Showing posts with label cream puff. Show all posts
Showing posts with label cream puff. Show all posts

Friday, 27 November 2015

Churros 2

As salam...



Wahhhh...demam churros sudah melanda...merata alam org pakat dok share pasal resepi churros ni...

Saya dah pernah tulis entry pasal resepi churros ni...mmg churros ni sedap sbb anak2 saya mmg suka...mcm entry terdahulu...si nombor empat panggil churros ni kuih panjang cicah kuah hitam...

Hari ni saya men'churros' lah...cuma kali ni saya letak pewarna kuning dan secubit serbuk kulit kayu manis sbb saya suka bau harum kulit kayu manis ni...


Meh la tengok resipinya...
Resepi Churros
Bahan
- 2 cawan air
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar butter
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- secubit serbuk kulit kayu manis
- sedikit pewarna kuning
- minyak utk menggoreng

Untuk sos coklat
- 100g chocolate coins
- 1/2 cawan whipping cream
- 1 sb golden syrup

Cara

  1. Untuk sos coklat, panaskan whipping cream secara double boil hingga suam. Masukkan chocolate coins. Kacau sehingga coklat larut. Tambahkan golden syrup. Kacau sebati. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk doh churros, masukkan air,butter, serbuk kulit kayu manis,pewarna kuning ke dalam periuk. Masak hingga air mendidih dan butter larut.
  3. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati. Gaul sehingga nampak ada seakan-akan lapisan nipis pada periuk.
  4. Tutup api. Biarkan adunan menjadi suam.
  5. Setelah doh suam,tambahkan telur. Pukul sebati. Awalnya doh menjadi berketul-ketul, jgn risau, pukul sehingga telur bercampur sebati dgn doh tepung.
  6. Masukkan doh ke dalam piping bag dgn nozzle yg sesuai (saya guna star nozzle).
  7. Paipkan doh memanjang lebih kurang 5-6 cm.
  8. Buat sehingga habis.
  9. Panaskan minyak, goreng doh yg telah dipaipkan hingga masak dan garing.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Sedia utk dinikmati dgn sos coklat.


Satu adunan kat atas tu,saya dpt lebih kurang 35 biji churros...itupun tak cukup sbb anak2 suka makan churros ni...

Kiranya ini resepi yg simple tapi berbaloi bila anak2 suka. Kalau tak mau buat sos coklat pun takpa...cicah je dgn nutella...kalau takdak nutella, salut dgn icing sugar pun dah okay...

Churros ni pun buleh difrozenkan, kalau saya nak frozenkan churros ni, saya masukkan dlm oven 10 minit, bakar sekejap...lepas tu masukkan dlm food container, simpan dlm freezer...nak makan,gorengkan aje...

Dan off topic skit...pagi tadi saya dah pi lapor diri semula...dah abis 330 hari cuti tanpa gaji ni...sekejap je masa berjalan kan...

Apapun, selamat mencuba!

Babai

Monday, 11 May 2015

Churros

As salam...

Saya dalam misi perabih whipping cream...kotak besar tu...mula-mula nak buat mini pavlova..tapi stok buah nak buat topping takdak pulak...malas la nak pi beli..maklumlah...nak angkut dua org panglima ni...

Hmmmm...saya nak cuba buat chocolate ganache lah...tapi makan dengan apa pulak nanti...aishhhh...teruknya konflik diri...**tepuk dahi**

Akhirnya...toinggggg....buat churros lah...boleh cicah dgn chocolate ganache tu...hahaha...terasa bijaksana pulak...**kenyit mata**

Resepi ringkas je...dan teknik dia mcm cream puff...cuma churros ni digoreng...

Churros saya kontot je...sambil dok menggoreng...si nombor lima dok tarik baju...taktau dia nak apa...tak sempat mak hang nak buat churros panjang-panjang...takpe lahkan...masuk perut jugak...hiiiii...ayat penyedap hati...

Wokeyyyy...cerita panjang pun tak guna kan...ini resepinya...

Resepi Churros dan Sos Coklat

Bahan untuk Churros
- 1 cawan air
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 1 1/4 cawan tepung
- minyak utk menggoreng

Cara
  1. Satukan air,butter,gula dan garam.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian, kecilkan api dan masukkan tepung,kacau dgn cepat sehingga tepung sebati.
  4. Tutup api dan sejukkan sebentar sebelum ditambahkan telur. Gaul sehingga rata dan sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg dgn star nozzle
  6. Picit piping bag dan potong adunan yg keluar ke dalam minyak yg telah panas.
  7. Goreng sehingga perang keemasan.
  8. Sedia utk dihidangkan.
Bahan sos coklat
- 100g chocolate buttons
- 50ml whipping cream
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar golden syrup

Cara
  1. Panaskan whipping cream hingga mendidih.
  2. Tutup api dan masukkan coklat buttons, butter dan golden syrup.
  3. Kacau sehingga coklat dan butter larut.
  4. Sedia utk digunakan.
Senang je nak buat churros ni...cuma time picit piping bag tu yg renyah sikit...

