Showing posts with label sos. Show all posts
Showing posts with label sos. Show all posts

Thursday, 25 June 2015

Sos Yong Tau Fu

As salam...

Hari ni saya buat yong tau fu...kehkehkeh...maklumlah kan dah ada kedai yg jual produk muslim tu,jadi tadi lepas antar si nombor empat pi tadika...saya pi jamu mata kat kedai tu lah...dptlah beli segala makneka bebola tu...keluaran ikhwan...fish cake yg az zain dan akhirnya saya dpt beli tauhu jepun keluaran org kita jugak...yeayyyy...

So...apa lagi...kita makan yong tau fu lah...walaupun saya lupa nak beli kangkung dgn telur puyuh...chee cheong fun pun saya buat sendiri...resepi chee cheong fun...nanti lah ya! *macamlahramaiorgbacablogsaya*...lalala

Resepi sos yong tau fu ni...saya tokok tambah sikit ikut selera saya...

Apa lagi...meh tgk resepi ni..

Resepi Sos Yong Tau Fu
Bahan

- 10 biji cili kering
- 1 keping kecil gula nise
- 1 sudu teh garam
- 300ml air
- 1 inci belacan dibakar
- 1/2 kiub pati ayam
- 2 sudu makan kicap manis
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 2 sudu makan tepung jagung bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu besar bijan digoreng tanpa minyak
- 2 sudu makan minyak masak
-gula jika perlu

Cara
  1. Panaskan minyak,goreng cili kering hingga wangi. Guna api kecil supaya tak hangit.
  2. Angkat cili kering, masukkan dlm blender, tambah air dan belacan. Kisar sehingga halus.
  3. Kemudian, tapiskan ke dalam periuk. Masukkan gula nise dan garam. Masak sehingga mendidih dan gula nise larut sepenuhnya.
  4. Tambahkan kiub pati ayam. Tambah gula dan juga garam jika masih kurang rasa.
  5. Seterusnya, masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga likat.
  6. Akhir sekali, tambahkan bijan. Kacau sebati dan tutup api.
  7. Sedia utk dinikmati.
Owhhh...apa yang saya buat ialah, saya celur segala makneka bebola tu.....bebola ikan, bebola ketam, bebola sayur, fish cake...lepas tu masukkan dalam pinggan, potong chee cheong fun dan curahkan sos yong tau fu kat atasnya...


Walla...sedap...anak-anak pun suka...lain kali saya nak pi beli telur puyuh dgn kangkung...mesti lagi meriah yong tau fu saya...kali ni...kalau tgk gambar tu...kalernya suram je...tak berwarna warni kan...hmmmm...takpe...janji sodap!

Okaylah...apa lagi...selamat mencuba!

Babai

Tuesday, 17 March 2015

Roti Sarang Lebah

As salam...

Si nombor lima dgn si nombor tiga suka makan roti...dan roti sarang lebah ni...antara roti yg depa suka...



Nak buat pun senang...saya masuk dlm mixer je...tak kuasa lah saya nak menguli tangan...ada gak kenen-kenen kat boss besar...nak beli bread maker...tapi dia buat dunno je...sian kat bini dia kannnn...

Lagi satu...yg bestnya pasal roti ni...sbb dia guna tepung gandum...jadi tak payah nak beli tepung roti kan...dan yg paling win..mestilah sos buttetscotch nya...kalau takdak whipping cream...susu cair pun boleh...senang cakap...bahan2nya...semua boleh dapat kat kedai belakang rumah je...hahaha

Okaylah...cerita panjang pun tak gunakan...meh la tengok resepinya...

Resepi Roti Sarang Lebah

Bahan
Untuk roti
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh yis
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu besar gula
- 1/4 cawan plain yoghurt
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/4 sudu teh garam

Untuk tabur atas roti
- sedikit almond flakes,bijan hitam,kuaci

Cara
  1. Satukan yis,gula dan air suam. Biarkan sehingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan,masukkan tepung,garam dan baking powder. Gaul rata. Apabila yis sudah berbuih, masukkan campuran yis itu ke dalam tepung. Gaul sebati. 
  3. Tambahkan yoghurt. Uli lagi dan kemudian tambah minyak sikit-sikit. Uli sehingga menjadi doh yg elastik. Lagi lama uli lagi bagus.
  4. Rehatkan doh sehingga saiznya mengembang dua kali ganda. Tutup mangkuk adunan dgn kain lembab.
  5. Lepas doh telah naik dua kali ganda, ambil doh dan tumbuk-tumbukkannya.
  6. Kemudian,bahagikan doh kepada ketulan kecil dan susun dalam loyang. Tak perlu susun rapat sebab doh akan kembang nanti.
  7. Tunggu doh kembang dua kali ganda,taburkan almond flakes,kuaci dan black sesame di atas permukaan doh.
  8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170C selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.
Sebelum masuk oven

Selepas keluar oven

Sementara tunggu roti masak, kita buat sos butterscotch pulak

Bahan
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan susu cair/whipping cream
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla
- sedikit garam

Cara
  1. Cairkan butter di dalam periuk.
  2. Kemudian, masukkan gula perang dan masak dgn api perlahan sehingga gula cair. 
  3. Tambahkan susu cair/whipping cream. dan esen vanilla. Hati-hati sebab akan ada percikan kecil.
  4. Kacau sebati dan tutup api apabila semua campuran sebati dan sedikit likat.
Okay...roti dan sos butterscotch dah siap. Apa lagi...tuangkan sos kat atas roti...dan sedia untuk dinikmati.

Kejadian roti ni....sangat sedap dan gebu...si nombor lima pun abis makan seketul...

Selamat mencuba!

Babai