Sunday, 22 March 2015

Kuih Apam Perlis

As salam...

Resepi ni...dah lama saya salin...bila nak buat...saya pikir nanti sapa nak makan...(dalam hati takut tak menjadi...hahaha)...



Tapi...la ni...mak ayah saya ada kat sini...bolehlah bereksperimen buat kuih...ramai sikit ahli yg boleh tolong perabih kuih saya nanti...lalala...

Hasil kejadian...sedap..cuma next time...saya takmau letak telur dalam intinya ...mungkin saya akan guna resepi utk filling cream puff (resepi di  SINI)...mak saya pulak cakap...nanti kita cuba letak inti kelapa...macam kuih ketayap tu ..baiklah mak...nanti kita try buat macam tu pulak...



Okaylah...jom tengok resepinya...

Resepi Kuih Apam Perlis

Bahan Intinya
- 2 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 biji telur 
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 helai daun pandan disimpul

Cara
  1. Satukan semua bahan. Pukul dengan whisk hingga sebati
  2. Tapis masuk ke dalam periuk. Tambahkan daun pandan.
  3. Masak hingga likat dan berkilat. Campuran kena sentiasa dikacau supaya masak sekata dan tak hangit bahagian bawah.
  4. Sejukkan sebelum digunakan.

Sekarang,kita sediakan kulitnya pula..

Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
- sedikit pewarna hijau
- secubit garam

Cara
  1. Satukan semua bahan. Pukul dengan whisk sehingga sebati.
  2. Tapiskan untuk pastikan tiada lagi tepung yg tidak larut.
  3. Rehatkan 10 minit.
  4. Selepas 10 minit,kacau campuran supaya sebati.
  5. Ambil setengah senduk adunan,tuangkan ke atas pemanggang ajaib. Ratakan secara membulat dengan belakang senduk.
  6. Masak sehingga permulaan apam tidak lagi melekat bila disentuh. Tidak perlu diterbalikkan.
  7. Angkat dan kemudian letak inti secukupnya. Lipat dua dan tekan hujungnya dengan garfu.
  8. Buat sehingga habis.
  9. Sedia untuk dihidangkan. 

Si nombor tiga...suka betul makan apam perlis ni...saya hidangkan dekat ayah saya pun...dia yg tolong habiskan...hahaha...


Jadi...jangan tunggu lama-lama...
Selamat mencuba...

Babai

No comments:

Post a comment