Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Sunday, 12 June 2016

Ayam Kukus Buah Kurma

As salam....

Baru-baru ni abg ipar saya bawak lauk ayam ni mai rumah...kami buat sesi bersahur dengan tiga famili...

Saya tak makan sbb saya lebih suka makan ayam yg digoreng ja...tapi Boss Besar cakap sedap...anak-anak pun cakap benda yg sama...

Hari ni, Boss Besar bagitau yg dia nak masuk dapur dan nak buat ayam kukus tu, tapi dia cakap yg dia taktau resepi...adoiiiii...call lah abang awak tu dan mintak resepi...so apa lagi...teruslah Boss Besar call abang dia...lepas tu dia bagi arahan kat saya utk sediakan bahan-bahan utk ayam tu...aishhhhh...kena masuk dapoq jugak, saya ingat boleh goyang kaki hari ni...

Ready kan semua bahan, Boss Besar yg perap dan bungkus ayam tu....time nak kukus, bantuan bini mithali diperlukan...adeshhhhh...

Dan hasilnya....memang sedap, ayam yg tender lagi juicy...anak-anak pun dok puji bapak depa pandai masak....kecik ati mak yg dok masak hari-hari ni...😤



Jom, apa lagi...ini resepinya...
Resepi Ayam Kukus dgn Buah Kurma
Bahan
- 1/4 ekor ayam
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 batang serai*
- 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- 3 biji buah kurma
- garam secukup rasa
- aluminium foil secukupnya

Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga hancur.
  2. Lumurkan ayam dengan garam secukupnya.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan garam.
  4. Lumurkan ke seluruh bahagian ayam.
  5. Perap 30 minit.
  6. Letakkan ayam yg telah diperap di atas aluminium foil.
  7. Taburkan lada hitam. Letakkan buah kurma.
  8. Balut dengan kemas.
  9. Kukus 45 minit atau sehingga ayam masak.
  10. Sedia utk dinikmati.
Senang je resepi ni...bahan-bahan pun simple..sekejap dah abih...maklumlah cuma 1/4 bahagian ayam je...Boss Besar cakap ini baru trial...nak tgk menjadi ke tak...

Tekstur isi ayam ni mmg lembut dan aroma bahan perapan memang sebati dengan isinya...owhhh ya, semasa balut dgn aluminium foil tu, air perapan yg terhasil juga dimasukkan dan dibungkus sekali...nanti bila dah masak dan kita bukak foil tu, akan ada kuah lah...

Nampaknya, Boss Besar sangat hepi dgn hasil kejadian ayam ni...dia cakap nak buat lagi...

Jadi...apa lagi...cuba lah resepi ni, pasti puas hati!

Babai

Sunday, 10 April 2016

Ayam Cencaluk

As salam...

Semalam saya pi Melaka...trip dgn kawan2 tempat kerja...wajib kena pi...anak-anak Boss Besar jaga...

Bila sampai melaka...benda yg dicari mestilah gula melaka dan cencaluk...kalau ikutkan, rakyat jelata di rumah ni tak makan cencaluk tapi sebab saya teringin nak try ayam cencaluk, beli jugak lah sebotol...tak silap saya resepi ni asalnya dari baba nyonya... 




Meh tengok resepinya...
Resepi Ayam Cencaluk
Bahan
-1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 cawan cencaluk ditoskan airnya
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu makan jus limau nipis
- 6 helai daun limau purut
- 2 biji cili merah dihiris
- 5 biji cili padi
- 5 biji bawang merah*
- 3 batang serai*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 cawan air
- garam jika perlu
- 1/4 cawan minyak masak

Cara
  1. Kisar halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan cencaluk, daun limau purut dan ayam. Masak hingga ayam kecut dan 3/4 masak.
  4. Kemudian, tambahkan air, gula, bawang goreng (dari step #2), jus limau nipis,cili merah dan cili padi. Gaul sebati.
  5. Renehkan hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Tambahkan garam jika perlu.
  6. Tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Mula-mula tu risau jugak bila tengok kombinasi ayam dan cencaluk ni...tapi bila dah masak, sedap rasanya. Boss Besar tak percaya bila saya bagitau ada cencaluk dalam lauk ni...

Wangi daun limau purut dan rasa masam dari jus limau nipis tu memang terangkat...tambah lagi dengan rasa masin-masin udang cencaluk tu...saya bubuh cili padi sebiji-sebiji nak bagi ada kaler hijau, tapi sapa yg suka pedas, bolehlah dihiris cili padi tu...

Nak bagi power lagi, saya goreng pulak ikan gelama masam...akhirnya musnahlah diet Boss Besar bila dia makan nasik bertambah-tambah...adoiiiii...

Jadi...apa lagi...jom masak!

Babai

Friday, 19 February 2016

Resepi Ayam Mentega

As salam...

