Saturday 24 October 2015

Kuih Serimuka

As salam...

Hari ni tak pi mana-mana pun...duduk rumah je walaupun ada jemputan kenduri akikah kat Bangi...alasan Boss Besar bagi ialah anak nak periksa, depa kena baca buku...haishhhh...macam lah depa nak baca buku sangat...

Untuk makan pagi,awalnya nak pi breakfast kat luar tapi nasik malam tadi ada lagi...rugi pulakkan...akhirnya saya masak lemak sayur buncis, goreng gelama masam dan utk anak-anak,saya goreng telur dadar...hmmmm pukul 10 pagi dah makan nasik. Saya pikir sbb perut dah kenyang mesti buleh tahan sampai petang...pukul 12...si nombor satu dgn si nombor dua mengulang makan nasik lagi...pukul 2 tanya lagi ada makanan tak...adoiii...saya buat tak dengar je...akhirnya depa makan biskut marie aje...hahaha



Dan kuih serimuka ni saya buat utk minum petang...saya suka makan pulut dan serimuka ni antara kuih yg saya suka...hari ni ikut selera saya pulak...

Saya tak buat banyak pun...cuma 1/2 adunan dari resepi asal..cukup untuk satu loyang roti 8x4....biasalah...budak2 kat rumah ni tak layan sgt kuih dolu2 ni..



Jadi meh tengok resepinya...ini resepi satu adunan ya!
Resepi Kuih Serimuka
Bahan A
- 2 cawan pulut direndam dua jam
- 1 cawan santan
- secubit garam

Bahan B
- 1 cawan jus pandan
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/3 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 2 kuntum bunga cengkih ditumbuk halus

Bahan C
- 2 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan air

Cara

  1. Satukan bahan C. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Basuh bersih pulut. Toskan.
  3. Masukkan pulut dalam loyang 8x8. Tambahkan santan dan garam. Kacau sebati. Kukus 20 minit.
  4. Sementara tunggu bahagian pulut masak, satukan bahan B di dalam blender. Blend hingga sebati dan tapis. Ketepikan.
  5. Apabila pulut masak, keluarkan dari pengukus. Tekan dengan belakang senduk supaya pulut padat dan rata. 
  6. Kemudian, sapukan seluruh permukaan pulut dengan bahan C (dari langkah 1).
  7. Kukus lima minit.
  8. Kemudian tuangkan bahan B ke atas pulut. Jika ada gelembung udara, cucuk dgn lidi bersih. Kukus 45 minit. 
  9. Selepas 45 minit, buka tudung kukusan dan terus mengukus lagi 10 minit.
  10. Siap. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dgn pisau plastik.
Tips
- Balut tudung kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh ke atas permukaan kuih.
- Lapisan tepung gandum disapu supaya bahan B tidak menyerap masuk ke dalam pulut. 
- Tujuan buka tudung kukusan ialah supaya air yg terbentuk pada permukaan kuih akan mengewap dan kering.

Owhhhh...siap ada tips lagi... muahahaha...selalunya bila buat serimuka, saya akan masak sekejap bahagian kepalanya tu sehingga naik wap sblm dituang, tapi kali ni bahagian kepala tak dimasak...sbb tu kena letak lapisan tepung gandum tu...

Resepi ni mmg sedap...awalnya saya dah potong -potong sbb nak bagi dekat jiran...saya pikir anak2 tak suka kuih ni...tapi mmg bukan rezeki jiran saya...habis kuih ni di makan oleh rakyat jelata...sedap depa kata...kembang setaman bila dengar anak cakap macam tu kan...ehhhh...ka depa kata lapaq...pasai tu lah kuih ni abih...aishhh

Hmmmm...jadi apa lagi...kalau ada cukup bahan kat rumah tu, cubalah buat kuih ni...pasti tak menyesal...

Babai


No comments:

Post a Comment