Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Monday, 30 May 2016

Bubur Nasi dengan Chicken Loaf

As salam...

Hari ni si nombor lima kurang sihat...batuk dan badan pun panas...senang je kalau nak tau panglima ni tak sihat...bila dia tak aktif dan takmau makan...selalunya dia akan mintak nasik dan suruh saya suap...tapi hari ni...saya suap nasik ke mulut pun dia takmau...

Penyudahnya, saya pikir...buat bubur nasik aje...lagipun rakyat jelata mmg suka bubur nasik ni...tapi ayam pulak dah abih...apa yg ada...kita guna je...akhirnya jadilah bubur nasi dengan chicken loaf...


Jom tengok resepinya
Resepi Bubur Nasi dan Chicken Loaf
Bahan
- 2 cawan beras basuh bersih dan ditoskan
- 1 inci halia
- 2 kiub pati ayam
- 4 keping chicken loaf Ayamas dihiris
- 1/2 batang carrot dihiris
- air secukupnya
- beberapa titik minyak bijan
- sedikit serbuk lada sulah
- bawang goreng, daun bawang, cili merah sbg bahan tabur

Cara
  1. Masukkan beras, halia ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya ( saya bubuh 15 cawan air).
  2. Rebus dengan api perlahan sehingga nasi menjadi lembut dan hancur.
  3. Tambahkan carrot, kiub pati ayam dan chicken loaf. Rebus lagi sehingga mendapat tekstur bubur. Tambahkan lada sulah, minyak bijan dan garam secukupnya. Jika bubur nampak kering, tambahkan lagi air.
  4. Tutup api apabila bubur lembut dan cukup rasa.
  5. Sebelum menghidang, taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili hiris. 
  6. Sedia utk dihidangkan.
Dapatlah seperiuk bubur nasi, seperti jangkaan, rakyat jelata sangat suka....si nombor tiga makan bertambah...dia kata macam makan bubur McD...hikkkkssss...

Dan si nombor lima pun makan semangkuk bubur jugak...yayyyyy...saya suka....

Nampaknya....kalau anak-anak takdak selera makan...bolehlah dicuba bubur nasi dgn chicken loaf ni...

Babai

Sunday, 22 May 2016

Nasi Goreng Cencalok Sotong

As salam...


Ingat tak saya ada stok cencaluk yg dibeli masa saya pi melaka bulan lepas....hahaha...saya budget blog ni macam ada follower je...pasal tu tanya soalan...ahakkkksss...

Untuk dinner, saya malas nak masak lauk pauk, rakyat jelata request nasik goreng...yayyyy...mak suka...senang kerja...tapi lepas tu mula pening kapla pulak...nak goreng nasik versi apa ya?

Dan tiba-tiba teringat cencalok sotong yg dah lama dok tersimpan dalam fridge tu...jom bereksperimen...dan ini hasilnya...


Macam mana? Nak cuba tak resepi ni...jom tengok resepinya pulak...

Resepi Nasi Goreng Cencalok Sotong
Bahan
- 5 cawan nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih*
- 1 ulas cili merah* (kalau nak pedas, gantikan dengan beberapa biji cili padi)
- 1 genggam ikan bilis*
- 1/2 cawan cencalok sotong, di toskan
- 2 biji telur dikocok
- 2 sudu makan kicap lemak manis 
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/2 batang carrot di hiris memanjang
- sedikit minyak untuk menumis

Cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cencalok sotong. Goreng hingga garing. 
  3. Kemudian, masukkan telur. Biarkan telur keras sedikit sebelum dikacau rata.
  4. Tambahkan carrot, sos ikan dan kicap. Gaul sebati.
  5. Apabila carrot setengah masak, masukkan nasi. Gaul sebati. Perasakan dengan garam(jika perlu kerana cencaluk dan sos ikan dah masin)
  6. Tutup api apabila carrot empuk dan nasi goreng secukup rasa.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Macam mana respon rakyat jelata...abihlah nasik goreng seperiuk...anak-anak suka nasik goreng cencalok ni...hmmmm...bolehlah dibuat menu bersahur bulan posa nanti...

Selamat memasak ya!

Babai

Sunday, 7 February 2016

Nasi Ganja Ayam Goreng

As salam...

Pi mana cuti ni? Kami sefamili duduk kat rumah je...rakyat jelata demam...hari jumaat tu, si nombor satu pulak demam...si nombor lima dah okay tapi semalam, badan dia panas balik..ishhhh...susah hati betul...harapnya demam depa ni tak bepanjangan lah...