Isi ayam masih ada dlm freezer...
hmmm...nak masak apa ya?
Nak buat masak paprik, dah selalu sangat masak...jadi kali ni kita cuba masak versi lain pulak...

Ada banyak versi ayam mentega ni...tapi saya guna resepi yang paling simple...jadi lah utk bebudak ni makan malam...Boss Besar diet...utk Boss Besar, biskut marie cicah kopi je...hahaha...


Meh tengok resepinya
Resepi Ayam Mentega
Bahan
A
- 1 mangkuk kecil isi ayam dihiris nipis
- 1 biji telur dipukul sekejap
- 1 cawan tepung gandum
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- minyak utk menggoreng

B
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1/4 cawan butter
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 kiub pati ayam
- 4 pelepah daun kari
- sedikit lada sulah
- garam secukup rasa

Cara
  1. Satukan garam, serbuk kunyit dan isi ayam. Gaul sebati dan perap 10 minit.
  2. Masukkan telur yg telah dipukul ke dalam mangkuk berisi ayam.
  3. Kacau sebati.
  4. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum, salutkan seluruh bahagian isi ayam dan digoreng hingga masak.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Seterusnya, panaskan kuali. Masukkan butter dan bawang putih yg telah dicincang. Goreng hingga naik bau.
  7. Tambahkan daun kari, susu cair, kiub pati ayam dan lada sulah. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  8. Masukkan isi ayam yg telah digoreng. Gaul sebati. Tambahkan garam secukup rasa.
  9. Tutup api apabila semua isi ayam diselaputi oleh sos mentega.
  10. Siap!
Awalnya, si nombor dua takmau makan, dia kata lauk hari ni macam peliklah...adoyaiiii anak....awak tak rasa lagi lah..

Tapi akhirnya, dia yg dok meratah...sedap sbb creamy dan ada sikit2 crunchy...kiranya habis lah lauk ni utk sekali makan...

Jadi apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Sunday, 7 February 2016

Nasi Ganja Ayam Goreng

As salam...

Pi mana cuti ni? Kami sefamili duduk kat rumah je...rakyat jelata demam...hari jumaat tu, si nombor satu pulak demam...si nombor lima dah okay tapi semalam, badan dia panas balik..ishhhh...susah hati betul...harapnya demam depa ni tak bepanjangan lah...

Pagi tadi, Boss Besar bawak si nombor dua main tenis, masa balik tu dia singgah pasar tani kat stadium, beli ayam...tapi kali ni, Boss Besar beli bahagian dada je...okay jugak...senang nak masak...isi je...

Sebab si nombor lima tak sihat, saya masak yg senang je...terus terpikir nak buat nasik kuning ni...masa belajar kat perlis dulu, depa panggil nasik kuning ni nasik ganja...makan dgn ayam goreng dan kuah kari, kalau takmau kari, ayam masak merah pun boleh...



Jadi meh tengok resepi nasi kuning aka nasi ganja ni...

Resepi Nasi Kuning
Bahan
- 4 cawan beras basuh bersih, toskan
- 6 cawan air (adjust air ikut jenis beras ya)
- 1/2 kiub pati ayam
- 6 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit pewarna kuning telur

Untuk tumis
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- rempah 4 sekawan (3 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)

Cara
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
  2. Tumis semua bahan tumis hingga terbit bau.
  3. Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan serbuk ketumbar. Kacau sekejap.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, sos cili dan pewarna kuning telur.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dgn garam dan secubit gula.
  6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.
Sementara tunggu nasi masak, kita sediakan ayam goreng pulak..

Resepi Ayam Goreng Rempah
Bahan
- 1 ekor ayam dipotong kecil (saya guna isi ayam)
- 3 sudu besar rempah kari ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- garam secukupnya
- minyak utk menggoreng

Bahan kisar
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1/2 inci halia
- sedikit air

Cara

  1. Satukan semua bahan dan bahan kisar,kecuali minyak. Gaul sebati.
  2. Perap 30 - 1 jam.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.
  4. Angkat dan toskan.
Untuk kari mamak pulak, kari ni kosong je...cuma ada rasa berempah je...kira okay jugak, sbb nasik tu dah berlemak sbb pakai minyak sapi, jadi kari ni balance kan rasa lemak nasik tu lah...
Ini resepi kari mamak pulak

Resepi Kari Mamak
Bahan
- 1 peket serbuk kari daging*
- 1 sudu makan rempah kari ikan*
- 1 sudu makan serbuk cili*
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih
- 1 keping halia
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu besar air asam jawa
- rempah empat sekawan (2 biji buah pelaga,1 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)
- 4 cawan air
- 4 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
- secubit gula

Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dengan sedikit air. Kacau hingga menjadi pes rempah.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan pes rempah. Kacau hingga rempah garing.
  4. Tambahkan air, air asam jawa dan kiub pati ayam.
  5. Masak hingga mendidih
  6. Tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.
  7. Didihkan kuah sehingga menjadi agak pekat.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan bersama ayam goreng dan nasi.
Nampak macam renyah je nak masak nasik ni kan, sebenarnya simple je cuma yg lambat bagi saya time menggoreng ayam tu, kena guna api sederhana je supaya ayam masak sempurna...

