Monday 23 March 2015

Chocolate Brownies

As salam...

Sapa yang tak suka coklat?...angkat tangan...hmmmm...rasanya tak ramai yg angkat tangan kan...

Hahaha...saya suka makan coklat...boleh ralit je dok mengunyah coklat nih...

Chocolate brownies ni pun feveret saya...dulu kalau teringin...saya order je sbb bila dok tengok resepinya...macam renyah je...tapi bila dah buat sendiri....percayalah...senang betul nak membuatnya...

Jom tengok resepinya

Resepi Chocolate Brownies


Bahan A

- 250 g butter- potong kiub
- 400g coklat masakan (saya guna chocolate button)

Cara
  1. Cairkan butter dan chocolate button dengan kaedah double boiler. Ketepikan...atau...
  2. Cara paling mudah,masukkan dalam microwave selama 30 saat. Keluarkan. Jangan risau kalau coklat dan butter tak larut semua. Kacau hingga coklat dan butter larut sepenuhnya.

Bahan B
- 90g tepung gandum
- 50g serbuk koko
- 100 g almond nibs dipanggang sekejap

Cara
  1. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  2. Masukkan almond nibs. Gaul sebati. Ketepikan.
Bahan C
- 5 biji telur
- 290g gula perang
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara
  1. Pukul telur dan gula perang dgn whisk sehingga gula larut. Kemudian tambahkan esen vanilla.
  2. Masukkan bahan A ke dalam campuran telur dan gula. Kacau hingga sebati. Buat dengan cepat kerana campuran coklat akan menjadi likat dan susah untuk menggaul nanti.
  3. Kemudian, masukkan bahan B. Kaup balikkan sehingga adunan sebati.
  4. Pindahkan adunan ke dalam loyang 9x12 yg telah dialas dgn kertas minyak.
  5. Masukkan loyang berisi adunan brownies ke dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit atau sehingga masak. Untuk tahu masak atau tidak,cucuk bahagian tengah brownies dengan pisau/cake tester/skewer/lidi satay...kalau keluar licin,tak ada adunan melekat dekat lidi tu,dah masak.
  6. Sejukkan 10 minit sebelum dipotong,kalau lambat potong,brownies dah mengeras,potongan jadi tak kemas. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Hasilnya memang terbaiklah...saya mesti buat lagi lepas ni...hahaha...untuk resepi asal...saya amik kat blog Kak Yatie...tapi dlm tu ada letak coklat emulco...saya takdak...jadi tak letak pun...tapi rasanya masih lagi tip top dan yummmmehhh...

Sekejap je dah abis...anak2 pun suka...lalala...

Apa dok tunggu lagi...jom membrownies!

Babai

No comments:

Post a Comment