Pagi tadi, Boss Besar bawak si nombor dua main tenis, masa balik tu dia singgah pasar tani kat stadium, beli ayam...tapi kali ni, Boss Besar beli bahagian dada je...okay jugak...senang nak masak...isi je...

Sebab si nombor lima tak sihat, saya masak yg senang je...terus terpikir nak buat nasik kuning ni...masa belajar kat perlis dulu, depa panggil nasik kuning ni nasik ganja...makan dgn ayam goreng dan kuah kari, kalau takmau kari, ayam masak merah pun boleh...



Jadi meh tengok resepi nasi kuning aka nasi ganja ni...

Resepi Nasi Kuning
Bahan
- 4 cawan beras basuh bersih, toskan
- 6 cawan air (adjust air ikut jenis beras ya)
- 1/2 kiub pati ayam
- 6 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit pewarna kuning telur

Untuk tumis
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- rempah 4 sekawan (3 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)

Cara
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
  2. Tumis semua bahan tumis hingga terbit bau.
  3. Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan serbuk ketumbar. Kacau sekejap.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, sos cili dan pewarna kuning telur.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan beras. Perisakan dgn garam dan secubit gula.
  6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.
Sementara tunggu nasi masak, kita sediakan ayam goreng pulak..

Resepi Ayam Goreng Rempah
Bahan
- 1 ekor ayam dipotong kecil (saya guna isi ayam)
- 3 sudu besar rempah kari ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- garam secukupnya
- minyak utk menggoreng

Bahan kisar
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1/2 inci halia
- sedikit air

Cara

  1. Satukan semua bahan dan bahan kisar,kecuali minyak. Gaul sebati.
  2. Perap 30 - 1 jam.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.
  4. Angkat dan toskan.
Untuk kari mamak pulak, kari ni kosong je...cuma ada rasa berempah je...kira okay jugak, sbb nasik tu dah berlemak sbb pakai minyak sapi, jadi kari ni balance kan rasa lemak nasik tu lah...
Ini resepi kari mamak pulak

Resepi Kari Mamak
Bahan
- 1 peket serbuk kari daging*
- 1 sudu makan rempah kari ikan*
- 1 sudu makan serbuk cili*
- 1 labu bawang besar dihiris
- 4 ulas bawang putih
- 1 keping halia
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu besar air asam jawa
- rempah empat sekawan (2 biji buah pelaga,1 kuntum bunga lawang,2 kuntum bunga cengkih, 1 kulit kayu manis)
- 4 cawan air
- 4 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
- secubit gula

Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dengan sedikit air. Kacau hingga menjadi pes rempah.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan pes rempah. Kacau hingga rempah garing.
  4. Tambahkan air, air asam jawa dan kiub pati ayam.
  5. Masak hingga mendidih
  6. Tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.
  7. Didihkan kuah sehingga menjadi agak pekat.
  8. Tutup api. Sedia utk dihidangkan bersama ayam goreng dan nasi.
Nampak macam renyah je nak masak nasik ni kan, sebenarnya simple je cuma yg lambat bagi saya time menggoreng ayam tu, kena guna api sederhana je supaya ayam masak sempurna...

Boss Besar tak pernah makan nasik ni...dia heran bila saya hidangkan nasik kuning ni tapi alhamdulillah...dia tambah dua kali jugak dan dapat komen sedap...kehkekkeh...kembang rasanya...

Kalau nak lagi sedap, rasanya buleh tambah sambal belacan mcm nasik kak wok tu...dan jugak timun...

Apapun...alhamdulillah utk rezeki hari ni...anak2 pun makan bertambah walaupun masing-masing pakat dok demam lagi...

Jadi...apa lagi...cubalah!

Babai


Thursday, 28 January 2016

Moi Ayam

As salam...

Pernah dengaq moi tak? Masa kecik-kecik mak saya selalu jugak masak moi ni...dan hari ni sbb si nombor lima dan Boss Besar demam, saya masak moi utk depa dan jugak utk yg lain...

Moi tu sebenarnya nama lain bagi bubur lambuk rasanya...kalau tgk teksturnya pun mmg mcm bubur lambuk...tapi versi yg saya masak ialah versi yg paling sempoi...maklumlah balik kerja terus masuk dapur...masak guna bahan yg ada je...tapi alhamdulillah habis jugak seperiuk...