Boss Besar tak pernah makan nasik ni...dia heran bila saya hidangkan nasik kuning ni tapi alhamdulillah...dia tambah dua kali jugak dan dapat komen sedap...kehkekkeh...kembang rasanya...

Kalau nak lagi sedap, rasanya buleh tambah sambal belacan mcm nasik kak wok tu...dan jugak timun...

Apapun...alhamdulillah utk rezeki hari ni...anak2 pun makan bertambah walaupun masing-masing pakat dok demam lagi...

Jadi...apa lagi...cubalah!

Babai


Thursday, 4 February 2016

Kari Ayam Tanpa Santan

As salam...

Nampaknya sekarang ni mmg musim demam...anak2 saya pakat sorang2 demam...si nombor lima dah okay...si nombor tiga pulak demam...dah empat hari tak pi sekolah...dan hari ni berjangkit pulak kat si nombor empat...panasnya sampai 39C...

Kalau ikutkan hati ni mmg malas nak masak tapi sbb dah empat hari saya dok beli nasik bungkus..hari ni kena lah bagi dapoq berasap sikit...menu yg nak masak ni mestilah kari sbb anak2 suka kan...tapi santan pulak abih...okey...takdak hal punya...kita buat kari tak bubuh santan...


Ini resepinya...
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan
Bahan
- 1/2 ekor ayam potong kecil
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 3 sudu makan serbuk kari daging FAIZA
- 500 ml air
- 2 biji kentang dipotong empat
- 2 biji tomato belah empat
- garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis
- 1 labu bawang besar dihiris
- 5 ulas bawang  putih dihiris
- 3 pelepah daun kari
- rempah 4 sekawan (bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis)
- minyak utk menumis

Cara
  1. Tumbuk halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga bawang garing.
  3. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masak sehingga ayam kecut.
  4. Tambahkan bahan yg telah ditumbuk dan serbuk kari. Goreng sehingga terbit bau.
  5. Kemudian, tambahkan air. Biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan pula tomato dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk.
  7. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Tutup api apabila kentang dan ayam masak sempurna dan cukup rasa.
Simple je bahannya kan? Selama ni biasa buat kari yg bersantan, jadi bila masak versi takdak santan ni, takut jugak kalau tak jadi...tapi alhamdulillah...sedap dan anak-anak suka...bila bubuh tomato, ada rasa masam-masam sikit...dan kari ni saya buat berkuah sbb anak saya mmg suka makan lauk yg berkuah...bila direneh lama, bawang besar yg ditumis dan tomato tu hancur, jadi kuah jadi agak pekat...macam kari yg bubuh santan jugak, awalnya saya pikir kalau tak bubuh santan, mesti kuahnya ceroi tapi nampaknya sangkaan saya meleset...

Memang sedap...Boss Besar tak makan nasik, jadi dia makan roti cicah dgn kari ni...kiranya setengah ekor ayam tu mmg utk sekali hidangan je...dan si nombor tiga mintak saya masak lagi kari yg macam ni...

Jadi apa yg ditunggu lagi...selamat memasak ya!

Babai


Wednesday, 23 December 2015

Ayam Sambal Bali

As salam...

Rata2 ramai yg dah cuba resepi ni...semua bagi feedback sedap...resepi ni saya amik kat fb MAHN...tq tuan punya resepi...

Ishhhh...saya tak buleh betul dengar perkataan sedap ni...aiyayaya...mesti nak try...bila tengok resepinya pun ringkas...takdak lah guna bahan yg gegar vaganza...tapi biasalah...ada jugak derhaka kat resepi...cabai kering abih pulak jadi saya pakai serbuk cili faiza je...nasib sedap jugak...


Jadi jom masuk dapur
Resepi Ayam Sambal Bali
Bahan
- 1 ekor ayam potong kecil
- 7 batang serai diketuk
- 6 pelepah daun kari
- 3 sudu makan serbuk cili faiza bancuh dgn sedikit air
- 5 ulas bawang putih*
- 2 biji bawang besar*
- 1 hiris halia*
- 3 sudu makan kicap lemak manis
- sedikit serbuk kunyit
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak secukupnya

Cara

  1. Ayam dibasuh bersih. Gaulkan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yg bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  4. Panaskan satu senduk minyak menggoreng ayam tadi. Tumis serai dgn daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan serbuk cili yg telah dibancuhkan dgn air. Goreng hingga pecah minyak. Tambahkan bahan kisar.
  6. Masak hingga garing. Masukkan ayam. Gaul sekata.
  7. Perisakan dgn garam dan gula.
  8. Tambahkan kicap. Masak sehingga ayam masak sempurna.
  9. Tutup api. Sedia utk dinikmati.
Betul lah seperti apa yg dikata...lauk ni ringkas dan sedap...aroma daun kari dan serai tu yg paling menggoda...

