Monday 5 January 2015

Homemade Fishball Soup

Salam

Dalam peti ais...ada dua keping isi ikan tenggiri...hmmmm...nak buat apa ya?

Mak saya pernah buat fishball guna isi ikan haruan...makanan org dalam pantang...hmmm...apa kata saya buat fishball ikan tenggiri...bisik hati kecil saya...hahaha

So...apa lagi...call mak kat kampung lah...gosip sikit-sikit...sambil tanya resepi...mcm biasa...resepi ini campak-campak sahaja...takdak sukatan...tapi saya letak jugak sbg anggaran...

Jom...kita layan resepi ni...




Homemade Fishball Soup
Resepi Homemade Fishball Soup

Bahan fishball

- 2 keping isi ikan tenggiri
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 2 sudu kecil tepung jagung (tak letak pun takpa)
- garam secukup rasa

Cara
  1. Basuh ikan sehingga bersih. Asingkan isi dengan tulang. Buang kulitnya juga.
  2. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
  3. Tambahkan lada sulah,garam, tepung jagung, gaul sebati.
  4. Ketepikan. 
Sekarang kita akan buat sup nya pulak.

Bahan Sup

- 5 ulas bawang merah 
- 3 ulas bawang putih 
- sedikit halia
- 1 batang carrot dihiris memanjang
- 3 pokok sawi pakchoy
- 1 mangkuk kecil cauliflower
- 1 biji cili merah dihiris
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
-  garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- air secukupnya

Cara 
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat. Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Tambahkan air secukupnya. Tunggu hingga air mendidih.
  4. Kemudian, ambil isi ikan tadi, buatlah bebola dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Kalau isi ikan melekat kat tangan, celupkan tangan dalam  bekas berisi air. Jangan celup tangan dalam air mendidih pulak. Itu dah jadi cerita lain.
  5. Buat sehingga isi ikan habis.
  6. Apabila fishball tu dah nampak putih dan kenyal, masukkan carrot, cauliflower. Masak hingga carrot dan cauliflower tu lembut.
  7. Seterusnya tambahkan sos tiram, lada hitam dan garam secukup rasa.
  8. Last sekali, barulah dimasukkan sayur pakchoy. Kacau sekejap. Tutup api dan sedia untuk dimakan.


Jemput Makan...

Hmmmmm...berselera anak-anak saya makan...

Ini satu resepi yang sesuai kalau anak kita tak suka makan ikan...Cubalah!!!

Babai
~aimzf~

No comments:

Post a Comment