Monday 19 January 2015

Ayam Goreng Rempah Ketumbar

Salam...

Anak- anak saya suka makan ayam goreng...ehhhh...mak anak lima nak letak resepi ayam goreng ka? Semua org tau goreng ayam lah...tepuk dahi...

Tapi kali ni...saya takmau goreng ayam style yg sama...yg cuma perap dgn garam dan serbuk kunyit...saya nak buat ada rasa rempah sikit...



Jadi lah ayam goreng rempah ketumbar...sbb saya perap dgn ketumbar...



Apa kata kita tengok resepi yg senang ni...

Resepi Ayam Goreng Rempah Ketumbar

Bahan

- setengah ekor ayam
-  5 ulas  bawang putih*
-  1 sudu besar biji ketumbar*
-  1 sudu besar jintan putih*
-  1 sudu besar jintan manis*
- garam dan serbuk kunyit secukupnya
- minyak utk menggoreng

Cara




  1. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *
  2. Ayam dibasuh bersih dan dikelar-kelar.
  3. Dalam bekas yg besar, masukkan bahan tumbuk tadi,garam dan kunyit. Gaul rata.
  4. Masukkan ayam. Lumur semua bahagian ayam dgn bahan tumbuk tadi.
  5. Perap satu jam.
  6. Selepas diperap, bolehlah digoreng hingga garing. Api sederhana, kalau api kuat,nanti tak masak pulak bahagian dalam ayam.
  7. Sedia untuk di makan.
Senangkan?

Iya lah...mak anak lima selalu dok kejar masa...masak kena yang paling simple...janji sedap...anak suka...hahaha

Babai

No comments:

Post a Comment