Kuahnya melekat pada ayam dan anak2 saya suka bahagian ayam yg bertulang, dari sekor ayam tu, depa tinggalkan semua bahagian dada...jadi next time kena hiris nipis2 bahagian isi tu bila nak masak resepi ni...

Dalam kepala dah terbayang nak masak lauk ni utk dimakan dgn nasik tomato, dalca dan jelatah...hmmmm sapa nak mai rumah saya...angkat tangan...bulehlah saya jamu dgn menu diatas...lalala...

Okaylah...selamat mencuba!

Babai

Saturday, 12 December 2015

Goreng Isi Ayam dgn Brokoli

As salam...

Hari ni malas masak beria2 sangat...breakfast tadi dah makan kueyteow goreng ..

Selalunya dua peket kueyteow tak cukup tapi sekarang ni mcm terlebih pulak...sbb rakyat jelata asyik mengadap games sampai lupa nak makan...rasanya depa mmg balas dendam main games ni sbb time hari sekolah tak dpt main...

Saya dok kira hari je nak simpan semua mak nenek games depa tu...hahaha...hangpa tunggu lah...



Panjang pulak cerita...okay...ini resepinya...
Resepi Goreng Isi Ayam dgn Brokoli
Bahan
- 4 keping dada ayam dihiris
- 2 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 1 labu bawang besar dihiris
- 1/4 biji capsicum hijau dan merah
- 1 mangkuk brokoli
- sedikit cendawan tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- garam dan serbuk kunyit secukupnya
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda* hingga halus.
  2. Satukan isi ayam, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk. Gaul rata. Perap 10 -15 minit.
  3. Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil 1 senduk kecil minyak menggoreng ayam tadi. Goreng bawang besar, capsicum, cendawan dan brokoli hingga agak layu. 
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng. Tambahkan sos ikan. Gaul sebati.
  6. Tutup api. Sedia utk dinikmati.

Senang kan...budak2 ni memang suka makan ayam..sekejap je licin...masalahnya depa tak makan sayur...mak nya yg kena tolong perabihkan...

Sekarang ni saya mmg beli isi ayam je..pi beli kat pasar tani stadium tu...lepas tu beli rangka ayam utk direbus buat stok ayam...

Harapnya momentum memasak ni akan berterusan lah utk tahun depan sbb dah mula kerja kan...ntah2 saya terus gantung kuali...muahahaha...

Apapun, selamat mencuba!

Babai

Thursday, 10 December 2015

Sup Ayam Goreng

As salam...

Hmmmm...selalunya kalau saya buat sup, isi ayam terus dimasukkan dlm kuah ataupun selepas ditumis, isi ayam tu di'saute' sekejap hingga kecut sblm ditambahkan air...

Tapi hari ni saya nak tukar sikit caranya, ayam tu saya nak goreng dulu lepas tu baru dibuat sup...ada beza tak?

Okay...takmau cerita panjang...meh tengok resepinya...


Resepi Sup Ayam Goreng
Bahan
- 1/4 ekor ayam dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 sudu teh serbuk rempah mak siti
- 2 biji kentang potong empat
- 1 biji carrot dihiris kasar
- 1 labu bawang besar belah empat
- 1 tangkai batang celery dihiris
- 1 pokok daun ketumbar dihiris
- minyak masak secukupnya
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- sedikit rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)

Cara

  1. Tumbuk halus bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan satu sudu makan minyak masak. Tumis rempah empat sekawan hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah sup dan bahan tumbuk. Goreng hingga garing.
  5. Tambahkan air secukupnya. Apabila kuah mula mendidih, masukkan ayam dan kentang.
  6. Perisakan dgn garam. Setelah kentang 3/4 empuk, masukkan celery, carrot,daun ketumbar dan bawang besar. Masak lagi hingga mendidih dan kentang empuk sepenuhnya.
  7. Tutup api. Taburkan bawang goreng.
  8. Sedia utk dinikmati.
Senangkan...ada beza ke? Kalau ikut saya, ada beza...aroma sup ni menyerlah dgn wangi ayam goreng..dari segi rasanya, takdak lah berbeza sangat...kekadang kalau makan sup ayam mcm ada rasa hanyir ayam kan...tapi bila ayam yg digoreng ni...dah takdelah bau ayam tu...

Kalau nak pedas, buleh lah diketuk dua tiga biji cili padi dan dimasukkan dlm sup...saya tak bubuh sbb anak2 kecik lagi...depa tak mkn pedas...dan kalau nak kuah ala-ala sup siam tu bulehlah diperah sedikit limau nipis dlm kuah sup tu...

Apa pun...sup ni sedap dan saya akan buat lagi sup versi ayam goreng ni...

Babai

Monday, 7 December 2015

Gulai Ayam Letak Terung dan Carrot

As salam...

Hari ni masak yg simple je sbb ada misi nak kemas rumah...esok MIL dan famili adik ipar nak mai...owhhhh...rumah mestilah kena tip top kan...hahaha...

Memandangkan anak2 saya suka lauk berkuah dan mak depa ni malas nak masak beria2, lauk yg saya dok bayangkan ialah gulai ayam lepas tu dlm gulai tu, bubuh terung dgn carrot...hmmmm dah ada sayur...senang cerita...dua lauk dlm satu gitu...


Wokeyyyy...ini resepinya
Resepi Gulai Ayam CampurTerung Carrot
Bahan
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 hiris halia*
- 1 peket serbuk kari daging
- 1 kotak kecil santan
- 1 batang carrot dipotong kasar
- 3 biji terung dipotong bulat
- 1 keping asam keping
- air secukupnya
- gula dan garam secukup rasa

Untuk tumis
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 hiris halia
- 2 pelepah daun kari
- sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
- minyak utk menumis

Cara
  1. Ayam dibasuh bersih. Ketepikan.
  2. Kisar halus semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga terbit bau. Masukkan rempah kari, kacau dgn cepat supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian, tambahkan bahan kisar. Goreng sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam. Gaul sekata. 
  6. Masak sehingga ayam kecut. Masukkan santan, asam keping dan air secukupnya.
  7. Renehkan sehingga mendidih.
  8. Kemudian, masukkan carrot dan terung. Kacau.
  9. Perisakan dengan garam dan gula.
  10. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna.
  11. Sedia utk dihidangkan.
Resepi ni sama je mcm gulai biasa tu cuma saya tambah carrot dgn terung je, kalau ada sayur mcm kacang panjang, cauliflower,kentang pun buleh dimasukkan jugak, sekali pandang mcm dalca pulak cuma takdak kacang dhall je...

Pelengkap resepi ni, saya goreng telur dadar...maka berbahagialah rakyat jelata makan nasik hari ni, gulai ayam dgn telur...

Jadi bila dah siap masak ni...apa lagi, jom marathon kemas rumah...

Babai




Tuesday, 1 December 2015

Kepak Ayam Karamel Pedas

As salam...

Hari ni saya mengamuk sakan dgn rakyat jelata...isunya cuma bergaduh berebut nak main games...aishhhh depa tak jemu2 dgn games ni...start bergaduh bila si nombor empat tak reti nak main games tu, mintak tolong kat si nombor satu tapi abang dia pun bolayan kat dia...lepas tu mula lah sesi menjerit seantereo alam...saya dok bagi warning tapi tak makan saman pun...last sekali saya kata hari ni tak payah makan nasik...hangpa makan lah games tu sampai kenyang...ishhhh geram betul...

Tapi biasalah hati mak kan...kesian pulak bila depa dok ulang alik pi dapur...bukak peti ais..angkat tudung saji...pakat dok makan pisang je dgn roti sapu nutella...jadi masak jugak satu dua lauk kat depa...


Ini resepi lauk yg saya masak tu...
Resepi Kepak Ayam Karamel Pedas
Bahan
- 7  ketul kepak ayam kerat dua
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar maple syrup
- 1/4 cawan air
- sedikit garam

Cara

  1. Basuh bersih kepak ayam dan toskan.
  2. Tumbuk bahan bertanda* hingga hancur. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali, masukkan butter, apabila butter mula mencair, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan serbuk cili, kacau dgn cepat supaya tak hangit.
  5. Masukkan air dan semua jenis sos dan kicap.
  6. Kacau sebati. Masukkan pula kepak ayam. Masak sehingga kepak ayam 1/2 masak.
  7. Tambahkan gula,madu dan maple syrup. Perisakan dgn sedikit garam.
  8. Gaul hingga semua kepak ayam bersalut dgn sosnya. Tutup api.
  9. Pindahkan kepak ayam dan sosnya ke dalam pemanggang ajaib. Masak lagi hingga kepak ayam garing. Semasa proses memanggang, balik-balikkan kepak ayam supaya masak sempurna.
  10. Angkat dan sedia utk dinikmati.
Lepas dah siap,saya goreng pulak telur dadar dan panggil depa makan...berlari2 turun tangga...lapaq lah tu...saya tak dpt bayangkan kalau saya tak masak..mesti kembung perut depa minum ayag je...hahaha

Nampaknya depa suka kepak ayam ni...melekit2 kat tangan...aromanya pun sedap sbb saya guna maple syrup kan...owhhh ya..maple syrup tu adik saya yg bagi...saja je try pakai dlm menu ni...nampaknya hasil kejadian tak mengecewakan...

