Monday 9 February 2015

Cream Puff Berinti Kastard

Salam...

Dua tiga hari ni saya kurang sihat...nak pi klinik...tapi kena tunggu boss besar balik keja...boleh je pi sendiri.. tapi nak kena bawak hero kecik dua orang tu...satgi time jumpak doktor...sambil dok kena kepung depa pulak...tambah lagi...saya terikat sikit...sbb nanti nak kena amik anak balik sekolah kebangsaan dgn sekolah agama...plan nak pi semalam...tapi boss besar balik lambat...hmmm... takpelah...boss besar janji nak balik awal hari ni...

Sebenarnya ada je klinik kat kawasan umah...tapi semua doktor laki...ohhhh...janganlah ingat saya pregnant pulak...setakat ni...lima sudah cukup ya...hahahaha...

Walaupun badan tak berapa sedap ni...mana boleh rehat...baru nak baring je...ada je yang menjerit...nak susu lah...nak makan nasik lah...haishhh...anak-anak...bukannya depa paham pun...

Sebab nak divert rasa tak sedap badan tu...saya buat cream puff...hmmmm...menjadi cream puff saya...ehhh...macam buleh amik order saja...hahaha...


Meh tengok resepinya

Resepi Cream Puff Inti Kastard


Bahan

Untuk Choux Pastry

- 1/2 cawan butter
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 4 biji telur

Cara

Nombor tu sbg rujukan saja.
Nanti pakat dok pening kepala sebab tak sama dengan cara kat bawah ni!

  1. Masukkan mentega dan air ke dalam periuk. 
  2. Masak hingga mentega larut
  3. Kemudian, kecilkan api, masukkan pula tepung.
  4. Gaul sekata sehingga tepung menjadi kental dan tidak melekat di periuk.
  5. Tutup api. Sejukkan sebentar.
  6. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul dengan whisk sehingga semuanya sebati.
  7. Panaskan oven pada suhu 225C.
  8. Sementara menunggu oven panas, pipekan adunan choux pastry ini ke atas dulang pembakar. Ikut suka nak buat besar mana, tapi kena ingat, nanti cream puff ni akan mengembang bila di bakar.
  9. Sebelum dimasukkan ke dalam oven, renjiskan sedikit air di atas permukaan choux pastry ini.
  10. Bakar pada suhu 225 C pada 15 minit pertama, dan turunkan kepanasan kepada 190C dan bakar lagi untuk 15 minit kedua. (Memandangkan saya buat saiz yang kecik-kecik, masa yang diambil ialah 10 minit pada suhu 225 C dan lagi 10 minit utk suhu 190C) ***(masa yang diambil bergantung kepada jenis ketuhar ya)
  11. Apabila siap, sejukkan cream puff ini sebelum digunting sedikit bahagian tengahnya dan dipipekan sedikit inti kastard ke dalamnya.


Sekarang mari kita buat sos kastardnya, sementara menunggu cream puff ni dibakar...

Untuk inti kastard

- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 1/3 cawan susu segar
- 2 sudu teh mentega
- 2 sudu teh esen vanilla

Cara

  1. Campurkan semua bahan. Kacau sehingga semuanya sebati. 
  2. Masukkan ke dalam periuk, masak sehingga kastard menjadi berkilat dan kental
  3. Tutup api. Sejukkan sebentar.
  4. Masukkan ke dalam piping bag.
  5. Paipkan intu kastard ke dalam cream puff yang telah disediakan tadi.
  6. Masa menghidang tu, ayakkan sedikit gula aising kat atas cream puff ini.


Nampak tak inti kastard  tu?
Hmmm...nampaknya saya berjaya divert rasa tak sedap badan ni...hahahaha...lepas ni...agak-agak nak demam ka...sakit perut ka...kena cepat-cepat buat kuih....lalalala...


Apa lagi...cepat-cepat pi dapur...pi buat cream puff untuk seisi keluarga...

Babai


No comments:

Post a Comment