Saturday, 3 October 2015

Risoles

As salam...

Pagi ni saya nak perabih stok daging cincang...sbb esok akan pi market utk top up bhn dapur...sambil tu...dlm peti ais masih lagi ada kentang, carrot dgn daun bawang...hmmmm..nak buat apa ya?


Jadi saya terpikir utk buat kuih kat atas tu...masa saya kecik2...bila pi rumah maklong saya...dia ada buat kuih ni...saya taktau namanya...jadi saya panggil ketayap kentang...sbb bentuknya mcm ketayap cuma intinya kentang...

Owhhh...rupa2 nya nama kuih ni risoles...versi maklong saya...takdak breadcrumbs...tapi yg saya dok goggle...disalut dgn breadcrumbs...baguih jugak...buleh perabih stok breadcrumbs yg ada sikit lagi ni...nanti buleh kenyit mata dkt Boss Besar...ajak pi Bake With Yen pulak dgn alasan top up bhn nak buat kuih...hahaha...


Jadi...jom mulakan operasi memasak kita...
Resepi Risoles
Bahan
Untuk bahan salut
- sebiji telur dikocok
- breadcrumbs secukupnya

Untuk inti

- 200g daging cincang
- 3 biji kentang didadu
- 1 biji carrot didadu
- 1 labu bawang besar didadu
- 1 biji cili merah dicincang
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu makan rempah kari daging
- sedikit hirisan daun bawang
- garam dan gula secukup rasa
- minyak utk menumis
- air secukupnya

Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih daun kari dan kulit kayu manis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Apabila rempah mulai garing, masukkan daging cincang. Masak sehingga daging kecut.
  4. Kemudian masukkan kentang dan carrot. Tambahkan air sekadar cukup utk melembutkan kentang dan carrot. Masak sehingga kentang dan carrot 3/4 lembut barulah dimasukkan bawang besar, daun bawang dan cili merah. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masak sehingga kuah kering dan kentang empuk.
  6. Tutup api dan sejukkan.
Untuk kulit risoles


- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick, ambil satu senduk kecil adunan tepung. Dadarkan di dalam periuk.
  3. Angkat apabila bahagian permukaan kulit risoles tidak melekat.
  4. Buat sehingga habis.

Sekarang...mari menggulung...

  1. Seterusnya, ambil kulit yg telah siap, letak inti di tengah, lipat bahagian tepi dan gulung.
  2. Celup dlm telur dan disalutkan dgn breadcrumbs. Buatlah sehingga habis.
  3. Panaskan minyak, goreng risoles hingga warnanya menjadi kuning keemasan. 
  4. Angkat dan toskan.Sedia utk dinikmati.
Masa nak lipat tu, tunggu kulit risoles sejuk sedikit...saya lipat masa tgh panas, kulit tu terkoyak...jgn panik kalau kulit risoles mcm lembik, masa tgh dadarkan tu, masak biar kulit tu agak garing baru diangkat.

Saya cuma berjaya dpt kulit risoles yg sempurna lepas empat kali saya dadarkan...mcm-macam problem...terkoyak masa nak angkat lah, bila balut, inti terbubuh banyak, koyak jugak...tapi lepas tu okay...cantik je dadarnya...

Dan bila dah siap...mmg sedap...habis rakyat jelata makan...satu adunan tu dpt 20 biji risoles...dan intinya pun ada berbaki dlm 1/3 lagi...pasal inti tu saya tak risau...masuk dlm freezer...nanti kalau buat roti ka..kuih pau ka...buleh jadi inti...

Jadi apa lagi...cubalah buat risoles ni utk minum petang...

Babai

No comments:

Post a comment