Dan apa cerita bila depa dah kenyang...depa masih lagi bergaduh berebut games...adoyaiiii...

Babai

Wednesday, 25 November 2015

Asam Pedas Ayam

As salam...

Owhhhh...dah abih idea nak masak apa utk lunch hari ni...kalau ikut saya, ikan goreng pun dah cukup...tuang kicap...nasik panas...dah sodapppp... tapi iyalah anak2 depa bukan mau makan macam tu, sekurang-kurangnya mesti ada lauk yg berkuah...adoiii...nak masak apa ni?

Pikiaq punya pikiaq..jom try buat asam pedas ayam...ada kuah kan...lepas tu goreng ayam utk anak2 dan utk saya...goreng tempe je...hmmmm...bila dah idea ni baru semangat nak masak...



Ini resepi asam pedasnya...
Resepi Asam Pedas Ayam
Bahan
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 4 ulas bawang putih*
- 1/2 labu bawang besar*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1/2 sudu teh belacan*
- 15 biji cili kering, rebus dan toskan
- 2 batang serai diketuk
- sedikit jintan manis dan jintan putih ditumbuk kasar
- 1 mangkuk air asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari bancuh dgn air)
- 1 keping asam keping
- 6 biji tomato ceri
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 genggam daun kesum
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit minyak utk menumis
- air secukupnya

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  2. Kisar cili kering hingga halus, ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis serai, jintan manis dan jintan putih hingga wangi.
  4. Masukkan campuran bawang yg dikisar tadi.
  5. Masak hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga cili garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan ayam. Kacau sebati. Tunggu sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan air asam jawa dan asam keping. Tambahkan air ikut citarasa.
  7. Tambahkan daun kesum dan bunga kantan. Perisakan dgn gula dan garam. Pastikan rasa masam, masin dan manis seimbang ikut citarasa masing-masing.
  8. Renehkan asam pedas sehingga ayam empuk.
  9. Akhir sekali, masukkan tomato ceri. Biarkan sekejap.
  10. Tutup api. Sedia utk dihidangkan.
Macam mana rasanya.... sedap... masam...manis...masin dan aroma wangi daun kesum dan bunga kantan mmg menggoda betul...

Saya kurangkan kuantiti minyak masa menumis tu sbb kalau minyak banyak bergenang, Boss Besar mesti komplen...jadi kali ni, saya yg menurut perintah lah...cuma bila minyak tak banyak ni, gambar tak nampak cantiklah kaler kuahnya...tapi apa yg ada pada rupa kan...

Dan rasanya mesti lagi meletop kalau asam pedas ayam ni digabungkan dgn telur masin,sambal belacan dan ulam...mesti makan bertambah2...

Okaylah...jadi kalau dah kering idea nak masak apa...cubalah menu asam pedas ni...pasti tak menyesal!

Babai

Tuesday, 17 November 2015

Kurma Ayam

As salam...

Dah lama tak makan masak kurma...apa lagi terus terpikiaq nak masak kurma ayam utk hari ni...

Versi masak kurma ni, ayam dan ubi kentang di goreng dulu...sebab saya dok perati anak saya, depa tak suka makan ayam ketul besar yg dimasak berkuah kalau ayam tu tak digoreng...kecuali ayam yg dimasak kari je...

Dan sebab nak abiskan susu cair yg ada dlm peti ais, saya bubuh jugak dlm masak kurma ni...


Okay...meh tengok resepinya...
Resepi Kurma Ayam
Bahan
- 1/2 ekor ayam dibasuh bersih
- 3 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1 inci halia*
- 4 biji buah keras*
- 3 sudu makan rempah kurma
- 1/4 cawan susu cair
- 1 kotak kecil santan
- 2 biji kentang potong empat
- 1 biji tomato potong empat
- 1 biji cili hijau hiris kasar
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- air secukupnya
- minyak masak secukupnya

Untuk tumis
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 hiris halia
- 1 pelepah daun kari
- sedikit daun pudina
- sedikit bunga lawang,bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga

Cara
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng kentang hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan bertanda* hingga lumat. Ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumis hingga terbit bau. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air. Goreng hingga garing.
  5. Masukkan pula bahan yg telah dikisar.
  6. Masak hingga pecah minyak.
  7. Masukkan ayam. Gaul sebati. Tambahkan susu cair dan santan. Jika pekat masukkan sedikit air mengikut kepekatan yg dikehendaki.
  8. Perisakan dgn garam dan gula.
  9. Kemudian, masukkan kentang, tomato dan cili hijau.
  10. Masak sehingga mendidih dan ubi kentang dan ayam telah masak sempurna.
  11. Tutup api. Sedia utk dinikmati.