Si nombor empat suka...dia panggil churros ni...kuih panjang...sos coklat pulak dia panggil sup hitam...ikut awaklah nak...janji bahagia...

Saya type entri ni sambil nak bagi si nombor lima tidoq...budak bertuah ni...kalau saya dok melepak dgn dia...okay je...tapi bila saya nak buat keja umah...mula lah dia meragam***ohhh anak..kita takdak org gaji lah***

Hmmmmm..

Babai

Monday, 9 February 2015

Cream Puff Berinti Kastard

Salam...

Dua tiga hari ni saya kurang sihat...nak pi klinik...tapi kena tunggu boss besar balik keja...boleh je pi sendiri.. tapi nak kena bawak hero kecik dua orang tu...satgi time jumpak doktor...sambil dok kena kepung depa pulak...tambah lagi...saya terikat sikit...sbb nanti nak kena amik anak balik sekolah kebangsaan dgn sekolah agama...plan nak pi semalam...tapi boss besar balik lambat...hmmm... takpelah...boss besar janji nak balik awal hari ni...

Sebenarnya ada je klinik kat kawasan umah...tapi semua doktor laki...ohhhh...janganlah ingat saya pregnant pulak...setakat ni...lima sudah cukup ya...hahahaha...

Walaupun badan tak berapa sedap ni...mana boleh rehat...baru nak baring je...ada je yang menjerit...nak susu lah...nak makan nasik lah...haishhh...anak-anak...bukannya depa paham pun...

Sebab nak divert rasa tak sedap badan tu...saya buat cream puff...hmmmm...menjadi cream puff saya...ehhh...macam buleh amik order saja...hahaha...


Meh tengok resepinya

Resepi Cream Puff Inti Kastard


Bahan

Untuk Choux Pastry

- 1/2 cawan butter
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 4 biji telur

Cara

Nombor tu sbg rujukan saja.
Nanti pakat dok pening kepala sebab tak sama dengan cara kat bawah ni!

  1. Masukkan mentega dan air ke dalam periuk. 
  2. Masak hingga mentega larut
  3. Kemudian, kecilkan api, masukkan pula tepung.
  4. Gaul sekata sehingga tepung menjadi kental dan tidak melekat di periuk.
  5. Tutup api. Sejukkan sebentar.
  6. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul dengan whisk sehingga semuanya sebati.
  7. Panaskan oven pada suhu 225C.
  8. Sementara menunggu oven panas, pipekan adunan choux pastry ini ke atas dulang pembakar. Ikut suka nak buat besar mana, tapi kena ingat, nanti cream puff ni akan mengembang bila di bakar.
  9. Sebelum dimasukkan ke dalam oven, renjiskan sedikit air di atas permukaan choux pastry ini.
  10. Bakar pada suhu 225 C pada 15 minit pertama, dan turunkan kepanasan kepada 190C dan bakar lagi untuk 15 minit kedua. (Memandangkan saya buat saiz yang kecik-kecik, masa yang diambil ialah 10 minit pada suhu 225 C dan lagi 10 minit utk suhu 190C) ***(masa yang diambil bergantung kepada jenis ketuhar ya)
  11. Apabila siap, sejukkan cream puff ini sebelum digunting sedikit bahagian tengahnya dan dipipekan sedikit inti kastard ke dalamnya.


Sekarang mari kita buat sos kastardnya, sementara menunggu cream puff ni dibakar...

Untuk inti kastard

- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 1/3 cawan susu segar
- 2 sudu teh mentega
- 2 sudu teh esen vanilla

Cara

  1. Campurkan semua bahan. Kacau sehingga semuanya sebati. 
  2. Masukkan ke dalam periuk, masak sehingga kastard menjadi berkilat dan kental
  3. Tutup api. Sejukkan sebentar.
  4. Masukkan ke dalam piping bag.
  5. Paipkan intu kastard ke dalam cream puff yang telah disediakan tadi.
  6. Masa menghidang tu, ayakkan sedikit gula aising kat atas cream puff ini.


Nampak tak inti kastard  tu?
Hmmm...nampaknya saya berjaya divert rasa tak sedap badan ni...hahahaha...lepas ni...agak-agak nak demam ka...sakit perut ka...kena cepat-cepat buat kuih....lalalala...


Apa lagi...cepat-cepat pi dapur...pi buat cream puff untuk seisi keluarga...

Babai