Apa lagi...meh la tengok resepinya
Resepi Moi Ayam
Bahan
A
- 1 1/2 cawan beras
- 6 cawan air ( blh tambah lagi, ikut jenis beras)
- 1 keping dada ayam hiris nipis
- 1 inci halia
- 2 batang serai diketuk
- 1/2 cawan santan 
- 1/2 kiub pati ayam
- 5-6 biji lada hitam tumbuk kasar
- garam secukup rasa

B
- 1 sudu makan minyak sapi
- 5 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dicincang

C
- telur dadar dihiris nipis
- daun bawang dihiris kasar
- cili merah dihiris
- bawang goreng

Cara
  1. Basuh beras hingga bersih. Satukan semua bahan A kecuali santan dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga beras hancur dan lembik berkanji. Kacau sekali sekala utk elakkan hangit. Jika perlu tambahkan lagi air.
  2. Sementara tunggu nasi menjadi kanji, panaskan minyak sapi, goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Setelah nasi masak dan teksturnya lembik, masukkan santan. Kacau sebati. Biarkan mendidih sekejap sebelum dimasukkan bawang merah dan bawang putih yg digoreng. Masukkan juga satu sudu teh minyak sapi yg digunakan semasa menggoreng tadi.
  4. Perisakan dgn garam ikut citarasa.
  5. Kacau sebati. Tutup api.
  6. Untuk menghidang, masukkan moi ke dalam mangkuk dan taburkan dgn bahan C. Sedia utk dinikmati.
Moi ni sedap sbb bila bubuh santan, rasa berlemak gitu, lepas tu pulak, bawang yg digoreng dgn minyak sapi tu bagi aroma yg wangi kat moi ni...

Sebenarnya buleh ditambah carrot ataupun mixed vege...tapi sbb anak-anak saya susah nak makan sayur dan carrot yg depa suka pun takdak, jadi saya buat versi takdak sayur...hmmmm...kalau ada lobak asin pun sedap jugak...

Okaylah selamat mencuba ya...saya nak kena pi jaga orang demam pulak.. 

Babai

Monday, 16 November 2015

Nasi Lemak Lagi!

As salam...

Hari ni anak2 pakat takmau pi sekolah...biasalah alasan depa dah nak cuti...tak belajar pun...amboiii mentang2 mak hangpa ada kat rumah...sukahati ja nak cuti...

Lagipun depa excited sbb ayah depa balik hari ni...macam bertahun tak jumpak padahal baru outstation tiga hari je...budak2 ni mmg rapat dgn ayahnya...sbb Boss Besar rajin melayan, time tidoq pun depa berkerumun tidoq dgn ayahnya...kiri kanan,hujung kaki la...dekat kepala la...penuh katil...hahaha...bila tau ayahnya nak oustation, masing2 dok susah hati mlm satgi nak tidoq dgn sapa...

Okaylah pasal ayah depa nak balik hari ni dan mestilah kena kemas rumah kan awal2 lagi saya dah masak...konsepnya makan pagi sampai ke petang dan menu paling senang...nasik lemak...hahaha


Takdak timun, salad pun jadi lah...

Meh tengok resepinya...
Resepi Nasi Lemak & The Gang
Untuk nasi
- 4 cawan beras dibasuh bersih dan ditoskan
- 5 1/2 cawan santan
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 helai daun pandan disimpul
- 1 sudu besar marjerin
- sedikit gula batu
- garam secukup rasa (saya guna 1 sudu besar)

Cara
  1. Satukan semua bahan dalam rice cooker. Masak seperti biasa.
Untuk sambal ikan bilis
- 1 cawan ikan bilis
- 15 biji cili kering direbus dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih*
- 7 biji bawang merah*
- 1/2 inci belacan*
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak secukupnya
- air jika perlu.

Cara
  1. Kisar cili kering hingga halus. Ketepikan.
  2. Kisar bawang merah,bawang putih dan belacan. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng. Tumis bawang yg telah dikisar hingga garing. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa. Kacau sebati. Apabila mula mendidih, masukkan ikan bilis. 
  5. Perisakan dgn garam dan gula.
  6. Masak sehingga ikan bilis mesra dgn kuahnya. Jika pekat, boleh ditambahkan sedikit air.
  7. Tutup api.
Untuk puyuh goreng
- 4 ekor burung puyuh belah dua
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- tepung goreng bestari secukupnya
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Burung puyuh dibasuh bersih.
  2. Lumurkan dgn garam dan kunyit.
  3. Kemudian masukkan sedikit tepung goreng. Gaul sebati.
  4. Panaskan minyak, goreng puyuh hingga masak. Angkat dan toskan.
Bahan sampingan
- telur rebus, timun,kacang goreng,ikan bilis goreng...(saya cuma ada telur rebus je)



Hmmmm...dah siap...makan lah sampai puas...ada yg saya bungkus dlm daun pisang...nak bagi feel nasik lemak beli kat kedai...

