Showing posts with label rendang. Show all posts
Showing posts with label rendang. Show all posts

Sunday, 29 May 2016

Rendang Sotong Berkuah

As salam...

Nak masak apa hari ni? Selongkar icebox, ada sotong...sambal sotong dah selalu saya masak, hari ni kita try buat rendang sotong pulak, lagipun ada sehelai daun kunyit yang dah kering dlm fridge, daripada terbiaq macam tu je, boleh guna dlm rendang nanti...

Rendang yg saya buat ni ikut versi apa bahan yg ada kat dapur...tak kisah lah ye...janji enak dimakan...hahaha...kenapa berkuah? Sebab si nombor dua suka lauk yg berkuah, satgi kalau masak yg kering-kering....muncung pulak mulut tu...


baru masak, bila dah lama, kuah makin pekat
Okay...ini resepinya
Rendang Sotong Berkuah
Bahan
- 15 ekor sotong saiz sederhana dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 8 biji bawang merah*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1/2 inci halia*
- 2 batang serai*
- 5 biji cili hijau*
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan serbuk kari daging FAIZA
- 1 keping asam keping
- 2 batang serai diketuk
- 1 kotak kecil santan
- 1/4 keping gula nise saiz kecil
- 1 helai daun kunyit dihiris
- garam secukup rasa
- 1/4 cawan minyak masak
- air jika perlu

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda* hingga hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Masukkan serai yang diketuk hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar, serbuk kari cili kisar dan asam keping. Goreng hingga garing dan terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan santan, gula nise, daun kunyit dan garam. Renehkan hingga santan mula pecah minyak. Kalau nampak pekat. Tambahkan sedikit air ( tapi nanti sotong pun akan keluarkan air juga)
  5. Masukkan pula sotong. Gaul rata. Perlahankan api. Masak sehingga sotong mula kenyal. Jgn lama sangat, nanti sotong liat.
  6. Tutup api apabila sotong masak dan rendang secukup rasa.
Macam mana rasanya...mestilah sedap bagi saya yg suka makan rendang ni...saya guna sotong saiz kiut miut je...sekejap je abih sotong ni...kuah rendang ni pulak boleh dibuat cicah dengan roti...

Awalnya saya nak guna cili hijau je, supaya rendang ni ala-ala kaler hijau gitu, lepas tu macam tak pedas pulak, pasal tu tambah lagi dengan cili kisar...sapa yang nak extra pedas tu, guna aje cili padi...

Apapun...rendang sotong pun sedap jugak dimakan...kalau selama ni dok masak rendang ayam je...apa kata merendang sotong pulak....

Babai


Sunday, 4 October 2015

Rendang Udang Berkuah

As salam...

Teruk jerebu hari ni...pagi tadi masa nak pi market...kelabu je...lepas tu tgk ipu dah 297...owhhhh...tingginya...



Jerebu tak jerebu...misi pi market kena diteruskan jugak...saya dgn Boss Besar keluar awal...7.30 dah ada dlm kereta...si nombor lima pun masa angkat tu tidoq lagi...pasaipa keluaq awal...sbb Boss Besar nak pi main golf tengahari satgi...ehhhh...jerebu pun main golf jugak ka? Mcm tak logik kan...hmmm...nak kena pi spy ka? Dia kata sempena farewell mamat french opis dia...okaylah...saya percaya...hahaha...

Dan hari ni...utk lunch saya masak udang ala2 rendang...masa dok clearkan peti ais sbb nak sumbat stok baru...ada jumpak cili hijau...lengkuas yg dah kering...dan jugak sehelai daun kunyit...sbb rendang ialah feveret saya...merendang  hijau lah kita...tapi nak cuba guna udang pulak...walaupun ada je beli ayam tadi...



