Monday 19 January 2015

Kuey Teow Th'ng

Salam...

Masak apa hari ni? Semalam boss besar bagitau yg kawan-kawan dia nak mai rumah...lepas maghrib...depa ada discussion...hmmmm...discuss bisnes juta-juta ka? Hahaha...

Saya tanya dia...nak makan apa...so boss besar request kuey teow th'ng ni...
Ohhhh...saya suka sebab senang nak masak...bahan pun tak banyak...tapi saya bagi syarat kat boss besar..tolong jaga si nombor lima...barulah saya boleh masak dengan tenang...hmmmmm

Resepi ni mudah je...cuma rebus je...rasanya pun tak heavy sangat...sesuai kalau nak diet...

Kuey Teow Th'ng ni sedap di makan dengan chilli paste dan jugak garlic oil, sebab kalau makan dengan supnya sahaja, rasa dia ringan je..hahahaha...boleh bayangkan tak? .




Hmmmm...jom tengok resepinya...mana tau kot dapat idea nak masak hari ni...

Resepi Kuey Teow Th'ng

Bahan

- 3 paket kuey teow dicelur sekejap. 

Untuk Sup

- setengah ekor ayam dipotong kecil
- 1 inci halia diketuk
- 1 sudu besar gula batu
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 biji sengkuang, kupas kulit dan dipotong empat
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya

Cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk, tambahkan air ikut citarasa kita. Kalau nak kuah banyak, lebihkan air.
  2. Rebus sehingga mendidih.
  3. Tambahkan garam secukup rasa.
  4. Tutup api apabila ayam dan sengkuang empuk.
*** sengkuang tak dihidangkan sekali,kegunaannya untuk memaniskan kuah sup je...tapi kalau nak makan jugak pun takpe...

Untuk Chilli Paste

- 1 paket serbuk cili Faiza
- 2 sudu besar air
- 2 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Panaskan minyak, masukkan serbuk cili. Kacau dengan cepat sambil ditambahkan air. Kalau lambat tambah air, nanti serbuk cili tu hangit. 
  2. Tapi kalau nak mudah, bancuh serbuk cili dengan air, baru dimasukkan ke dalam minyak panas.
  3. Masak hingga pecah minyak. Siap

Untuk Garlic Oil

- 1 labu bawang putih
- 2 sudu besar minyak masak

Cara
  1. Cincang bawang putih.
  2. Panaskan minyak.
  3. Goreng bawang putih hingga hampir garing.
  4. Pindahkan ke dalam bekas yang sesuai. Minyak yang panas tu akan terus masakkan garlic tu, itu sebab jgn biarkan garlic tu lama di atas api, nanti hangit pulak.

Untuk Hiasan

- sedikit fishball dan fishcake - rebus dan dihiris
- sedikit daun bawang - dihiris halus
- bawang goreng


Cara menghidang


Masukkan sedikit kuey teow ke dalam mangkuk

Letakkan sedikit chilli paste dan garlic oil


Letakkan hirisan fishball dan fishcake
Kemudian, tuangkan supnya

Tabur daun bawang dan bawang goreng
Ehhh....dah siap...

Hmmmm...mudahkan...sedap dan mengenyangkan...


Jemput makan


Macam mana? Dah ada idea nak masak hari ni...

Alamak...si nombor lima dah menjerit...awat pulak tu? mesti gaduh dengan si nombor empat...hmmmmm...


Babai


No comments:

Post a Comment