Hasilnya sgt sedap...hahaha...terpuji lauk sendiri pulak...si nombor dua cakap sedap...owhhhh..nak bodek mak lah tu sbb nak tambah nasik lagi...kadang2 kesian bila dia mintak nasik tapi iyalah dia dah termasuk dalam kategori obese dah...kecik2 ni mmg lah cute...takut nanti penyakit pulak yg mai...jadi mmg kena kawal food intake dia...alang2 kontrol diet si nombor dua...satu famili pun kena join diet jugak...hahaha...

Apa pun, selamat mencuba ya!

Babai

Wednesday, 4 November 2015

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah yg Sempoi!

As salam...



Hari ni saya buat menu yg sempoi...malas nak pikiaq nak masak apa...hahaha...

Menu ni saya boleh cakap sbg menu budget sbb bahan tak banyak tapi rasanya sedap...pasaipa saya kata sedap...sebab si nombor dua mintak nak tapau nasik ni pi sekolah kebangsaan...jarang dia mintak nak tapau nasik pi sekolah kebangsaan...selalunya bawak roti je..

Okaylah jom tengok resepinya
Resepi Nasi Tomato
Bahan
- 4 cawan beras
- 5 1/2 cawan air
- 2 sudu besar susu cair
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 helai daun pandan
- 4 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar tomato puree
- 2 sudu makan kismis
- 1 inci gula batu
- garam secukup rasa

Cara
  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Panaskan periuk. Masukkan marjerin.
  3. Apabila marjerin mula cair, tumis bawang putih,bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.
  4. Setelah bahan tumis garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan susu cair. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan beras. Kacau sebentar.
  6. Kemudian, tambahkan air, gula batu dan garam secukup rasa.
  7. Pindahkan periuk ke dlm rice cooker dan masak seperti biasa.
Sementara menunggu nasi masak. Kita buat ayam masak merah pulak...


Resepi Ayam Masak Merah
Bahan
- 1 ekor ayam dibersihkan.
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 2 batang serai*
- 1/2 inci belacan*
- 15 biji cili kering direbus dan ditoskan.
- 3 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan tomato puree
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit air
- minyak secukupnya

Cara
  1. Gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap 10 minit. Goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Kisar cili kering hingga halus. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yg bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  4. Panaskan satu senduk kecil minyak menggoreng ayam. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis. Apabila terbit bau, masukkan campuran bawang yg dikisar tadi. Masak sehingga garing. Tambahkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak.
  5. Kemudian,masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Kacau rata.
  6. Tambahkan sos tomato, tomato puree dan sedikit air.
  7. Perisakan dgn garam dan gula. Gaul sebati.
  8. Masak sehingga sedikit kering.
  9. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna.
  10. Sedia utk dimakan bersama nasi tomato.
Sepatutnya kena buat jelatah...baru lah lengkap nasi tomato ni tapi saya malas nak ke kedai pi beli timun dgn nenas...hmmmm kita makan apa yg ada je...lagipun Boss Besar tak makan nasik utk dinner...jadi kalau buat jelatah pun setakat saya je yg nak makan, mcm tak berbaloi pulak...budak2 ni ada lauk ayam kira dah okay lah tu...

Bagus kan resepi ni...tak dak guna santan pun...bahan2 nya pun yg basic aje, yg memang ada kat rumah kan...saya pikir kalau ada tetamu nak mai pun, buleh sediakan nasik tomato ni...ringkas dan sedap...

Okay...jadi apa lagi...jom masak nasik tomato!

Babai

Friday, 9 October 2015

Ayam Sambal Pedas

As salam...

Awal2 pagi saya dah mulakan misi lipat kain tiga bakul...itu hasil longgokan kain utk tiga hari...heran kan...rakyat rumah ni campur mak pak...tujuh orang saja...tapi kain baju yg dipakai...taktaulah...banyak betul...hari2 saya akan basuh kain dua kali...kadang2 terbabas jugak sampai tiga kali...menangis mesin basuh tu....hahaha...kalau buleh cakap...dah lama mesin basuh tu resign...

Owhhh pi cerita pasal kain baju pulak...biasalah kan nak cerita apa lagi...

Hmmm apa lauk utk juadah hari ni? Saya buat ayam sambal pedas...bahan yg diguna tak banyak...selalu kita buat sambal ikan bilis lah...sambal tumis udang lah...hari ni guna bahan yg sama cuma tukar kpd ayam pulak...dan masa masak tu sambil merasa saya adjust dan tambah sedikit santan...apakah hasilnya...sedap...rasa pedas2, manis2 masam gitu...


