Sunday, 29 March 2015

Chocolate Lava Cake

As salam...

Hari ni...rasa macam nak makan kek...toinggggg...teringat kat chocolate lava cake ni...

Biasalah...bila nak baking ni...cari resepi yg simple je...hmmmm...memang senang resepi ni...cuma time bakar tu...timing kena betul...kalau tak...takdelah lava coklat yg keluar nanti...

Oklah...ini resepinya...

Resepi Chocolate Lava Cake

Bahan
- 200 g coklat masakan
- 100g butter
- 4 biji telur
- 6 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar castor sugar
- 2 sudu besar serbuk koko

Cara
  1. Cairkan butter dan coklat secara double boiler. Kemudian, tambahkan serbuk koko. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian tambahkan larutan coklat. Gaul sebati. Tambahkan tepung dan kaup balikkan hingga semuanya sebati.
  4. Masukkan adunan kek ke dalam bekas remekin yg telah di gliss kan dengan butter. (Adunan cukup utk 8 remekin)
  5. Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
  6. Kemudian bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 15 minit.
  7. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari bekas remekin. Tabur gula aising sbg hiasan.
  8. Sedia utk dihidangkan.

Gembiranya bila tgk lava coklat meleleh keluar....hihihi...menjadi...ini pun saya simpan satu...kalau tidak...tak sempatlah cake ni nak berposing amik gambar...

Tiba-tiba terasa macam nak meniaga cake pulak....chehhhhh...baru berjaya buat cake seketul kecik...dah berangan-angan pulak...***tampar muka***

Oklah....selamat mencuba...ohhhh...hati saya berbunga riang....lalala...

Babai

No comments:

Post a comment