Friday 30 January 2015

Puding Karamel

Salam..

Hari ni buat puding...anak tekak terasa macam nak makan puding karamel...


 

Hmmm...apa lagi...jom selongkar dapur...tengok apa yang ada...okay...semua ada...jom...

Sekarang si nombor empat tengah tidoq...si nombor lima tengah susun kereta mainan kecik atas badan abang dia...bila pulak si kecik ni nak tidoq...kalau dua-dua tidoq...mak pun boleh join jugak...

Tadi lepas hantar abang...kakak pi sekolah...saya bawak depa masuk bilik...kot-kot nak tidoq...tapi tak jugak...saya turun bawah sat ja...masuk baju dalam mesin...naik atas...si nombor lima tengah main bedak...ni gambaq dia kena tangkap hidup-hidup...siap ternganga mulut lagi...


Hahaha...mak ambil gambar kamu letak kat blog.

Sekarang apa lagi...jom layan resepi ni...rasanya sedap...rasa licin je...meluncur di dalam mulut...cuma saya masih lagi taktau macam mana nak dapat tesktur yg tak berlubang-lubang macam permukaan bulan ni...tapi tak salah mencuba resepi ni...gerenti tak menyesal...si nombor tiga dengan si nombor empat pun  makan bertambah-tambah...si nombor lima...takde masalah..dia nganga mulut je...pasrah...

Cepat...salin resepi ni...hahahaha...

Resepi Puding Telur Karamel
Sumber : Mama Iman



Bahan

Untuk Karamel

- 60 g gula
-1 sudu besar air (saya tak letak)

Cara 

  1. Masukkan gula ke dalam loyang  6". Masak dengan api perlahan sehingga gula mencair dan bertukar keperangan. Semasa memasak, goyangkan loyang dengan penyepit makanan (tongs). Jangan sesekali pegang gula yang mencair tu...nanti menyesal....
  2. Setelah gula cair dan perang, tutup api dan biarkan sejuk.
Sekarang kita nak buat lapisan pudingnya

Untuk Puding

- 500 ml susu segar (saya guna 250 ml susu segar + 250 susu cair)
- 70 g gula
- 4 biji telur
- sedikit esen vanilla
- secubit garam.

Cara
  1. Panaskan periuk pengukus.
  2. Sementara menunggu air kukusan panas, campurkan telur dan gula di dalam bekas yang sesuai. Kacau rata.
  3. Masukkan susu, esen vanilla dan garam. Gaul hingga gula larut.
  4. Kemudian tapiskan campuran tersebut ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi.
  5. Kukus selama 45 minit atau hingga masak.
  6. Setelah siap, sejukkan sekejap.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Puding ni sedap dimakan lepas kita keluarkan dari peti ais...sekejap je dah abis...
Apa lagi...jom buat puding...

Babai


No comments:

Post a Comment