Sunday, 8 March 2015

Tub Tim Grob

Salam...
Heeeee...masak apa tu?Dalam peti ais...ada balance sengkuang cina aka water chestnut...hmmm...dah nak kecut dah...

Apa nak buat ya?Kalau pi restoran thai...saya selalu order tub tim grob ni...saya suka rasa crunchy sengkuang cina ni...jadi...apa lagi...jom buat pencuci mulut ni...sedap makan masa cuaca panas ni...



Sebab balance sengkuang ni tak banyak...dapat lah merasa sorang sikit...

Ini resepinya...
Resepi Tub Tim Grob

Bahan
- 12 biji sengkuang cina -buang kulit dan dipotong dadu
- 1 cawan tepung ubi
- sedikit pewarna merah
- 50 ml santan pekat ( dari 1/2 kotak kecil santan)
- 100 ml susu cair
- 150 ml air
- 1/3 cawan gula (boleh tambah/kurang ikut citarasa)
- secubit garam
- 2 helai daun pandan disimpul
- 1 mangkuk air ais
- hirisan nangka secukupnya

Cara
  1. Masukkan sengkuang cina yg telah dipotong dadu ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan pewarna merah. Rehatkan 30 minit.
  3. Kemudian,toskan sengkuang tadi. Masukkan dalam mangkuk dan tambahkan tepung ubi. Gaul hingga semua bahagian sengkuang cina bersalut dgn tepung ubi. Pindahkan ke dalam pengayak, ayak untuk buang baki tepung. 
  4. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih, masukkan sengkuang dan masak hingga sengkuang timbul. 
  5. Angkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais. Ketepikan.

Sekarang,kita sediakan kuah santannya pula...
  1. Masukkan gula,secubit garam,daun pandan dan air ke dalam periuk.
  2. Masak hingga gula larut.
  3. Tambahkan santan dan susu cair. Kacau sebentar.
  4. Tutup api apabila kuah mula mendidih. Sejukkan.  
Okay...dah siap sengkuang cina dan kuah santannya.
Sekarang untuk menghidang..ambil sengkuang cina dan masukkan ke dalam kuah santan. Letaklah hirisan nangka dan sedia untuk dinikmati...
Haaa...macam mana? Kalau ada sengkuang cina...bolehlah buat pencuci mulut ni...senang je..cuma yang leceh masa nak potong dadu sengkuang tu...hihihi..
Jemput tengok!
Selamat mencuba!

Babai

No comments:

Post a comment