Friday 9 January 2015

Ayam Goreng Pandan

Salam...

Hmmmm... banyak betul daun pandan dalam peti ais saya...daun pandan memang selalu ada stok kat umah saya ni...sebelum ni pernah tanam...tapi asyik mati je...kesian kat saya kan...nak buat nasik lemak pun kena pi beli daun pandan... kadang-kadang rasa tak berbaloi, nak guna sehelai dua je...tapi kena beli seikat besar... 



Hmmmm...macam mana saya nak memaksimumkan penggunaan daun pandan ni...adakah saya perlu buat air mandian...nanti heran pulak anak-anak saya...buang tebiat ka mak depa..dok mandi dengan ayaq pandan...

Jadi.....saya nak buat ayam goreng pandan lah...Bahan mentah semua ada... Jom kita mulakan operasi...




Resepi Ayam Goreng Pandan

Bahan

- 1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dibasuh bersih. Toskan
- 5 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
-1 inci halia*
-1 inci kunyit *
-1 inci lengkuas*
- 2 batang serai*
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- sedikit gula nise (gula melaka aka gula gerek)
- garam secukup rasa
- daun pandan dan pencungkil gigi untuk membungkus
- minyak untuk menggoreng

* kalau nak pedas, tambah lah 1 sudu besar cili kisar.



Cara
  1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Pindahkan kedalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, sos tiram, gula, garam dan digaul sebati.
  3. Gaulkan ayam dengan bahan perapan ini. Perap paling kurang 1 jam. Semalaman lagi bagus.
  4. Ambil daun pandan, lilitkan pada ayam yang telah diperap, sematkan dengan pencungkil gigi supaya ikatan daun pandan tak terbuka semasa menggoreng.
  5. Gorenglah ayam itu sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.



Saya hidangkan dengan nasi lemak...berselera sungguh anak-anak makan...anak nombor dua cakap sedap...dia suruh saya jual...katanya mak kan tak kerja...jual lah nasi lemak...nanti dia nak beli...konpius!

Babai


No comments:

Post a Comment