Monday, 9 March 2015

Daging Goreng Halia

Salam...

Lunch hari ni...saya masak daging...si nombor satu memang suka makan daging ni...

Selalunya...saya goreng kunyit je...tapi hari ni...goreng dgn halia pulak lah...saya letak kicap jugak bagi kaler sikit kat lauk saya ni...untuk daging...saya beli daging yg lembut...saya tak pandai sangat pasal daging ni..bila pi beli...saya cuma mintak daging lembut je...kalau peniaga tu nak tipu...memang akan kena tipu hidup2 lah...tapi Alhamdulillah...setakat ni tak kena tipu lagi...hahaha

Apa lagi...inilah resepinya

Resepi Daging Goreng Halia

Bahan
- 300g daging lembut dihiris nipis
- 5 ulas bawang putih dihiris
- 2 inci halia dihiris memanjang
- 2 labu bawang besar dihiris
- 2 biji cili merah dipotong kasar
- 1 sudu teh lada hitam ditumbuk
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- air jika perlu

Cara


  1. Panaskan minyak,tumis bawang putih,halia,cili merah dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan pula daging. Gaul rata. Guna api sederhana.
  3. Apabila daging mulai kecut dan berubah warna, tambahkan kicap manis,kicap masin dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian,masukkan lada hitam, gula dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air jika nampak terlalu kering.
  5. Kacau lagi,apabila daging sudah empuk,barulah ditambahkan tepung jagung yg sudah dibancuh dengan air. Kacau rata.
  6. Tutup api apabila kuah menjadi likat dan berkilat.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Hmmm...sebab nak bagi lauk daging ni nampak menggoda...masa nak tutup api tu,saya tambah lagi cili merah dan bawang besar yg dihiris. Selain tu...saya campak jugak dua tiga helai daun selasih...hmmmm..petik kat laman sekangkang kera saya...hahaha...
Pokok selasih ni sepasu dgn pudina
Haaaa...si nombor satu cakap sedap...dia nak bawak bekal pi sekolah agama...baiklah nak...mak akan tapau untuk kamu!

Babai

No comments:

Post a comment