Untuk sambal tu, pandai2 lah adjust ikut citarasa, kalau nak manis lebihkan gula, nak pedas tambah lagi cili keringnya, mcm saya, suka sambal yg ada rasa masam2 sikit jadi saya lebihkan air asam jawa...dan nasik yg letak marjerin lebih lembut dan sedap...

Hmmm...selamat mencuba!

Babai

Wednesday, 4 November 2015

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah yg Sempoi!

As salam...



Hari ni saya buat menu yg sempoi...malas nak pikiaq nak masak apa...hahaha...

Menu ni saya boleh cakap sbg menu budget sbb bahan tak banyak tapi rasanya sedap...pasaipa saya kata sedap...sebab si nombor dua mintak nak tapau nasik ni pi sekolah kebangsaan...jarang dia mintak nak tapau nasik pi sekolah kebangsaan...selalunya bawak roti je..

Okaylah jom tengok resepinya
Resepi Nasi Tomato
Bahan
- 4 cawan beras
- 5 1/2 cawan air
- 2 sudu besar susu cair
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah dihiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 helai daun pandan
- 4 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar tomato puree
- 2 sudu makan kismis
- 1 inci gula batu
- garam secukup rasa

Cara
  1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Panaskan periuk. Masukkan marjerin.
  3. Apabila marjerin mula cair, tumis bawang putih,bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.
  4. Setelah bahan tumis garing dan naik bau, masukkan tomato puree dan susu cair. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan beras. Kacau sebentar.
  6. Kemudian, tambahkan air, gula batu dan garam secukup rasa.
  7. Pindahkan periuk ke dlm rice cooker dan masak seperti biasa.
Sementara menunggu nasi masak. Kita buat ayam masak merah pulak...


Resepi Ayam Masak Merah
Bahan
- 1 ekor ayam dibersihkan.
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 2 batang serai*
- 1/2 inci belacan*
- 15 biji cili kering direbus dan ditoskan.
- 3 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan tomato puree
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit air
- minyak secukupnya

Cara
  1. Gaulkan ayam dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap 10 minit. Goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Kisar cili kering hingga halus. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yg bertanda* hingga halus. Ketepikan.
  4. Panaskan satu senduk kecil minyak menggoreng ayam. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis. Apabila terbit bau, masukkan campuran bawang yg dikisar tadi. Masak sehingga garing. Tambahkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak.
  5. Kemudian,masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Kacau rata.
  6. Tambahkan sos tomato, tomato puree dan sedikit air.
  7. Perisakan dgn garam dan gula. Gaul sebati.
  8. Masak sehingga sedikit kering.
  9. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna.
  10. Sedia utk dimakan bersama nasi tomato.
Sepatutnya kena buat jelatah...baru lah lengkap nasi tomato ni tapi saya malas nak ke kedai pi beli timun dgn nenas...hmmmm kita makan apa yg ada je...lagipun Boss Besar tak makan nasik utk dinner...jadi kalau buat jelatah pun setakat saya je yg nak makan, mcm tak berbaloi pulak...budak2 ni ada lauk ayam kira dah okay lah tu...

Bagus kan resepi ni...tak dak guna santan pun...bahan2 nya pun yg basic aje, yg memang ada kat rumah kan...saya pikir kalau ada tetamu nak mai pun, buleh sediakan nasik tomato ni...ringkas dan sedap...

Okay...jadi apa lagi...jom masak nasik tomato!

Babai

Monday, 12 October 2015

Nasi Goreng Rumah Spongebob

As salam...

Masa amik anak balik sekolah kebangsaan...si nombor dua tanya apa menu utk dinner?

Saya jawab nasi goreng rumah spongebob...terus dia cakap...owhhhh nasi goreng nenas ya? Betul...hahaha...pandai dia teka...

Dekat rumah ada sebiji nenas yg dah masak...saya beli sbb plan nak buat nasik dagang dan nenas tu utk buat jelatah...tapi biasalah..kita hanya merancang kan...saya dah rebus ikan, rendam beras nasi dagang tapi sbb si nombor lima asyik cranky je...saya cancel nasik dagang...ikan rebus tu saya goreng...beras saya toskan, jemur bagi kering, simpan dlm freezer dan nenas tu masuk dlm nasik goreng je...

Tapi walaupun buat nasik goreng...anak2 saya makan berselera jugak...lapaq kot...seharian kat sekolah kan...


