Friday, 2 January 2015

Lemon Curd

Salam

Dah lama saya aim nak buat lemon curd ni...bila dok google...katanya sedap dimakan dengan roti lah...boleh buat filling untuk creampuff...picit atas cupcake...dan macam-macam lagilah...

So pagi ni...awal-awal lagi saya selongkar peti sejuk...hmmmm...ada lagi lemon yg saya beli hari tu...bahan-bahan dia pun tak banyak...tak payah saya susah payah kayuh basikal pi beli...

Apa lagi...sesi keletang-keletung di dapur pun bermula...


Lemon Curd Masam Manis Menyengat!


Resepi Lemon Curd

Bahan

- 3 biji telur
- 2 sudu besar mentega
- 3/4 cawan gula
- 1/2 cawan jus lemon (saya perah dari 2 biji lemon)
- 1 sudu besar parutan kulit lemon

Cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai gula hancur.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau hingga sebati.
  3. Kemudian,tambahkan jus perahan lemon dan parutan kulit lemon. Gaul rata.
  4. Dengan menggunakan teknik double boiler,kacau campuran tadi sehingga pekat dan likat.
  5. Simpan lemon curd yang dah siap dalam bekas yang sesuai. Simpan dalam peti ais untuk lebih tahan lama.
Komen saya...sebab tak pernah rasa lemon curd ni...
  • rasa dia manis dan masam-masam gitu...

So kalau rajin...nanti saya nak buat cupcake...bolehlah cupcake bertemu jodoh dengan lemon curd ni...

Babai
~aimzf~

No comments:

Post a comment