Tuesday 10 March 2015

Ayam Serai Beryogurt

Salam...

Hahaha...saya dah siap masak untuk lunch...si nombor lima bangun awal hari ni....tapi lepas hantar abang kakak ke sekolah agama...dia tidur balik....sempat la saya masak...



Masak apa ya? 
Ayam serai beryogurt...saya buat sekali nasi minyak...cukuplah menu tu...
jelatah...dalca saya tak buat...malas ...
hahaha...

Resepi ni simple je tapi sedap...
ehhh...masuk bakul angkut sendiri pulak....

Apa lagi...ini resepinya...

Resepi Ayam Serai Beryogurt

Bahan
- 1/2 ekor ayam- basuh bersih & potong kecil
- 5 ulas bawang putih*
- 1 labu bawang besar*
- 1 inci halia*
- 3 batang serai*
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan plain yogurt
- 1/2 keping gula nise
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng ayam
- sedikit garam kunyit untuk dilumurkan pada ayam.

Cara
  1. Kisar semua bahan bertanda *. Ketepikan
  2. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ayam. Perap sekejap (10 mins). 
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam 3/4 masak. Angkat dan ditoskan.
  4. Kemudian,tinggalkan sedikit minyak menggoreng tadi di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  5. Tambahkan cili kisar. Goreng hingga pecah minyak.
  6. Seterusnya masukkan ayam,yogurt,sos tomato dan gula nise. Kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. 
  7. Perisakan dengan garam. 
  8. Tutup api apabila ayam telah masak sempurna
  9. Sedia untuk dihidangkan.


Lauk ni rasanya pedas pedas masam gitu...lepas tu kat hujung rasa manis manis sikit...setakat ni...anak-anak saya sukalah kalau saya masak ayam macam ni...

Kalau takdak yogurt...lebihkan sos tomato...dan kalau nak tambah santan pun boleh...ikut taste masing-masing...

Apa lagi....selamat mencuba!

Babai


No comments:

Post a Comment