Okaylah..ini resepinya
Resepi Nasi Goreng Nenas
Bahan
- 7 cawan nasi sejuk
- 3 biji telur dikocok
- 1 mangkuk isi ayam
- 10 ekor udang
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh lada sulah
- 1/2 biji nenas manis potong kecil
- 1 biji carrot dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 labu bawang besar dihiris
- garam secukup rasa
- minyak utk menumis

Cara
  1. Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan isi ayam dan bawang besar. Goreng sehingga ayam masak.
  2. Masukkan udang dan carrot. Goreng sehingga udang bertukar warna.
  3. Tolak bahan-bahan itu ke tepi kuali dan masukkan telur. Biar telur beku sedikit sebelum dikacau hancur.
  4. Kemudian, tambahkan sos tiram, sos ikan,lada sulah,nenas dan cili merah. Kacau sebati.
  5. Perisakan dgn garam. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul sehingga nasi bergaul mesra dgn rencahnya.
  6. Kacau lebih kurang tiga minit lagi dan siap!
sekuali nasik goreng!
Resepi yg mudah tapi rasanya sedap...si nombor dua suka sbb ada udang... feveret dia tu...hari ni kita tak diet sbb makan nasik...hmmmm...saya bagitau si nombor dua esok kita makan mee aje utk dinner...terus kelat muka dia...

Apapun tak rugi utk cuba resepi ni...saya suka sbb ada nenas dan nenas tu pulak bila gigit...terasa manis dan juicynya...dan kalau nak pedas...masukkan je cili padi...

Jadi apa lagi...selamat mencuba!

Babai


Thursday, 3 September 2015

Nasi Arab Serambi

As salam...

Tengok tajuk macam gempak je...hmmmm...mak anak lima nak masak nasik arab lah...

Janganlah terkejut...rempah nasi arab ni yg ready made...saya beli 1 pek nasi arab ni kat kelate...dan brandnya...nasi arab serambi...pasal tu lah namanya mcm tu...setakat ni...masih malas lagi nak menumbuk rencah dan rempahnya...hiiiks

Dlm pek tu...ada 1/2 kilo beras basmathi dan 1 pek kecil serbuk rempahnya...dan kat belakangnya pun diberi cara memasak...

Sebenarnya dah banyak kali saya masak nasik arab ni...masa raya hari tu pun...kat rumah mak saya...masak 4 pek nasik arab ni...cuma time cuti raya kan...ayam abis...jadi saya tukar dgn daging...ponnnn sodap...

Ehhhh...banyak pulak cerita...jom kita memasak...

Resepi Nasi Arab Serambi
Bahan
- 1/2 ekor ayam dibersihkan
- 1/2 kilo beras basmathi (disediakan)
- 1/2 peket rempah nasi arab (disediakan)
- 2 biji tomato didadu
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 sudu makan tomato puree (boleh guna sos tomato)
- 2 sudu makan gula
- 1 1/2 sudu makan garam
- air secukupnya

 Untuk tumisan
- 1 labu bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 pelepah daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan marjerin


Cara


  1. Basuh beras dan direndam 30 minit.
  2. Ayam di basuh bersih dan dipotong ikut suka. Toskan.
  3. Bancuh serbuk rempah dgn sedikit air. Ketepikan. (Saya guna 1/2 peket shj kerana rempah ni agak pedas).
  4. Panaskan minyak dan marjerin. Tumis semua bahan tumisan hingga naik bau.
  5. Masukkan pes rempah. Masak hingga garing. Tambah air jika perlu utk elakkan hangit.
  6. Seterusnya, masukkan tomato, tomato puree. Kacau sebati.
  7. Masukkan ayam, jus lemon, garam dan gula. Gaul hingga semuanya sebati.
  8. Tambahkan 3/4 cawan air. Masak hingga ayam 3/4  empuk. Tutup api.
  9. Kemudian, masukkan beras yg telah direndam dan ditoskan ke dalam periuk rice cooker. Tuangkan kuah dan ayam yg telah dimasak tadi ke dalam beras.
  10. Tambahkan air sehingga ketinggiannya 3 cm dari aras beras.
  11. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker.

Senang aje kan? Kalau ikut aturannya...ayam tu di masak hingga empuk...lepas tu tapis...hanya guna kuahnya je bila masak nasik....bila nasik dah masak...baru letak ayam dlm nasik tu...macam biasa...saya nak buat yg paling senang...jadi saya bubuh semua sekali dlm beras tu...tapi jgn risau...sedapnya tetap sama...