Ini resepinya
Resepi Rendang Udang Berkuah
Bahan
- 15 ekor udang besar
- 3 ulas bawang putih*
- 10 biji bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 10 biji cili padi*
- 6 biji cili hijau*
- 3 batang serai*
- 1 biji kelapa parut ambil santannya
- 3 helai daun limau purut
- 2 sudu makan kerisik
- 1 helai daun kunyit dihiris
- 1/4 keping gula nise
- 1 keping asam keping
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis

Cara

  1. Buang janggut dan kaki udang. Basuh bersih dan ditoskan.
  2. Kisar semua bahan bertanda * hingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak. Goreng udang sekejap, sekadar bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan minyak yg sama, masukkan bahan kisar, asam keping, santan,kerisik,gula nise dan daun limau purut. Masak hingga pecah minyak dan kuahnya pekat.
  5. Masukkan udang, perisakan dgn garam. Gaul sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Kacau rata. Masak sehingga ekor udang bertemu kepala. Jgn masak lama sangat bila sudah masukkan udang sbb udang akan jadi liat.
  7. Tutup api. Sedia utk dimakan.


Saya masak berkuah...maklumlah rakyat jelata ramai...kalau sapa suka rendang kering, masak kuah sampai kering baru dimasukkan udang...

Bila saya perati lauk ni...mcm masak lemak pun ada cuma ada tambah kerisik je...tak kisahlah kan...janji sedap...

Setakat feedback anak2...depa suka cuma ada komplen sbb pedas..dan mestilah mak depa ni percaya bab sedap tu..maklumlah kanak2 kan jujur...hikssss...

Jadi...apa lagi...selamat memasak!

Babai


Friday, 15 May 2015

Rendang Ayam Pencen

As salam...

Sepanjang kawin...ini baru kali kedua saya masak ayam pencen...kali pertama...masa baru kawin...saya terbeli ayam pencen sebab kat kampung saya...ayam yg dijual dilayur dulu...jadi bila mai kl ni...nampak ayam yg dilayur tu...saya pun amik lah...rupanya itu ayam pencen lah...saya buat rendang jugak...tapi sebab tak pernah masak ayam pencen ni...saya masak macam biasa je...hasilnya...ayam tu keras dan liat...

Tapi bila dok menggoogle...ramai yg cakap kalau buat rendang sedap guna ayam pencen...cuma kena masak lama sikit lah ..okaylah...saya nak cuba masak lah sebab saya ada beli ayam pencen ni kat pasar malam...

Saya guna resepi resepi rendang daging kat SINI...cuma saya tambah daun pandan je masa menumis...kasi wangi sikit...dan jugak tambah cili padi sikit...

Ini resepinya...
Resepi Rendang Ayam Pencen

Bahan
- 1 ekor ayam pencen potong kecil
- 20 biji kering direbus*
- 2 labu bawang besar*
- 5 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 inci lengkuas*
- 1 inci kunyit hidup*
- 3 batang serai*
- 5 biji cili padi*
- 1 cawan kerisik
- 1/2 kilo santan
- 1 keping asam keping
- 1/2 keping gula nise/gula melaka
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 helai daun pandan disimpul
- 3 batang serai diketuk
- 3 helai daun kunyit dihiris halus
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan daun pandan dan serai. Goreng hingga wangi.
  3. Tambahkan bahan yg telah dikisar, serbuk ketumbar,serbuk jintan manis, serbuk jintan putih,asam keping dan ayam.Kacau rata. Jika nampak kering, tambahkan 2 cawan air.
  4. Masak dengan api perlahan hingga ayam lembut. Kacau sekali sekala.
  5. Kemudian, masukkan santan, kerisik,gula nise dan garam secukup rasa.
  6. Masak hingga pecah minyak dan ayam lembut sepenuhnya.
  7. Taburkan daun kunyit yg telah dihiris. 
  8. Kacau sebati. Tutup api.
  9. Sedia utk dihidangkan.
Saya masak lama jugak utk bagi ayam tu lembut...kalau nampak kuah nak kering, tapi ayam tak empuk lagi...tambah je air...rasanya kalau guna ayam daging biasa...mesti hancur lebur isinya...

Tapi berbaloi lah...masak lama pun...rasanya sedap...isi ayam pun dok melekat kat tulang lagi..cantik je seketul-seketul tu...

Kalau nak masak sampai kering pun boleh...saya suka ada kuah sikit...nanti boleh buat cicah roti...

Hmmmm...apa kata...hujung minggu ni bolehlah cuba masak rendang ayam pencen ni...pasti sedap menjilat jari!

Babai