Friday, 23 January 2015

Roti John Si Nombor Satu

Salam...

Baca tajuk macam gempak je....hahaha...sebenarnya roti ni saya buat untuk si nombor satu bawak bekal ke sekolah agama...saya siapkan roti ni tak sampai 20 minit pun...resepi ni cepat dan senang...

Kebetulan...ada berbaki lagi tiga roti hotdog ni...expired nya lagi dua hari...saya pikir...kalau tak buat apa-apa...takut terlupa dan membazir je...saya perasan...bila tak kerja ni...saya kurang membazir sbbnya saya dok masak dan guna bahan-bahan yg dok ada...masa keja dulu...kadang-kadang tak sempat nak masak...tengok-tengok bahan dah expired...hmmmmm...

Resepi ni...guna apa yg ada kat dapur...tapi rasanya sedap...mestilah... kan saya masak dgn penuh kasih sayang...hahaha...




Ini resepinya...untuk tiga ketul roti hotdog...





Resepi Roti John

Bahan

- 3 keping nugget ikan dicincang
- carrot
- kobis
- bawang besar
- daun bawang dan daun sup
- 2 biji telur
- 1 sudu teh rempah kari
- 3 biji roti hotdog
- sedikit marjerin
- garam dan gula secukupnya

Cara
  1. Roti dibelah dua dan disapu sedikit dengan marjerin. Bakar sekejap.Ketepikan.
  2. Carrot, kobis,bawang besar, daun sup dan daun bawang dihiris halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau dan biarkan rempah masak.
  4. Tambahkan nugget ikan. Kacau rata
  5. Masukkan sayur-sayuran. Kacau sekejap.
  6. Perisakan dengan garam dan gula.
  7. Tutup api.
  8. Dalam mangkuk yg lain, pukul telur dan kemudian masukkan sayur yg telah kita masak tadi. Gaul sebati
  9. Panaskan kuali/pemanggang ajaib, oleskan sedikit marjerin
  10. Ambil satu senduk campuran telur tadi dan di ratakan di dalam pemanggang ajaib. Apabila telur hampir masak, letakkan roti diatasnya. Tunggu hingga telur masak sempurna.
  11. Angkat dan sejukkan.
  12. Sebelum menghidang, letaklah mayonis dan juga sos cili.
Seronok di nombor satu bila saya bagitau saya buat roti john untuk dia...

Mak sayang semua anak mak...macam mana kalut pun..mak mesti masak kat hangpa...lalala

Babai

No comments:

Post a comment