Partner utk nasik arab ni saya tak buat pun...sebab anak2 tak makan pun...makan nasik dgn ayam pun depa dah berselera...lagipun...boss besar tak makan kat rumah hari ni...

Hmmmm...kenapa saya masak simple je hari ni...sbbnya saya nak memgemas kabinet dapur...sebab saya tgk dah ada famili lipas dok berumahtangga kat kabinet...semalam saya dah keluarkan semua harta karun...dan lap bahagian dlm kabinet tu dgn clorox...harapnya lepas ni...famili lipas ni berpindah lah ya...hahaha...dan hari ni...saya nak basuh semua harta karun tu...lap dan simpan balik...dan kerja ni tak buleh settle cepat sbb saya terikat bekerja sebagai SUPIRMOM...20 kali keluar masuk rumah.... phewwwww...ehhh..betul ka 20 kali...meh tengok sini

Trip 1 - no. 1 pi sekolah
Trip 2 - no. 2/3 sekolah agama
Trip 3 - ambil no 2/3 sekolah agama
Trip 4 - no 2/3/4 pi sekolah & tadika/ambil no 1
Trip 5 - no. 1 sekolah agama
Trip 6 - ambil no 4 tadika
Trip 7 - ambil no 1 sekolah agama
Trip 8 - ambil no. 2/3 sekolah keb.
Trip 9 -  antar tuition
Trip 10 - ambil tuition

Banyakkan...ada 10 trip setiap hari...dan darab lah dua utk pergi balik...cuma kadang2 boss besar akan amik depa balik tuition...tapi  itu oun boleh kira dgn jari je...penatkan...tuition pulak setiap hari...ehhhh...saya dok menulis ni pun rasa letihnya dgn rutin supirmom ni...hahaha...

Okaylah...sekarang nak pi amik si nombor empat balik tadika...

Babai

Friday, 27 March 2015

Nasi Goreng Isi Ikan

As salam...

Hmmm...nasik semalam ada lagi...apa lagi...buat nasik goreng je lah...senang kerja kan...ikan rebus pun ada lebih dua ekoq...campur sekali dlm nasik goreng ni...

Masa kecik-kecik...selalunya...mak saya goreng nasik dgn lauk yg tak abis makan masa dinner...jadi nasik goreng mak saya...ada mcm2 versi...ikut lauk apa yg tak abis...kadang2 ada daging...ayam...ikan bilis...ehhhh...macam-macam lagi lah...benda ni...secara tak langsungnya...ajar kami semua jgn membazir...hmmmm....
baguih...baguih....harapnya...anak2 saya pun mengikutlah perangai ni...ingat anak2...jgn membazir!

Oklah...ini resepi sempoi...nasik goreng isi ikan...

Resepi Nasi Goreng Isi Ikan

Bahan
- 5 cawan nasi sejuk digaulkan dengan 1 sudu teh garam
- 2 biji merah*
- 3 biji cili padi*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 ekor ikan rebus- ambil isi
- 1 biji telur
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan sos tiram
- minyak utk menumis
- sedikit hirisan carrot dan sawi
- minyak utk menumis

Cara


  1. Tumbuk bahan bertanda* dan isi ikan hingga halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing.
  3. Kemudian masukkan carrot. Kacau rata. Pecahkan telur. Biarkan sekejap sebelum dikacau.
  4. Tambahkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sebati.
  5. Seterusnya, masukkan nasi. Gaul sehingga semua sebati. Tambahkan sayur sawi.
  6. Goreng hingga sawi layu dan perisakan dgn garam jika perlu.
  7. Siap....Sedia untuk dimakan!
Cepat dan ringkas. Nasi ni tak pedas sangat...jadi sesapa yg suka makan pedas...boleh tambah lagi amaun cili padi ya...

Oklah...kain baju dah memanggil- manggil suruh dilipat nih...nak pi lipat kain pulak...

Babai

Tuesday, 10 March 2015

Nasi Minyak

Salam...

Masak ayam serai beryogurt tadi saya partnerkan dengan nasi minyak...hmmm...resepi mudah je...

Kadang-kadang bila dah taktau nak masak apa...saya masak lah nasi ayam...nasi lemak...nasi minyak ka...haaa...tak payah dah nak pikir nak masak lauk apa pulak lepas tu...anak-anak...makan ye...jgn komplen....



