Tuesday 13 January 2015

Ayam Kicap Berkentang

Salam...

Phewww...hari kedua sbg supirmom cum surirumah...mencabar betul...saya tabik spring pada mak-mak kat luar sana yg boleh cope dgn semua kerja rumah ni...

Saya masih lagi tunggang langgang...cuma saya kena pastikan sebelum Boss Besar balik keja...rumah mesti kemas...nanti Boss Besar tak bayar gaji saya...hahaha

Masak pun yang simple je...tak sempat nak masak ala-ala gegarvaganza...

Menu mlm ni...ayam kicap...Jom tgk resepi ayam kicap ni...lauk ni memang kena la dengan selera anak-anak saya.




Resepi Ayam Kicap Berkentang

Bahan

- 1/2 ekor ayam dipotong kecil. Basuh bersih. Toskan
- 2 biji kentang dipotong wedges 
-1/2 labu bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 biji cili merah*
- 1 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar kicap manis
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit air asam jawa (anggaran 1 sudu teh asam jawa dibancuh dengan 4 sudu besar air)
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Bahan Penyeri Masakan

- 1/2 biji bawang besar dihiris
- 1 biji cili merah dihiris kasar



Cara

  1. Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam. Perap sekejap. Goreng separuh masak. Ketepikan
  2. Goreng kentang. Ketepikan.
  3. Kisar bahan bertanda *
  4. Dalam kuali mengoreng ayam tadi, kurangkan minyak menggoreng, tinggalkan cukup untuk menumis sahaja. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
  5. Masukkan sos tiram, kicap dan ayam. Gaul sebati. 
  6. Tambahkan air asam jawa, serbuk lada hitam, dan sedikit gula (nak bagi nampak berkilat).
  7. Perisakan dengan garam jika perlu. (sbb tadi kita dah letak garam pada ayam, dan rasa masin dari sos tiram dan kicap)
  8. Masukkan kentang yang telah digoreng. Gaul sebati. Masak hingga kentang empuk dan ayam masak sempurna.
  9. Akhir sekali, masukkan bawang dan cili yang telah dihiris kasar tadi. Kacau sebentar. 
  10. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
*** kuantiti kicap ni bergantung pada tukang masak, kalau nak nampak lagi hitam manis, tambahkan lagi kicap, tapi kena adjust rasa masinnya tau!


Nasik ni untuk suap anak makan.
Apa lagi... cubalah...

Dalam sibuk nak adjust diri sbg surirumah ni...saya seronok jugak sbb saya dapat tgk anak2 saya pi sekolah, suap depa makan, bagi depa mandi...dan depa boleh bawak bekal pi sekolah...

Sebabnya, sebelum ni...6.30 am..saya dah keluar rumah pi keja...kadang-kadang bila balik keja..tengok anak saya tak sempat makan breakfast yang saya masak pagi tu sebab dah lewat...depa takut tertinggal van sekolah...Boss Besar pun saya nak bagi lima bintang...sebab dia yang uruskan lima org anak ni pagi-pagi...sebelum saya amik keputusan cuti tanpa gaji...

Ehhh...mak lima anak takdak maid ka?

Hmmmm...bukan rezeki saya nak dapat maid yg okay...pengalaman ada maid...nanti saya cerita...boleh nangis, tergelak, geram... kalau dengar pengalaman saya dengan maid ni...hahaha

Babai

No comments:

Post a Comment