Friday, 23 January 2015

Peria Goreng Telur

Salam...

Sayur peria antara sayur yg saya suka makan...dan ini antara menu yg saya selalu buat...saya letak cili api...jadi nanti tak terasa pahit peria tu...rasa pedas je...hahaha...

Macam mana nak hilangkan pahit peria? Saya tak tau la samada petua ni menjadi ke tak...sbb bila saya buat...macam takdak beza pun...

Lepas dah hiris peria tu...gaulkan dgn garam...biarkan sekejap...dan kemudian dibilas...barulah kita masak peria tu...itulah petua yg saya guna untuk hilangkan pahit peria...kadang-kadang jadi...kadang-kadang tak...ikut jenis peria kot...





Inilah resepinya...

Resepi Peria Goreng Telur

Bahan

- 1 mangkuk peria
- 3 ulas bawang putih*
- 3 biji cili padi*
- 1 sudu besar udang kering*
- 1 biji telur
- 1 sudu teh sos tiram
- 1/2 biji bawang besar dihiris
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit untuk bagi kaler

Cara


  1. Tumbuk kasar bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Goreng hingga garing.
  4. Kemudiaan, masukkan peria,serbuk kunyit dan sos tiram, gaul sebati.
  5. Pecahkan telur ditengah kuali, biarkan sekejap dan kemudian baru digaulkan dgn peria.
  6. Perisakan dgn garam jika perlu.
  7. Tutup api bila peria lembut dan masak sempurna.
Cuba lah!

Babai

No comments:

Post a comment