Jadi...inilah resepi nasi minyak

Resepi Nasi Minyak

Bahan
- 4 cawan beras
- 4 1/2 cawan air**( ikut jenis beras)
- 1/2 cawan susu cair
- 1 kiub pati ayam adabi
- 1 sudu besar sos tomato
- 1/2 cawan kismis
- garam secukup rasa
- 1 helai daun salam ( tak letak pun takpe)
- 2 helai daun pandan di simpul

Bahan tumis
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 labu bawang besar dihiris
- 1/2 inci halia diketuk
- kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih
- 1 senduk kecil marjerin
- 1/2 senduk kecil minyak masak

Cara
  1. Panaskan minyak dan marjerin di dalam periuk. Apabila marjerin sudah cair,tumiskan bahan tumis, daun salam dan daun pandan. Goreng hingga wangi.
  2. Masukkan beras,goreng sekejap.
  3. Kemudian tambahkan air,susu cair,kiub pati ayam,sos tomato dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan sekali mendidih sebelum dipindahkan ke dlm rice cooker. Masak seperti biasa.
  4. Apabila nasi kering,masukkan kismis dan di kacau perlahan. Guna chopstick supaya nasi tak patah/hancur.
  5. Sedia untuk dihidangkan apabila nasi masak sempurna.

Sukatan air untuk beras tu bergantung pada jenis beras lah ya...jadi masa nak masak tu..kena pandai adjust volume air tu....karang terlebih air.. jadi bubur nasi minyak pulak...hahaha...kalau dulu...masa mula-mula belajar tanak nasik...saya sukat air ikut ruas jari...letak jari telunjuk kat permukaan beras...dan level air separas dua ruas jari tu...atau pun...boleh jugak guna nisbah 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air...tapi itu pun bergantung pada jenis beras...jadi terpulang lah ya...

Nasi minyak ni boleh partner dgn macam-macam lauk...salah satunya ayam serai beryogurt ni lah...resepi buleh rujuk kat SINI atau pun resepi ayam masak merah kat SINI

Selamat mencuba!

Babai

Monday, 16 February 2015

Nasi Ayam Sempoi

Salam...

Hari ni saya ada misi....kemas umah...ishhh...dah rasa berdebu dan melekit-lekit lantai ni...dulu saya panggil part time maid...RM 80 untuk 2 jam...tapi kalau depa kemas umah saya...mesti lebih daripada dua jam...kena bayar extra lah...pekerja dia indon...bila tanya depa kata depa dibayar ikut jam...RM5 per hour...nampaknya tokey cina tu memang pandai lah...amik untung atas angin je...iyalah...dia upah indon tu ikut jam...sabun dan perkakas tuan rumah yang sediakan...tokey cina tu cuma mai hantar dan amik depa kat umah je...


Kali pertama je bersih betul...lepas tu...biasa-biasa je...la ni bila tak keja...tak kan nak panggil org cuci rumah kot...diri sendiri takdak gaji...ada hati nak amik orang cuci rumah...hahahaha...jadi mak anak lima...sila guna tulang empat kerat anda ya...


Jadi...kena masak yg sempoi je...lepas antar anak sekolah...saya start masak...pukul sepuluh...dah siap...lepas tu pi amik anak kat skolah agama plak...bagi depa makan...sambil-sambil tu saya dah tuang clorox kat bilik air...nanti lepas antar depa sekolah...saya akan menyental jamban...hahahaa


Resepi ni sangat simple...sesuai kalau nak cepat...rasa dia sedap ikut penilaian si nombor satu...hahahaha..dia tolak batu dengan kayu je...resepi ni saya tujukan khas pada remaja-remaja yang baru berjinak-jinak nak masak...kalau tak sedap...jawab saja macam ni ya!



Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Resepi sedap tolong ajarkan

Apa lagi...jom memasak...

Resepi Nasi Ayam Sempoi


Bahan

Untuk Air Rebusan Ayam
- 1 ekor ayam dipotong kecil, basuh bersih
- 5 cawan air
- 1 inci halia diketuk
- 5 ulas bawang putih diketuk

Cara
  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Rebus hingga mendidih.
  2. Tutup api.
  3. Keluarkan isi ayam- toskan - akan digoreng nanti.
  4. Air rebusan ayam dibahagikan dua...1 bahagian untuk nasi dan 1 bahagian lagi untuk sup.
Untuk Nasi
-  4 cawan beras, basuh bersih dan ditoskan
-  Air rebusan ayam + air  secukupnya
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun pandan disimpul
-  garam secukup rasa

Cara
  1. Panaskan periuk rice cooker, masukkan marjerin dan minyak.
  2. Tumiskan daun pandan hingga wangi, masukkan pula sos tiram. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh bersih.
  4. Goreng sekejap. Tambahkan air  dan air rebusan ayam secukupnya ( bergantung kepada jenis beras, sukatan air macam kita masak nasik biasa)
  5. Tambah garam secukup rasa. 
  6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa

