Saturday, 31 January 2015

Nasi Lemak Sarapan Pagi

Salam...

Jom makan nasi lemak...hmmmm...hari ni boss besar nak bawak kami pi morib...lepak sana untuk satu hari....yayyyy...saya suka je sebab nanti tak payah masak dgn kemas rumah...

Check- in pukul tiga...boss besar ambik apartment tiga bilik...ok lah tu...cukup tu untuk kami tujuh beranak...

Sementara dok mengemas rumah...saya buatlah nasi lemak...kalau lebih...boleh bawak bekal...

Nasi lemak ni simple...sambal pun tak pedas...anak kan kecik lagi...satgi buat yang pedas...tak laku pulak nasik lemak mak depa...hahaha...


Ini resepinya...

Resepi Nasi Lemak Mak Anak Lima

Bahan

Untuk Nasi

- 3 cawan beras
- 2 cawan santan 
- 3 cawan air
- sedikit halia diketuk
- 2 helai daun pandan disimpul
- sedikit garam
- 1 inci gula batu (tak letak pun takpa)

Cara
  1. Basuh beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk nasi.
  2. Tambahkan santan dan air (kuantiti air bergantung kepada jenis beras yang kita guna ya...jadi kena pandai adjust air nya)
  3. Kemudian, masukkan halia, daun pandan, gula batu dan sedikit garam. Kacau rata.
  4. Masak seperti nasi biasa.
Sambil tunggu nasik masak, kita buat sambal.

Untuk Sambal Ikan Bilis
- 1 cawan ikan bilis
- 1 labu bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- sedikit belacan*
- 1/2 labu bawang besar dihiris (untuk ditumis)
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan gula
- sedikit air asam jawa ( satu sudu besar asam jawa dibancuh dengan sedikit air)
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng

*** saya letak gula sebab nak bagi sambal tu berkilat, lagipun anak-anak saya suka sambal yang manis-manis pedas...so kuantiti gula terpulang pada citarasa masing-masing ya!

Cara
  1. Kisarkan semua bahan yang bertanda * hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak menggoreng tadi, gorengkan bawang besar yang telah dihiris tadi hingga layu. Kemudian masukkan gula. Goreng hingga gula bertukar keperangan sebelum dimasukkan cili kisar dan bahan yang telah dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan air asam jawa dan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau sebati
  5. Kalau nampak kuah macam sikit, tambahkan sedikit air. Perisakan denga garam jika perlu.
  6. Masak hingga ikan bilis mesra dengan sambalnya.
  7. Tutup api, sedia untuk dihidangkan.
Bahan sampingan
- telur rebus
- ikan bilis goreng
- timun

Dalam peti ais ada daun pisang, saya bungkus nasi lemak ni dalam daun pisang...ingatkan sempat la nak ambil gambar bubuh kat blog...tapi anak-anak saya dah tak sabaq nak makan...si nombor dua  sorang ja makan dua bungkus...lepas tu...mak depa malas la nak bungkus lagi...

Habis nasik lemak ni...tak sempat nak buat bekal pi Morib pun...hahahaha...

Cuba lah!

Babai




No comments:

Post a comment