Wednesday, 28 January 2015

Kueyteow Kungfu

Salam..

Selalunya saya bersilat kat dapur...hari ni saya nak berkungfu pulak...weiii...buang tabiat ka?

Hmmmm...sebenarnya nak perabih stok kueyteow ni...nak masak simple je...so terlintas kat kepala...toingggg...kueyteow kungfu...rasa mcm betul dah resepi ni...saya agak-agak je...mcm terrer...guna deria rasa yg ada masa makan kat kedai hari tu...hahaha...

Tapi stok haiwan...dah takdak...tinggal udang dengan seciput sotong je...hmmmm...kita guna udang lah sbg pelakon utama... suamiku encik sotong pelakon extra...

Macam mana rasanya...ohhhh...sedap lah...bukan saya kata...boss besar yg cakap...i lap u lah bang...hahaha...tastebuds boss besar tinggi gak...kalau dia puji tu...sedaplah tu....baca sambil kelip-kelip mata ya.. hahaha...

Lupa pulak nak buang urat belakang udang ni!
Okay...ini resepinya

Resepi Kueyteow Kungfu

Bahan

Untuk kueyteow

- 1 peket kueyteow
- 2 biji telur
- 1 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit minyak

Cara
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit
  2. Tambahkan lada sulah,garam dan kueyteow. Gaul sebati
  3. Panaskan sedikit minyak. Ambil sejemput kueyteow, goreng sebentar hingga kueyteow dan telur masak.
  4. Buatlah sehingga habis. Ketepikan.
Macam ni lah kueyteow yang kita goreng sekejap dengan telur.

Untuk kuahnya

- 3 ulas bawang putih diketuk
- 10 ekor udang sederhana besar dibersihkan
- 2 ekor sotong dihiris
- 1/2 kiub pati ayam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 biji cili padi diketuk
- Hirisan carrot, putik jagung, cauliflower dan sawi secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
- Air secukupnya ( lebih kurang 5 cawan air)

Cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau sekejap. Tambahkan air (kuantiti air sepadan dgn sepeket kueyteow).
  2. Apabila mula mendidih,  masukkan lada sulah dan lada hitam. Kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan udang, sotong dan carrot.
  4. Bila carrot mula lembut, masukkan cili padi,putik jagung dan cauliflower. Perisakan dengan garam dan gula. 
  5. Seterusnya, tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga menjadi pekat. Sebelum tutup api, masukkan pula sawi  dan kacau sebentar.
  6. Setelah puas hati dengan rasa kuah ni, tutuplah api.
  7. Cara menghidangnya, ambil sedikit kueyteow yang telah kita goreng dengan telur tadi, letaklah ke dalam mangkuk dan curahkan kuah ke atasnya. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Jom makan!

Hmmm...macam mana...cubalah!

Babai


No comments:

Post a comment