Thursday, 5 March 2015

Pisang Goreng Cheese

Salam....

Ehhhh...pisang lagi...hmmmm...ahli rumah ni memang suka makan pisang...hahaha...jadi stok pisang memang selalu ada dalam peti ais...

Hari tu...dah buat pisang goreng thai...hmmmm...cheddar cheese ada seketul kecik...bolehlah buat pisang goreng cheese ni...


Saya buat sesikat pisang...
Alhamdulillah...laku pisang goreng cheese ni....tak sangka si nombor lima suka makan pulak...abis tiga keping pisang dia makan...

Apa lagi...jom tengok resepinya

Resepi Pisang Goreng Cheese

Bahan
- sesikat pisang awak- buang kulit dan dibelah dua.
- 1 cawan tepung beras*
- 1/2 cawan tepung gandum*
- 1 biji telur*
- 1 sudu teh baking powder*
- 3 sudu besar santan*
- 1 sudu teh marjerin*
- secubit garam*
- sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit*
- air jika perlu
- minyak utk menggoreng

Cara

  1. Campurkan semua bahan bertanda*.Gaul sebati. Jika terlalu pekat,tambahkan sedikit air lagi. 
  2. Rehatkan lima minit.
  3. Panaskan minyak. Celupkan hirisan pisang ke dalam adunan batter dan goreng hingga masak.
  4. Toskan pisang yg telah digoreng.
Sekarang kita akan sediakan bahan salutan pulak...

Bahan
- 2 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar air
- 1 sudu besar butter
- parutan cheddar cheese secukupnya.

Cara
  1. Masukkan susu pekat,air dan butter ke dalam kuali.
  2. Masak hingga butter cair. Tutup api.
  3. Masukkan pisang yg telah digoreng tadi. Gaul rata sehingga semua pisang dilapisi dengan sos susu ini.
  4. Angkat dan susun dalam pinggan sebelum ditaburkan parutan cheese.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Hihihi...dah siap pisang goreng cheese ni...
Bolehlah dihidang dgn teh o ais limau...ohhhhh...indahnya rasa...dan lelemak badan mesti gembira...mak anak lima...tolong diet!...lalala

Babai

No comments:

Post a comment