Wednesday, 31 December 2014

Ayam Masak Merah

Salam

Masa kecik -kecik dulu...kat kampung saya...kalau ada kenduri kawin...ayam masak merah dengan kacang peas ni antara menunya...seingat saya...ayam tu dipotong empat dan bila dihidangkan...satu ketul ayam tu akan dikongsi empat orang...masa tu...kalau pi dengan jiran...terasa malu nak ambil dan cubit ayam tu...hahaha...tapi bila balik kenduri...menyesal..

Sekarang...menu kenduri kawin...jarang jumpak ayam masak merah ni...selalunya ayam goreng berempah je...dan hidangan pun dah jadi buffet,lebih senang...jarang lagi berhidang mcm dulu...nostalgia kan?

Hari ni...saya nak mengimbau kenangan makan kenduri masa saya kecik-kecik dulu...resepi ni mak saya bagi...takdak sukatan...mak saya cuma habaq (baca:cakap) bahan-bahan dia saja...mungkin orang lain...cara masak dia berbeza...tapi apa salahnya mencuba kan?




Ayam Masak Merah Kenangan Dulu



Resepi Ayam Masak merah dengan Kacang Peas

Bahan

- 1/2 ekor ayam dipotong kecil(mudah utk anak saya makan)
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 10 biji cili kering (rebus untuk lembutkannya) 
- 2 batang serai
- 2 sudu besar tomato puree
- 1 cawan santan
- 1 tin kecil kacang peas
- sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
- sedikit carrot dihiris halus memanjang
- minyak masak
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk kunyit

Cara
  1. Basuh ayam sehingga bersih dan dilumurkan dengan garam dan  serbuk kunyit.
  2. Blendkan bawang putih,bawang merah, halia, lengkuas,serai dan cili kering hingga halus
  3. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Kemudian, tumiskan rempah ratus dan bahan yang dikisar tadi hingga naik bau dan pecah minyak. * Kalau rasa minyak menggoreng tu terlalu banyak, kurangkan lah...agak-agak minyak tu cukup untuk menumis*
  5. Masukkan santan dan tomato puree. Kacau sebati.
  6. Seterusnya masukkan ayam dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan kacang peas dan carrot.
  7. Masak hingga mendidih dan ayam masak sempurna. Kalau nak lebih kuah, tambah sedikit air.
  8. Tutup api...walllaaaa...sedia untuk dihidangkan.
Jemput makan!

Babai

~aimzf~

No comments:

Post a comment