Thursday 15 January 2015

Asam Pedas Ikan Pari

Salam...

Hari ni saya masak sempoi aje...masak asam pedas ikan pari...mula-mula saya plan nak bakar cicah air asam je...tapi nanti anak-anak tak nak makan pulak...

Baiklah anak-anak...ikut selera hangpa lah...mak buat asam pedas...

Kalau ikut selera kami anak beranak...sedaplah...maklumlah setiap orang kan cara masak dia berbeza kan?..




Jom tengok resepinya.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan

- 1 keping ikan pari (lbh kurang 150g)
- 5 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 10 biji cili kering direbus*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1/2 inci halia*
- 1/2 inci belacan*
- 2 batang serai diketuk
- 1 mangkuk air asam jawa
- 2 biji terung dibelah dua
- 1 biji tomato belah empat
- 1 genggam daun kesum
- sedikit serbuk kunyit
- garam secukup rasa.
- minyak untuk menumis
- sedikit air

Cara
  1. Ikan pari dipotong kecil, basuh bersih. Toskan dan dilumur dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan
  2. Kisar halus semua bahan bertanda *
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan serai yang telah diketuk tadi. Masak hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan dan dikacau.
  5. Tambahkan daun kesum, terung dan tomato
  6. Rasa dahulu sebelum perisakan dengan garam. (sbb dah letak garam kunyit dkt ikan tadi)
  7. Tambah air jika perlu.(Saya lebihkan kuah sbb anak2 saya suka kuah lebih)
  8. Tutup api bila terung dan ikan telah masak sempurna.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Kalau ada bunga kantan, juga blh diletakkan. Ada pelbagai versi asam pedas ni...saya pernah jumpa resepi yg letak daun limau purut, buah keras,jintan dan macam-macam lagi lah...

Kalau mak saya...dia masak asam pedas lagi simple...cuma blend kan cili kering,belacan, kunyit hidup,bawang merah dan putih, rebus semua dalam periuk,letak ikan, asam keping, daun kesum,garam, mendidih...tutup api...ada org panggil tu asam rebus...tapi kami kat utara...asam pedas jugak...

Masak simple mcm tu ponnn sodappp! Air tangan mak kan...


Hmmmm...apa lagi...cuba lah...resepi ni ringkas je...senang dan cepat...

Babai

No comments:

Post a Comment