Thursday 26 March 2015

Roti Kentang

As salam...

Jom buat roti...hmmmm...baru-baru ni...saya pi Bagus...ada beli tepung roti...jadi...hari ni...mood ada rajin sikit...buat roti lah...
Kalau buat roti...yg paling suka makan...si nombor tiga...anak pompuan saya tu...kurus keding je...beza betul dgn si nombor dua...yg boroi tu...selalunya...kalau si nombor tiga tak abis makan nasik...si nombor dua yg tolong perabih...kat situ...mmg saya salute si nombor dua...dia takkan membazir nasik...hahaha...

Tapi Alhamdulillah...bila saya tak keja ni...si nombor tiga dah mula nak makan nasik...sbb kalau dia takmau makan...saya suap dan paksa dia makan...sori lah nak...kena kejam sikit...baru kamu nak makan...

Mai tengok resepi roti kentang ni...kot2 nanti ada idea nak buat makan petang...
Resepi Roti Kentang

Bahan
Untuk roti
- 300g tepung roti
- 2 sudu teh yis segera
- 40 g gula castor
- 3/4 sudu besar susu tepung
- 60g kentang rebus-lenyek halus (saya guna sebiji kentang)
- 30g mentega
- 1/2 biji telur
- 135ml air
- 3/4 sudu teh garam

Cara
  1. Masukkan yis,sedikit gula dan sedikit air kedalam gelas. Tunggu hingga berbuih.
  2. Satukan tepung,susu tepung,garam, kentang, telur dan mentega. Gaul hingga semuanya sebati. 
  3. Tambahkan pula yis. Uli sehingga semuanya bercampur.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yg kenyal dan elastik.
  5. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. 
  6. Selepas doh mengembang, tumbukkan doh utk membuang angin.
  7. Bahagikan kepada 16 bahagian doh kecil. Susun dalam loyang dan tunggu doh naik sekali ganda lagi.
Sementara tunggu doh kecil mengembang, kita siapkan pula kastardnya...

Bahan
Untuk kastard
- 1 cawan susu segar
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu besar mentega
- 1 1/2 sudu makan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Satukan semua bahan. Kacau sehingga tepung kastard larut sepenuhnya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. Adunan perlu sentiasa dikacau supaya masak sekata dan tak hangit.
  3. Tutup api. Sejukkan sebentar sebelum dipaipkan ke atas doh roti.
  4. Apabila doh kecil sudah mengembang sekali ganda, paipkan kastard diatasnya. 
  5. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Setelah roti masak, keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dgn mentega.
  7. Sedia utk dihidangkan.
Hmmmm...gebu gebas roti kentang ni...sedapnya makan masa panas-panas...si nombor dua yg bukan peminat roti pun suka...ohhhh...mak depa pun suka...lalala...

Apa lagi...selamat meroti!

Babai

1 comment: