Saturday 28 March 2015

Jom Buat Pizza

As salam...

Tepung roti ada lagi...mozarella cheese pun ada...hmmmm...jom uli tepung...
kita buat pizza...


Bahan utk doh...tak byk...utk topping pulak...ikut suka kita...macam saya...apa yg ada dlm peti ais...ehhh...tetiba terbayang pulak banana kaya pizza yg domino punya...
haishhhh...

Oklah...jom uli doh...

Resepi Pizza

Bahan
- 500g tepung roti
- 300 ml air suam
- 1 peket yis segera (11g)
- 1 sudu teh gula halus
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar minyak jagung

Cara

  1. Satukan yis dan air suam. Tunggu hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, satukan tepung,garam dan gula. Gaul rata.
  3. Masukkan larutan yis. Uli hingga membentuk doh. Tambah minyak dan uli lagi lebih kurang 10 minit.
  4. Kemudian, rehatkan doh hingga kembang dua kali ganda.
  5. Selepas itu, tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
  6. Bahagikan doh kepada empat bahagian.
  7. Canaikan doh ikut tebal yg diingini dan letak atas pizza pan.
Bahan untuk topping
- sosej ayam dihiris
- crab stick belah dua
- cili capsicum,bawang besar
- sos cili,sos tomato,mayonis
- parutan mozarella cheese

Cara
  1. Ambil doh pizza yg telah dileperkan.
  2. Sapu sedikit minyak jagung dipermukaan doh.
  3. Kemudian, sapukan sos tomato dan sos cili. Kuantiti tu ikut suka.
  4. Taburkan sosej, crab stick, capsicum dan bawang besar.
  5. Paipkan mayonis diatasnya.
  6. Seterusnya,taburkan mozarella cheese.
  7. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit.
Hmmm...dah siap...tapi tak sempat nak amik gambar banyak...anak- anak tak sabar nak makan....

Selamat mencuba!

Babai


No comments:

Post a Comment