Tuesday, 20 January 2015

Tepung Pelita

Salam..

Kuih tepung pelita antara kuih kegemaran anak-anak saya...cuma si nombor tiga...dia cuma makan lapisan atasnya saja...

Hari ni saya nak juga cuba buat bekas daun pisang ni...tapi tak berjaya...asyik koyak je daun pisang tu padahal saya dah layurkan daun pisang tu bagi lembut...mula-mula...saya gigih jugak guna lidi pencungkil gigi untuk sematkan dekat daun pisang tu...koyak jugak...hmmmmm...last sekali...makcik fed up lah...guna stapler saja...dalam banyak-banyak daun pisang tu...saya cuma berjaya buat satu je yang elok...si nombor empat dengan si nombor lima pun join sekali buat acuan daun pisang ni...si nombor lima tak buat acuan ...dia tukang kunyah daun pisang...si nombor empat pulak tukang koyakkan daun pisang tu..takpalah...anak-anak...janji bahagia kan...

Satu adunan dapat banyak jugak...sebab saya cuma dapat satu acuan daun pisang je... yang lain-lain tu saya, masukkan dalam bekas dadih yang kecik tu...tak sempat nak snap gambaq pun...bila siap tu...menderu-deru anak saya makan...dan depa kata sedap...si nombor empat mintak yang daun pisang ni..saya kata tak boleh lagi...yang ni mak nak ambil gambaq dulu...masuk dlm blog...hahahaha..mak depa gilakan... 



Satu-satunya bekas daun pisang  yang berjaya saya buat
Sejujurnya...ehhh macam lagu pulak...kuih ni memang sedap, rasa lemak lapisan atas...ditambah dengan kemanisan air gula...perghhh...tak sedar makan satu bekas ke bekas yang lain...habis...tak sempat nak simpan kat boss besar pun...

Darling...you tengok gambar ajelah...hahaha...

Hmmmmm...jom tengok resepinya.

Resepi Kuih Pelita

Bahan

Untuk letak di dasar acuan

- Gula  secukupnya

Cara

  1. Ambil satu sudu teh gula dan diletakkan di dasar acuan. Ketepikan.

Seterusnya, kita buat lapisan bawahnya.

Untuk Lapisan Bawah (Hijau)

- 1 cawan tepung beras
- 3/4 cawan gula
- 5 cawan air
- sedikit air kapur ( saya tak letak pun)
- sedikit pewarna hijau ( jika perlu)
- 5 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air dan ambil airnya.

Cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Gaul hingga gula dan tepung sebati dan larut.
  2. Masak atas api perlahan sehingga adunan menjadi berkilat. 
  3. Tutup api dan ambil satu sudu besar adunan dan dimasukkan ke dalam acuan yang telah diisi dengan gula tadi. Kuantiti adunan ni bergantung kepada saiz acuan yang kita guna. Ketepikan

Sekarang, lapisan atasnya pulak...

Untuk Lapisan Atas (Putih)

- 2 cawan santan
- 2 cawan air
- 4 sudu besar tepung beras
- sedikit garam untuk bagi rasa lemak pada santan

Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk, gaul rata.
  2. Masak atas api sederhana sehingga adunan menjadi masak dan likat.
  3. Tutup api, ambil satu sudu besar adunan dan dimasukkan ke dalam acuan yang telah diisi dengan lapisan hijau tadi. Buatlah sehingga habis.
  4. Sejukkan sebentar.
  5. Sedia untuk dimakan.

Hmmmmm...macam mana...mudahkan?

Jangan lupa untuk mencuba...

Babai



No comments:

Post a comment