn sotong dan udang tu...gorengkanlah dgn sos tiram...sedap kalau ikut anak tekak anak-anak saya ni...

Apa lagi...mari memasak!

Babai

Monday 8 August 2016

Ikan Gerut Sambal Nenas

As salam...

Alkisahnya, masa pi pasar tani hari tu, saya ada beli ikan gerut...lepas tu beli jugak sebijik nenas hawai...masa test makan, manis nenas tu dan tak gatal lidah...hmmm...saya mmg suka makan nenas, belilah sebijik, RM15...manis punya pasal kan...

Balik rumah, bila dah dipotong, tak semanis yg di makan kat pasar tani tu, lps tu ada jugak sikit2 rasa gatal di lidah...ada lah berbaki 1/4 biji lagi...simpan dlm peti sejuk...

Hari ni, bila nak masa dinner, awalnya nak buat ikan gerut masak taucu, tapi sbb ada nenas tu, kita masak mcm masam manis lah, yg bezanya, nenas tu dikisar halus...dan ini resepinya...


Resepi Ikan Gerut Sambal Nenas
Bahan
- 4 ekor ikan gerut dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 3 biji cili merah*
- 1 cawan nenas *
- 1 sudu makan sos cili thai
- 1 biji cili hijau potong kasar
- 5-6 biji tomato ceri
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak secukupnya
- sedikit serbuk kunyit

Cara

  1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan. Goreng hingga garing. Ketepikan
  2. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga terbit bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan sos cili thai, perisakan dgn garam dan gula. Gaul sebati. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Kemudian, masukkan tomato ceri dan cili hijau. Kacau rata.
  6. Masukkan ikan. Biar sos bersalut pada ikan.
  7. Tutup api apabila kuah mendidih dan cukup rasa.
  8. Sedia utk dihidangkan.
Simple je kan...rasanya pun sedap...macam sweet sour cuma ada lebih sikit rasa nenas tu...si nombor dua yg cerewet pasal makan pun cakap sedap...iyalah...tak pedas kan..sedap lah dia gaul kuah tu kat nasik...

Selesai masalah hari ni, nak clearkan peti sejuk, nenas dah abih...hmmm...nanti nak clearkan bahan apa pulak ya?

Babai



Friday 5 August 2016

Tomyam Seafood Bersantan

As salam...

Tadi Boss Besar call...dia balik lambat dan tak dinner kat rumah....hmmm...saya tau...mesti keluar dgn kawan2...malam minggu kan...

Kalau macam tu, saya tak payah lah nak pikirkan menu sihat utk Boss Besar, cuma masak utk anak-anak je...hikkkkksss...

Pikir punya pikir...menu yg ringkas lah yg dok terbayang kat mata...tomyam dan kita gandingkan dengan telur dadar...senangkan?

Saya pernah terbaca dalam majalah tomyam yg letak santan...jadi apa kata hari ni kita cuba buat tomyam bersantan ni...


Jom tengok resepi
Tomyam Seafood Bersantan
Bahan
- 10 ekor udang dibersihkan.
- 5 ekor sotong dihiris
- 2 kiub pati tomyam adabi
- 1 peket perencah tomyam adabi
- 5 - 6 gelas air ( anak ramai, kuah lebih😆)
- 1/4 cawan santan kotak kara
- 1 batang carrot
- 1 mangkuk kecil cauliflower
- 1 peket baby corn
- 1 peket cendawan tiram
- 1 biji tomato belah empat
- 1 biji bawang besar potong wedges
- 2 batang serai diketuk
- 4-5 helai daun limau purut
- sepokok ketumbar
- 2-3 biji cili padi diketuk
- 1 -2 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu teh gula perang
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai. Kacau sekejap hingga terbit bau.
  2. Masukkan air, kiub pati tomyam dan perencah tomyam. Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan carrot, cauliflower, baby corn dan bawang besar.
  4. Biarkan sekejap sebelum dimasukkan daun ketumbar, daun limau purut, jus limau nipis dan gula perang.
  5. Apabila carrot mula lembut, masukkan sotong, udang, cendawan, cili padi dan tomato.
  6. Masak sehingga sotong dan udang bertukar warna. Perisakan dengan garam.
  7. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Macam mana rasanya? Anak-anak saya suka..depa kata sedap ...si nombor satu dok hirup kuah tomyam ni je...rasa tomyam ni ada lemak-lemak sikit...campur masam dan pedas...kick woooooo....sapa nak lagi pedas...tambah lah lagi cili api tu ya!

Okaylah...saya nak pi amik anak kat rumah pengasuh...selamat memasak!

Babai

Thursday 4 August 2016

Quinoa Salad Wrap

As salam...

Gempak kan tajuk? Kisahnya bila Boss Besar cakap lepas raya ni dia dah tak control makan..asyik makan je...tambah lagi dok pi open house kan...

Jadinya bini mithali pun nak masak makanan sihat lah...takmau nasik...ikut cakap Boss Besar...bila selongkar almari, ada quinoa ( sebutan : keen-wah) yg dah berkurun lama dok tersimpan...check expiry date...lambat lagi...tahun depan...



Google resepi mat salleh..ada pelbagai jenis...so saya ceduk resepi sana sini, olah ikut apa bahan yg ada...dapatlah resepi ni...


belum gulung lagi!

Jom tengok resepinya...
Resepi Quinoa Salad Wrap
Bahan
- 1/4 cawan quinoa
- 1/2 cawan air
- 1 keping dada ayam dihiris
- 1 sudu teh chilli flakes
- 1 sudu makan minyak jagung
- 4 ulas bawang putih dibakar
- secubit garam
- 1 biji tomato
- sedikit perahan lemon
- sedikit coral lettuce
- 2 keping tortilla
- sedikit mayonis

Cara
  1. Satukan quinoa dan air. Masak seperti masak nasi. Tutup api apabila quinoa lembut dan keluar seakan-akan ekor padanya. Ketepikan.
  2. Bersihkan dada ayam, lumurkan dengan garam, chilli flakes, bawang putih bakar dan minyak jagung. Perap 10 minit. Kemudian di grill hingga masak. Ketepikan.
  3. Ambil quinoa, satukan dengan ayam yg telah digrill, tomato dan sedikit perahan lemon. Gaul sebati.
  4. Bakar tortilla sehingga sedikit garing. Angkat dan letakkan di atas pinggan.
  5. Susun lettuce dan letakkan campuran quinoa di atasya. Paipkan mayonis secukupnya. Gulung.
  6. Sedia utk dinikmati .
Boss  Besar cakap...okay...dia buleh makan...nak kata sedap tu tak lah sbb macam takde rasa apa kan...masam masin macam tu je...bila saya tengok quinoa tu, teringat pulak kat makanan burung nuri yang ayah saya beli masa zaman kanak-kanak dulu...

Dan quinoa ni buleh jadi pengganti nasik, makan dgn lauk pauk...dan ada jugak resepi quinoa goreng kampung....hmmm...saya akan cuba nanti...
garlic bakar

Okaylah...itulah cerita quinoa dan saya...

Selamat mencuba!
Babai