Tuesday 24 March 2015

Marble Cheese Brownies

As salam...

Hmmm...semalam dah buat brownies...hari membrownies jugak...hahaha...
Resepi ni dah lama...saya dpt dari fp kak rinnchan...tapi sekarang tak dapat pulak bukak fotopages tu...byk jugak resepi yg saya amik dari fp kak rinnchan ni...

Satu adunan...dapat byk jugak..jadi bolehlah pi bagi sikit kat kawan saya...

Mula2...ingat nak buat step by step...tapi iyalah...tak sempat pun...pamglima-panglima dok mengacau...lepas tu...mak saya pun ada kat sini...satgi dia konpius pulak...awatlah...anak dia dok amik gambar...dia taktau saya tulih blog...
**tolongjgnbagitaumakpasalblogni**...
hahaha...

Hari ni jugak..si nombor lima jatuh kerusi meja makan...berdarah mulut...tapi dia relax je...lap mulut dia dgn towel sejuk...lepas tu...dia aktif mcm biasa...maktok aka mak saya cakap...kena selalu perati dia. .sbb dia senyap...tak bercakap...tapi aksi dia...hmmmm...menggerunkan...ala-ala lagak ngeri gitu...ohhhh...si nombor lima...jangan bagi mak luruh jantung lagi ya!

Okaylah...jom tengok resepinya...

Resepi Marble Cheese Brownies

Bahan
Lapisan bawah
- 250g butter
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu cair(saya letak whipping cream)
- 1 1/2 cawan gula castor (saya letak 1 1/4 cawan)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 1/2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*

Cara
  1. Ayak semua bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko. Gaul hingga serbuk koko larut. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan, satukan telur dan gula castor. Pukul dengan whisk sehingga gula larut. Tambahkan esen vanilla. Gaul sebati.
  4. Kemudian, masukkan adunan koko dan susu cair. Kacau rata.
  5. Seterusnya, tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga semuanya sebati. Ketepikan 1/3 cawan adunan utk dilorek pada lapisan atas nanti.-
  6. Tuangkan baki adunan ke dalam loyang 10x10 yg beralas kertas minyak. Pastikan bahagian tepi kertas minyak tu berjuntai keluar supaya senang nak keluarkan brownies tu nanti. Saya masuk dalam bekas pyrex je...spesies pemalas kan....hahaha...
  7. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit dalam oven yg telah di panaskan terlebih dahulu.
Sementara nak tunggu lapisan dibakar,kita sediakan lapisan cheesenya pulak ya...

Lapisan atas
- 250g cream cheese
- 3/4 cawan gula castor
- 1 biji telur

Cara
  1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
  2. Masukkan gula castor. Pukul lagi hingga gula larut.
  3. Tambahkan telur. Pukul hingga semuanya sebati dan tidak berbintil-bintil.
Okay...selepas 20 minit,keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese ke atasnya. Ratakan ke semua bahagian. Paipkan adunan lapisan atas yg di simpan tadi kat atas lapisan cheese tu. 
Kemudian, ambil lidi pencungkil gigi...dan lorekkan membentuk corak yg diingini.
Kemudian,masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum dihidangkan.


Hmmmm...sedapnya makan brownies ni...mana taknya..rasa coklat bercampur pulak dgn masam-masam cheese gitu....

Apa lagi...selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a Comment