Wednesday, 21 January 2015

Sup Daging Style Mak Anak Lima

Salam...

Hari ni...si nombor empat dengan si nombor lima tak buat perangai...tenang rasanya...hahaha...

Tapi mak depa pulak rasa malas nak masak...jadinya..buat sup daging ajelah...bila check dapur pulak...rempah sup takdak..la nak buat macam mana pulak ni...

Ok..ok..kita call mak kat kampung...tanya mak nak buat lagu mana kalau rempah sup takdak..mak saya kata " hang kena tumbuk la rempah ratus tu"...nampaknya saya kena buat dari mula la...hahahaha...mak anak lima baru berangan-angan nak bermalas-malasan..tapi angan-anganku musnah..gara-gara rempah sup takdak...

Apa pun..sup ni sedap..mengikut kata nak-anak saya...depa mana pernah komplen tak sedap..nanti mak depa jadi tarzan pulak...





Ini resepinya...sediakan otot tangan masing-masing..sebab kita nak menumbuk rempah ratus ni..

Resepi Sup Daging

Bahan

- 300 g daging dihiris
- 1 sudu teh biji ketumbar*
- 1 sudu teh jintan manis*
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1 sudu teh lada hitam*
- 2 biji buah pelaga*
- 2 kuntum bunga lawang*
- 2 kuntum bunga cengkih*
- 2 cm kulit kayu manis*
- 5 ulas bawang merah**
- 3 ulas bawang putih **
- 1 inci halia **
- 2 biji kentang dipotong empat
- 1 batang carrot dipotong ikut suka
- 1 tangkai batang celery dipotong kasar
- Air secukupnya
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis

Bahan tumis

- 3 ulas bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
-1/2 inci halia dihiris
- sedikit rempah empat sekawan ( kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)

Bahan tabur

- Bawang goreng
- sedikit daun bawang dan daun sup dihiris

Cara.

  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan
  2. Kisar bahan bertanda ** hingga lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan daging. Masak hingga daging kecut.
  4. Masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk. Tambahkan air.
  5. Apabila daging mula empuk, masukkan kentang dan carrot. Perisakan dengan garam. Tambahkan celery.
  6. Tutup api apabila daging dan kentang empuk sepenuhnya. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.
  8. Taburkan bawang goreng , daun bawang dan daun sup sebelum menghidang.  
 ***kalau nak pedas, tambahkan 2-3 cili padi yang telah diketuk ke dalam sup



Macam mana? 

Berketul-ketul tak otot tangan tu..maklumlah dok menumbuk rempah nak buat sup...

Nah saya belanja... gambar penolong saya kat dapur...si nombor lima...



Babai

No comments:

Post a comment