Untuk sup
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1/2 inci halia*
- 1 ketul kiub pati ayam
- sedikit daun bawang,daun sup dan bawang goreng

Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda *. 
  2. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk. Tambahkan bahan tumbuk dan kiub pati ayam. Masak hingga mendidih
  3. Kalau nak kuah banyak,tambahkan lagi air. Perisakan dgn garam jika perlu.
  4. Tutup api. Semasa menghidang taburkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
Untuk Ayam
- Ayam yang telah direbus tadi
- 3 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan madu
- garam secukupnya

Cara

  1. Gaulkan semua bahan.
  2. Perap 15 minit
  3. Goreng sekejap,sekadar untuk garingkan bahagian luar sahaja.
Untuk Sos Kicap
- Ambil baki perapan ayam dan masukkan dua sudu makan minyak panas menggoreng ayam tadi.

Untuk Sos Cili
- 5 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 sudu makan cuka
- 2 sudu makan sos cili
- garam dan gula secukupnya

Cara
  1. Kisar cili merah dan bawang putih. Masukkan kedalam periuk.
  2. Tambahkan cuka,sos cili,gula dan garam. Masukkan sedikit air 
  3. Masak hingga mendidih dan cukup rasa masam,manis dan masinnya.
  4. Tutup api.
Hiasan sampingan
Salad,hirisan timun dan tomato

Dah siap...boleh lah dimakan...kalau tengok macam banyak je step nak masak nasi ayam ni...janganlah risau...mudah je sebenarnya...

Adik-adik manis...cubalah resepi ni ya!

Babai



Monday, 2 February 2015

Nasi Air

Salam...

Hari ni awal pulak hero kecik bangun...bila depa bangun...satu apa tak boleh buat.. kena perati je depa ni...

Jadi...masak yg senang je...sebenarnya dari semalam lagi...si nombor dua mintak nak makan nasi air ni...mesti ada kawan yg bawak pi sekolah...dia teringin...

Mak depa okay je...senangkan...si nombor lima pun boleh makan...

Saya buat sup ayam, rebus telur masin dgn goreng ikan bilis... aksesori lain..daun bawang dengan bawang goreng...itu je yang ada kat dapur...



Sedapnya...si nombor dua cakap..


Meh tengok resepi...kot-kot dapat idea nak masak...

Resepi Nasi Air Sempoi Baik Punya

Bahan

Untuk nasi
- 2 cawan beras
- air secukupnya
- sedikit garam
- 1/2 inci halia

Cara
  1. Masukkan beras,halia,garam secukup rasa dan air secukupnya ke dalam periuk.
  2. Tanak seperti nasi biasa cuma lebihkan air.
  3. Tekstur nasi nanti mesti lembut. 
Sambil tunggu nasi masak, kita masak sup ayam pulak...

Untuk Sup Ayam Mudah
- 1/2 ekor ayam dibasuh bersih
- 5 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu makan rempah sup
- garam secukup rasa
- sepokok daun ketumbar
- air secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis
- bahan tumis -  sedikit bawang merah, bawang putih, halia dihiris, rempah empat 
   sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

Cara

  1. Tumbuk halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau, kemudian masukkan gula. Biarkan gula bertukar menjadi keperangan sebelum dimasukkan ayam. Masak ayam hingga kecut sedikit.
  3. Kemudian masukkan rempah sup. Gaul sebati. Tambahkan air(kuantiti air terpulang pada tukang masak ya).
  4. Perisakan dengan garam. Masukkan pula daun ketumbar. Kacau sekali sekala.
  5. Tunggu hingga ayam masak sempurna. 
  6. Tutup api, sedia untuk dihidangkan dengan nasi air.
*** ayam dalam sup tu, saya keluarkan, dan digoreng sekejap...sebab anak saya suka ayam yang digoreng...lepas tu saya letak atas nasik...tapi kalau takmau goreng pun takpe...

Bahan tambahan
- telur masin
- ikan bilis goreng
- bawang goreng
- hirisan daun bawang


Bila nak menghidang tu, masukkan sesenduk nasi ke dalam mangkuk, letaklah telur masin, ikan bilis goreng, hirisan ayam goreng, daun bawang dan bawang goreng...lepas tu..curahkan kat nasik tu...hmmmmm...bestnya..


sebelum letak sup. 



Hmmm...macam mana...apa kata ubah selera pulak...kita makan nasik air...yaaayyyy...

Babai