Monday, 26 January 2015

Kuih Cara Berlauk Kaler Oren

Salam...

Tadi saya mengemas peti ais...jumpak satu peket daging cincang...ohhh...saya beli hari tu...plan nak buat spaghetti...tapi taktau kenapa tak jadi masak spaghetti ni...

Alang-alang dah ada daging cincang ni...kita buat kuih cara berlauk lah...dah lama tak makan...

Masa dok buat adunan tu...saya ada tersilap sikit...maklumlah dok bersilat dengan si nombor empat dgn si nombor lima...patutnya letak pewarna kuning...tapi saya ambil pewarna oren..jadi lah kuih saya kaler oren...takpa lah kaler oren pun orenlah...janji sedap...hahaha...


Kuih Cara kaler oren. Ada berani ka?

Apa lagi...mai tengok resepinya...

Resepi Cara Berlauk

Bahan

Untuk Adunan Cara

- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- 1 biji telur
- 1 sudu teh minyak sapi
- sedikit pewarna kuning

Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga sebati.
Untuk Intinya

** sebaik-baiknya, siapkan intinya  dahulu

- 200 g daging kisar
- 1 1/2 sudu besar rempah kurma dicampur sedikit air menjadi pes
- 1/2 sudu besar serbuk cili
- 1 biji kentang dipotong dadu kecil
- 1 biji bawang besar dipotong dadu kecil
- sedikit daun bawang dan daun sup dihiris halus
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

 Bahan tumis
- 3 ulas bawang merah dihiris
- 1 ulas bawang putih dihiris
- sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang

Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan pes rempah kurma dan serbuk cili. Goreng hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging kisar. Masak hingga daging kecut. Letakkan kentang dan bawang. Perisakan dengan gula dan garam. Tambahkan sedikit air.
  4. Masak hingga daging dan kentang empuk. 
  5. Tutup api. Sedia untuk digunakan.
Cara meyediakan kuih cara berlauk.

  1. Panaskan acuan kuih cara.
  2. Oleskan sedikit minyak pada ruang acuan.
  3. Tuangkan adunan batter (adunan tepung) sehingga 3/4 penuh.
  4. Ambil sedikit inti dan diletakkan ditengah-tengah batter tadi.
  5. Taburkan sedikit bawang goreng, daun bawang dan cili merah.
  6. Kuih cara masak apabila bahagian bawahnya garing dan warna permukaan atasnya berubah menjadi pucat dan tidak tidak melekat lagi.
  7. Buatlah sehingga adunan habis.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Hmmmm...macam mana...jom buat kuih cara berlauk untuk minum petang. Selamat mencuba.

Kalau nak tengok resepi Kuih Cara Manis, boleh lihat DI SINI

Babai




No comments:

Post a comment