Monday, 12 January 2015

Ikan Tenggiri Masak Cuka

Salam...

Hari ni...first day sekolah..dan mak anak lima jadi supirmom...berapa kali saya dok keluar masuk rumah...sekolah agama..sekolah kebangsaan...tuition...asyik dok lambai tangan kat pak guard je...ishhhh...maklumlah tak biasa lagi...campur tak pandai nak adjust masa...bak kata pepatah...alah bisa tegal biasa...hmmmm...betul ka pepatah tu?

Lepas tu yg nombor empat tu dok buat perangai...saja nak attention lah tu...dia taktau mak dia dah tak cukup nafas dah...mungkin dia pun kena pi tadika...bagi bersosial dgn kawan-kawan sebaya...boss besar...tolong pertimbangkan ya...

Jadi ni antara lauk yang senang nak masak...

So...bagi mak-mak yg mmg dah sedia busy...cubalah resepi ni...mungkin cara org lain berbeza...tapi yang ini resepi yang mak saya ajar saya...

Senang dan Sempoi...Tagline mak anak lima untuk hari ni...hahaha...

Mai tengok resepinya...



Resepi Ikan Masak Cuka

Bahan

- 3 keping isi ikan tenggiri. Basuh bersih dan ditoskan
- 5 ulas bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 inci halia dihiris memanjang
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 biji cili capsicum merah dihiris memanjang
- 1/2 biji cili capsicum hijau dihiris memanjang
- 1/2 sudu teh halba campur (ini saya tak letak, sbb takdak stok)
- 1/2 labu bawang besar dihiris
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap manis
- minyak untuk menumis
- Air secukupnya
- garam dan gula secukupnya




Cara


  1. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan tenggiri. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan air, cuka, kicap dan sos tiram. Kacau rata. 
  4. Kemudian masukkan ikan dan cili capsicum. Perisakan dengan garam dan gula. Jika rasa kurang masam, boleh ditambahkan lagi cuka. Kat sini...deria rasa memainkan peranan yang penting... masak cuka ni mesti seimbang dari segi masam, manis dan masinnya.
  5. Masukkan bawang besar sebagai penyeri. Tunggu hingga menggelegak.
  6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
*saya letak kicap sbb nak bagi sikit kaler pada masak cuka ni...kalau takmau letak pun takpa...

Jemput makan...

Babai


No comments:

Post a comment