Saturday, 24 January 2015

Daging Hitam Manis

Salam...





Masak daging lagi ka? Iya lah...nak perabih stok bahan mentah ni...esok nak pi pasar...nak beli stok minggu depan pulak...

Hmmmm...sup dah buat...hari tu dah goreng daging...nak masak apa pulak hari ni...

Kerisik yang buat hari tu ada lagi...kita masak daging hitam manis lah...resepi ni ringkas je...tak guna santan..bahan utamanya kerisik dgn kicap manis...dan tak guna bawang pun...boleh buat berkuah ataupun masak hingga kering...sesuai dimakan dgn nasi, pulut kuning (resepi pulut kuning DI SINI) ataupun cicah roti...




Ini resepinya

Resepi Daging Hitam Manis

Bahan

- 500 g daging dihiris
- 10 tangkai cili kering
- 1 sudu teh ketumbar*
- 1 sudu teh jintan manis*
- 1 sudu teh jintan putih*
- 1 sudu besar gula merah
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar air asam jawa
- 3 sudu besar kerisik
- sedikit minyak untuk menumis
- rempah empat sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga)

Cara
  1. Rebus daging hingga empuk. Ketepikan.
  2. Goreng cili kering hingga wangi. Toskan dan ditumbuk lumat. Ketepikan
  3. Sangai semua bahan bertanda *. Kemudian kisar halus. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan hingga naik bau.
  5. Masukkan bahan kisar dan cili kering. Tambahkan air rebusan daging. Kacau sebentar.
  6. Tambahkan kerisik,kicap manis,air asam jawa dan gula merah. Gaul sebati.
  7. Masukkan pula daging. Kacau rata
  8. Perisakan dgn garam jika perlu.
  9. Masak sehinggga daging empuk sepenuhnya.
  10. Tutup api.
  11. Sedia untuk dihidangkan.

Jemput makan.

Babai

No comments:

Post a comment