Okaylah...meh tengok resepinya
Resepi Sambal Pedas Ayam
Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 20 biji cili kering -rebus hingga lembut*
- 5 ulas bawang putih*
- 10 biji bawang merah*
- 1/2 inci belacan*
- 1/4 cawan santan pekat
- 1/4 keping gula nise
- sedikit air asam jawa 
- garam secukup rasa
- minyak masak secukupnya
- garam kunyit utk dilumur pada ayam

Cara

  1. Ayam dibasuh bersih. Lumurkan garam kunyit.
  2. Kisar semua bahan bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Kurangkan minyak menggoreng ayam kepada satu senduk sahaja dan tumis bahan kisar hingga garing. Kacau selalu supaya tak hangit.
  5. Masukkan santan, air asam jawa dan gula nise. Kacau sebati.
  6. Kemudian masukkan ayam, kacau dan perisakan dgn garam.
  7. Perlahankan api dan terus masak sehingga kuahnya pekat dan melekat pada ayam.
  8. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna.

Masa dok tengah masak ni...adjust lah rasanya ikut citarasa masing2 ya...saya lebihkan gula sbb nak dpt warna yg berkilat...dan air asam jawa pun kena pandai2 adjust...kalau dah terlebih masam tu...saya rasa elok ditambahkan air lagi dan letak daun kesum.... tinggggg...terus jadi asam pedas ayam..hahaha...

Bila makan...terus teringat kat sambal ayam yg selalu makan dgn nasik lemak...owhhhh..rupa2 nya mcm ni cara masak ayam tu...

Ini resepi yg basic...rasanya kalau nak tambah serai, daun kunyit dan bahan lain pun buleh...

Apapun...tak rugi utk mencuba...

Babai

Tuesday, 6 October 2015

Ayam Panggang Rosemary

As salam...

Hari ni saya bakaq ayam sekoq... hmmm...dah lama teringin nak cuba...tapi bila beli ayam...mesti jadi menu lain...

Masa pi beli barang dapur ahad lepas, saya singgah kedai jual ayam...mmg ayam yg baru sembelih...fresh je tgk isi ayam tu...saya beli dua ekor...satu ekor tu saya tak potong...sbb mmg dah plan akan buat ayam panggang...owhhh ya...saya pilih ayam size kecik je...dua ekor ayam tu rega dia rm27...okaylah tu...yg buat saya terkejut masa pi beli sotong kat market tu...enam ekor sotong rega dia rm30 sbb sekilo rm25...garu kepala sat masa nak bayaq...itulah sbb tak tanya harga dulu kan...main amik je...takpa lah...nanti kita pikiaq resepi yg spesel utk sotong tu...

Okaylah..awat lah dok cerita pasal sotong...walhal nak masak ayam...

Takdak hiasan...tomato aje...nasib sedap!
Jom tengok resepinya
Resepi Ayam Panggang Rosemary
Bahan
- 1 ekor ayam dibersihkan dan ditos
- 1 sudu teh jintan manis*
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1 sudu teh lada hitam*
- 2 sudu teh rosemary*
- 1 labu bawang besar**
- 5 ulas bawang putih**
- 1 inci halia**
- 2 sudu besar gula**
- 2 sudu besar madu**
- 1 sudu besar kicap cair**
- 2 sudu besar minyak**
- 50ml air**
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa (saya guna 1 sudu besar)
- sedikit butter utk disapu semasa membakar

Cara


  1. Tumbuk halus semua bahan bertanda*.
  2. Masukkan bahan yg ditumbuk dan bahan bertanda ** ke dalam blender. Kisar hingga halus.
  3. Cucukkan-cucukkan badan ayam dgn garfu dan lumurkan bahan yg telah dikisar ke seluruh bahagian ayam.
  4. Masukkan ayam yg telah di salut dan baki bahan kisar ke dalam plastik. Ikat kemas.
  5. Perap dalam peti ais semalaman.
  6. Selepas semalaman, keluarkan ayam, ikat kaki ayam dan masukkan dlm bekas kaserol. 
  7. Bakar dlm oven pada suhu 180C selama 1 1/2 jam.
  8. Untuk setiap 30 minit, terbalikkan ayam dan curahkan kuah yg terhasil ke atas ayam. Cucuk dgn garfu bahagian ayam utk mengeluarkan jusnya. Kemudian sapukan sedikit butter pada seluruh permukaan ayam.
  9. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan nyummmmsss..
Rakyat jelata makan ayam ni dgn nasik lemak..kiranya ayam ni jadi sebahagian drpd hidangan nasik lemak lah...wahhhh...nampaknya depa suka...ayam ni juicy dan sbb saya dah perap semalaman...rempah ratus tu dah menyerap dlm isi ayam tu...mmg yummehhhh...berselera depa makan....aishhhh...anak2...tak terbayang bila mak hangpa ni nak start keja balik tahun depan...mesti cuma sempat masak yg simple2 ja...kesian pulak rasanya...hmmm....

Tapi apapun menu ayam panggang ni buleh buat lagi kalau ada buat makan2 kat rumah...kita jamu tetamu pulak..

Hmmm...selamat memasak!

Babai