Thursday, 1 January 2015

Nona Si Cantik Manis

Salam

Dah lama saya nak buat kuih nona manis ni...tapi ada je bahan yg tak cukup kat dapur...saya nak cuba kuih ni sebab bila tengok kat blog Kak Ita ..cantik je kejadiannya...

Hari ni...apa lagi...saya check lagi barang kat dapur...hahaha...saya gelak gembira...cukup semuanya...tapi bila tengok laci kabinet dapur...."Eh...mana pulak acuan kuih lompang nih"...

Selongkar punya selongkar...ada rupanya...kat mana saya jumpak...hmmmm...dalam bakul mainan anak-anak saya...mesti kerja si nombor empat...dia suka main masak-masak...Nasib jumpak...kalau tak...simpan lagi hajat nak buat kuih ni...so next time...kalau barang hilang...cari saja dalam bakul mainan...hahahaha

So mai tengok resepinya...



Kuih Nona Si Cantik Manis

Resepi Kuih Nona Manis
Rujukan : Kak Ita

Bahan A


- 1 biji telur

- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan santan
- 1 cawan tepung gandum
  1. Pukul telur sehingga kembang
  2. Dalam bekas lain, campurkan gula, tepung gandum dan santan. Kacau rata
  3. Kemudiakan, satukan campuran tepung tu dengan telur tadi. Kacau hingga sebati. Ketepikan
Bahan B

- 1/2 cawan santan pekat

- 1/2 cawan air pandan (lima helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air,tapis)
- 1/4 cawan gula halus
- 1/4 cawan tepung jagung
- secubit garam
- sedikit pewarna hijau
  1. Satukan air pandan dan santan. Campurkan gula, tepung jagung,secubit garam dan pewarna hijau . Kacau sampai sebati dan tak berbintil-bintil
  2. Kemudian, masak atas api sederhana hingga adunan menjadi likat, berkilat dan meletup-letup
 * Campurkan adunan A dan B. Kacau sampai kedua-duanya sebati. Ketepikan

Sekarang kita nak sediakan adunan putih pulak

Bahan C


- 1 cawan santan pekat 

- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar gula ~ (saya tak letak,macam kak ita jugak)
- 1/2 sudu teh garam
  1. Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
  2. Tunggu adunan suam sikit dan barulah dimasukkan dalam piping bag atau beg plastik (bahagian hujung bag plastik)
  3. Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
  4. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
  5. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
  6. Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
  7. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
  8. Susun dalam kukusan.Kukus selama 7 ~ 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.

Hmmmmm....enaknya

Hmmmmm....dah siap pun si nona manis ni...betul macam kak ita cakap...yang bahagian hijau tu rasa macam kuih kaswi dan yg putih tu lemak masin macam bahagian atas tepung pelita...Anak nombor empat cakap "sedapnya mak!"

Apa yang ditunggu lagi...cubalah...

Babai

~aimzf~


No comments:

Post a comment